Kenapa ya?
Kenapa ramai orang bingung, runsing, susah hati, marah dan mengutuk2 artis-artis yang nak kawen / putus tunang / bercerai? (termasuk aku jugak)
Yang nak kawen, teruskan berkahwin. Tapi tak payah la sampai nak jadi puteri dan putera dan spend beratus-ratus ribu ringgit untuk satu hari yang akan berlalu. Ada baiknya duit tu dihantar ke Palestin dan Pengandaran untuk bantu saudara seagama yang sedang ditimpa musibah dunia.
Yang dah putus tunang, diam2 je tak payah nak mengadu ke sana sini. Nabi dah remind awal2, setakat tunang tu tak payah la announce satu dunia. Bila dah break, orang pun berkata-kata yang tak enak. Huhu. Sabar je la.
Yang dah bercerai tu, tak de apa nak dicakapkan lagi. Setakat itu je la jodoh dieorang.
Ada benda yang lebih besar sepatutnya dirunsingkan dan dimarahkan oleh orang ramai. Contohnya kebiadapan Israel yang makin melampau. Ketidak adilan US yang bila negara Islam yang buat kecoh, dia cepat2 aje menghantar tenteranya ke sana untuk campur tangan (especially kalau negara tu ader bekalan minyak). Tapi bila kawan baiknya Israel yang bunuh ramai orang tak berdosa, dia menikus. Aku benci sama US. Dan aku paling benci sama Israel. Bila melihat saudara2 di Palestin dibunuh sesuka hati, aku terasa mahu mendoakan agar cepat2 kiamat. Cepat2 datang tentera Islam yang kuat untuk membunuh orang Israel. Cepat2 batu dan pokok berkata2 - 'Itu orang Israel! Bunuh la dia!'
Waktu aku third year, aku amik subjek 'International relations' as subjek tambahan. Aku sengaja pilih topik konflik Israel-Palestin untuk dibentangkan. Aku baca setiap buku yang ditulis oleh orang Barat dan org Islam. Dulu, orang Arab Palestin tamak nak duit. Jualkan tanah sekangkang kera kat Israel yang lari dari peristiwa Holocaust. Dah namanya Israel, dari tanah sekangkang kera, dia claim pulak tanah sekangkang gajah. Lama2 penduduk Palestin tu dia halau sebab dia nak buat negara dia. Sebab tu la terjadinya konflik yang berpanjangan.
Masa buat assignment tu, aku terjumpa sebuah sajak yang ditulis oleh orang Palestin. Sedih sajak tu. Dia mempersoalkan ke mana perginya saudara-saudara Islam bila Israel mengacukan kereta kebal ke arah rumahnya. Ke mana perginya saudara-saudara Islam bila peluru merobek tubuh abangnya. Sampai bila dia harus menunggu saudara-saudara Islam untuk datang dan membantu? Jadi dia harus berjuang sendiri mempertahankan diri. Sajak tu menggambarkan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap saudara-saudara Islam nya itu.
Sebenarnya aku pun sedey gak. Orang2 Islam sibuk bergaduh sesama sendiri. Camane nak mempertahankan saudara dieorang? Kalau marah pun, setakat bakar bendera, baling batu. Apa kejadah? Kalau nak marah bebetul, amik alih ekonomi dunia, pastu buat sekatan ekonomi kat dua negara ni. Ha, amik kau! Bukannya tak kaya, tapi sibuk nak bergaduh sampai tak sedar kekayaan dieorang lama2 dah bertukar tangan.
Aku pun tak tau apa yang aku boleh buat untuk bantu rakyat Palestin. Aku cuma boleh berharap dan berdoa semoga ada negara Islam yang berani tampil membela nasib dieorang.
P/S: Kekecewaan tahap maksima dengan isu Palestin dan tak sanggup lagi tengok orang Islam tak berdosa dibunuh sewenang-wenangnya.

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .