Isnin minggu lepas, Suami Terchenta ambik cuti sebab sekolah anak-anak cuti peristiwa sempena Hari Sukan Sabtu lepas. Memandangkan hari tu hari bekerja, jadi kiteorang buat keputusan untuk pergi ke i-City Shah Alam untuk bermain di WaterWorld dan jugak Sky glass slide sepanjang 600 meter. Kiteorang jarang-jarang ke taman tema sebab malas nak beratur panjang dan bersesak-sesak kalau pergi hujung minggu atau cuti sekolah. Jadi bila Suami Terchenta dan anak-anak dapat cuti hari biasa, kenalah ambik kesempatan tu untuk melawat taman tema 😅.

Satu lagi sebab aku pilih ke sini ialah nak recce tempat ni bagi pihak Fanny sebab dia berminat nak datang ke sini mencuba glass slide tu. So kalau ada kawan-kawan lain yang bercadang nak datang ke i-City ni boleh la teruskan membaca review aku tentang tempat ni.

Mula-mula sekali, kiteorang beli tiket melalui aplikasi i-City SuperApp. Tapi kalau malas nak install apps ni boleh je beli tiket dari laman web . Kiteorang ambik pakej SkySplash berharga RM60 seorang untuk akses ke WaterWorld dan jugak SkyCity. 


taman tema i-City Shah Alam
Sumber: iticket.i-city.my

Sebelum ke taman tema i-City, kiteorang singgah di restoran Nasi Kukus Sotong Besar untuk makan tengahari dulu. Kalau tak makan nanti lembik pulak macamana nak bermain kan haha. Aku pesan nasi kukus sotong besar dan macam biasa, sotong besar goreng tepung tu sedap dan tak mengecewakan. Suami Terchenta nak mencuba nasi kukus dengan ayam herba madu. Rasa ayam herba madu tu macam ayam kicap madu. Khayla pulak pesan makaroni keju dengan popcorn ayam. Portion besar, dia tak habis makan jadi bungkus bawak balik. Khadeeja ambik bebola daging dengan kentang putar. Tapi dia kata so-so je la. OK la at least ada menu baru dekat restoran ni. Dulu rasanya takde menu Western dekat sini.


Nasi Kukus Sotong Besar
Makan tengahari di Nasi Kukus Sotong Besar

Perut dah kenyang, marilah kita meneruskan perjalanan ke destinasi iaitu ke taman tema i-City. Kiteorang parking betul-betul sebelah Sky City. Pit stop pertama ialah WaterWorld memandangkan Sky glass slide tu bukak pukul 4 petang dan masa kiteorang sampai, baru pukul 2 petang.

Lokasi surau sangat strategik iaitu sebelum pintu masuk ke WaterWorld. Sebelum masuk, kena scan dulu beg. Lepas scan beg, staff kat situ scan tiket kiteorang dekat dalam apps i-City SuperApp.


i-City theme park
WaterWorld i-City

Bilik mandi dan tandas terletak di sebelah kanan selepas pintu masuk. Locker pun ada disediakan dengan bayaran RM10, tapi memandangkan tak ramai orang pun, kiteorang tak simpan beg dalam locker.

Agak sayang tak dapat ambik gambar dalam WaterWorld ni sebab lupa bawak GoPro dan jugak takde waterproof pouch untuk simpan telefon bimbit. Tarikan yang paling best di WaterWorld ni ialah Vortex Water Slide (slide gergasi macam bentuk kon). Aku rasa macam nak tercabut jantung (dan anak tekak) naik bendalah ni 🤣! Seriau tapi seronok! Anak-anak request main slide ni 2x jadi 2x la rasa nak tercabut jantung 😆. Permainan ni bagus untuk release stress kalau korang bukan sejenis yang takut tinggi / gayat. Kalau nak main Vortex Water Slide ni kena pergi berempat tau, dan minimum berat kesemua yang naik pelampung kena lebih dari 200kg dan kurang dari 300kg. Yang tak syoknya, pelampung tu kita sendiri kena bawak naik tangga setinggi 4 tingkat. Memang memerlukan kerjasama dan kudrat 4 orang huhu. Aku rasa i-City kena install gondola bawak naik pelampung barulah lebih seronok. Oh ya, kalau nak naik Vortex Water Slide ni, aku cadangkan naik slide ni paling last sekali, kalau tak permainan yang lain confirm rasa kurang menarik / kurang thrill! Hahaha!


i-City theme park
Vortex Water Slide (Kredit gambar: Jeshryna Maira dari Google Review)

Seterusnya kiteorang naik rainbow slide dan jugak family raft.


Waterworld i-City theme park
Rainbow slide. Dekat belakang slide biru putih tu pulak ialah family raft (kredit foto: esam hnaish dari Google Review)

Rainbow slide ni kena guna tikar getah tu untuk meluncur ke bawah. Cara turun slide ni kena dalam keadaan meniarap. Yang ni pun kiteorang naik 2x. Family raft tu pulak kena guna pelampung macam naik Vortex Water Slide (4 orang). Sama jugak, kena bawak sendiri pelampung yang berat tu naik ke atas. Makanya sekali je la naik sebab aku dah malas nak mengangkut pelampung tu haha.

Akhir sekali anak-anak bermain di Wave Pool, tapi yang tak syoknya takde ombak pun. Aku masa ni dah malas so lepak dekat pool chair je la menikmati angin sepoi-sepoi bahasa sementara tunggu anak-anak dan Suami Terchenta bermain dalam Wave Pool tu.

Nasib baik ada Vortex Water Slide tu kalau tak bosan jugak haha. Fasiliti bilik air dan bilik mandi bagus dan bersih. Aku bagi rating 3.5/5 je la kot untuk WaterWorld ni.

Lepas mandi dan tukar pakaian, kiteorang pergi simpan beg berisi baju basah dalam kereta sebelum pergi ke Sky glass slide pulak. Sekali lagi, kena scan tiket melalui apps i-City SuperApps then naik lift ke Sky Deck untuk menikmati pemandangan 360 darjah dari deck dekat atas ni. Jujur aku gayat tau! Jadi aku tak berani nak pijak dekat bahagian lantai yang tembus boleh tengok ke bawah 😮‍💨. Tapi anak-anak aku hati kering ye, dieorang bukan setakat pijak dan berdiri atas gelas lutsinar tu, siap baring lagi tau! Mak dieorang seriau je nengok 😅.


i-City theme park
Aduhai anak-anak... tinggi tau kalau jatuh ke bawah tu huhu...

Sky City i-City
Senyum tahan gayat haha. Aku cuma berani berdiri dekat bahagian lantai cermin yang pantul view langit dan awan

i-City theme park
Pemandangan hotel DoubleTree by Hilton dari atas sky deck. Nak tunjuk tinggi la jugak platform ni

DoubleTree by Hilton dari bawah

Dah puas tengok view sekeliling i-City, marilah kita naik glass slide pulak. Sebelum naik, kena pakai baju hujan sebab dekat beberapa bahagian, air akan terpercik dalam pelampung. Satu pelampung tu naik dua orang, jadi aku dan Suami Terchenta kongsi satu pelampung dan anak-anak kongsi satu pelampung.


Sky City i-City theme park
Mak bapak pun jadi kanak-kanak Ribena jugak bila naik bendalah ni

Overall, seronok la jugak naik glass slide ni sambil menikmati pemandangan sekeliling. Slide ni pun tak terlalu curam bukan macam naik roller-coaster ye, maka sepanjang naik slide rasa selamat je hehe. Cuma bagi aku for RM35, naik slide ni terlalu singkat, kurang dari 3 minit dah sampai ke bawah 😅. So pandai-pandai la korang buat kesimpulan sendiri sama ada berbaloi ke tak bayar tiket untuk naik slide ni 🤭.

Pendapat aku, kalau nak pergi naik glass slide ni, lebih baik pergi sebelah malam sebab boleh tengok lampu berwarna-warni dan view lebih cantik sebelah malam.

With that, selesai la aktiviti kiteorang di taman tema i-City, masa untuk balik ke rumah. Berbaloi pergi waktu hari bekerja sebab tak ramai orang. Yang datang pun ramai foreigners family Arab. 

18 comments:

  1. mahal jugaklah rate tu tapi ok jer for an experience kan! nampak menarik laaaa! yg pasti my hubby takkan join apa2 aktiviti yg ada elemen gayat--i plan on ajer, apatah lg ada my boys yg semua pun adventurous!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah agak mahal la jugak bagi saya tapi berbaloi rasa bila anak2 cakap terima kasih bawak dieorang ke sini 🥰 saya pun gayat tapi demi anak2 terpaksa beranikan diri join 😂! Sebab naik vortex slide tu mmg kena ber-4 klu tak cukup org tak boleh naik kesian tgk dieorg excited nak cuba vortex slide tu 😅

      Delete
  2. Eeeeee.. gayatnya nak naik yag kaca tu! Big no no for me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Uncle.. geli-geleman tapak kaki tengok ke bawah 😵‍💫

      Delete
  3. Wow!! sangat hebat di Shah Alam...anak saya ke enam belajar di UITM Shah Alam..terhibur saya nampak anda semua happy di tempat sangat menarik..

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik semua aktivitinya cuma tak pastilah skrg ni berani ke tidak nak beraktiviti gini... Lama dah gantung but haha

    ReplyDelete
  5. Best nya seronok tengok. Nasi Kukus Sotong Besar tu kan, memang menggoda nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
  6. Hahahahahah thank youuuu dah tulis lengkap carneyz 😍😍😍👍👍👍. Nanti bisa saya pertimbangkan akan kesini atau skip dulu. Saya baru tahu di sana ada waterpark. Krn saya pikir hanya sky tower tuh saja.

    Kalo tahu ada waterpark, better saya ajak anak2 lah.

    Tapiiiii terbaca tadi mau naik wahana vortex tuh, mesti lebih dari 200kg ber 4??? Haiyaaaaa tak bisa dong saya dan keluarga naik 🤣🤣🤣🤣. Yg paling berat hanya Raka, 75kg. Tapi ditambah berat saya dan anak2, tak sampai 200 kg 🤣🤣🤣

    Okelaaah , anak2 mesti saya kasih makan banyak2 supaya tahun depan bisa naik vortex ini 😂

    ReplyDelete
  7. Alamak kena angkut pelampung. Ini yang suka aktiviti air bolehlah sertai.

    ReplyDelete
  8. Memang tak la akan berdiri kat tempat kaca tu. Hehe.....berani juga Carneyz tu....

    ReplyDelete
  9. idok le teman nak naik vortex water slide, bisa copot2 jantungku....main yg mild je, too old for that...hehe..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsiannya

    ReplyDelete
  11. Boleh tahan ktk 4 beranak.. semua main 2x.. x takut sidak 2 ya.. pegi weekday juak best semua dpt main 2x, mun pegi time org rami dpt ndak kah gia ooo

    ReplyDelete
  12. bukan aritu tutup ke glass slide tu ..seram juga utk yg gayat...bole tahan mahal tiket tu...tkpernh lg ke taman tema icity

    ReplyDelete
  13. Ooh inilah tarikannya i-City ni ya. Boleh tahan juga harga tiketnya, Arab memang suka aktiviti air ni. Glass bridge tu nampak clear ke bawah, memang seriau. Pernah naik glass bridge yang ada hutan di bawahnya tak lah seriau sangat sebab ingat pokok-pokok tu lembut macam brocoli.

    ReplyDelete
  14. Hujung minggu mesti ramai....saya pun x suka sesak2...

    ReplyDelete
  15. Anak dh sampai sini Nina belum lg. Hahaha memang best lah kalau dpt main

    ReplyDelete
  16. Ish, menarik glass slide tuh! Rasa selamat eh.. Hahaa.. Nape saya tengok seramm.. Takpe nk try sesekali, harga gitu ok je sebab tempat lain takde..

    Tikar getah tuk rainbow slide tu rasanya lebih ringan dari angkut pelampung vortex slide tu kan.. haha.. Memang malas kalau nak kena angkut sendiri pelampunggg.. Gibap tapi anggap jela exercise ekk 🤪

    One day nak g i city la.. First and Last dulu pergi sehari sebelum hari Graduasi Diploma dulu..saja singgah main salji.. huhu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .