Tiba2 hari ni saya rasa nak blogging pulak.

Apa mau cerita? Hari ni saya sakit kepala & jiwa. Pagi2 masuk ofis, on PC, bukak email, jawab telefon. Orang plant yang telefon.

'Ada user ni dia dah tersalah nominate boss dia jadi subordinate. Macamana nak tukar ye?'

Oh.my.God. User ni patut ditembak dengan senapang gajah. Nak nominate orang pun boleh salah, padahal system sangat2 straightforward ok. Last2 saya cuma suruh dia log in incident. Kalau ada 10 orang user macam ni, saya boleh masuk Hospital Bahagia!

Sigh. Apa nak buat. Bersabar sajalah.

Training. Sudah 2 hari pergi training. Seronok2x! Training pasal macamana nak improve memory & concentration. Maklumlah, selepas kawen hard disk saya corrupted. Memory space pun dah jadi low. Huahuahua! Ini semua angkara Suami Terchenta, makan banyak memory space *Suami Terchenta jeling saya dgn geram*

Tapi siyes. Training ni sungguh mengujakan. At the end of the day, kami boleh memorize nombor 40-digit & 20 senarai tasks. Lepas ni saya boleh bukak training jugak - bayaran tak mahal sangat la. RM1k seorang. Siapa nak?

Oh ya, Kak Lin sebut pasal gym. Gym masih going on. Saya masih ada 3 sesi lagi dengan personal trainer saya. Stamina sudah improve. Yeaay! Especially lepas attend training semalam, saya apply teknik tipu otak. Kesian otak, kamu dah fall in penipuan saya! Hahaha!

Macamana teknik tu ye? Senang je. Mula2 kena guna daya imaginasi yang kuat. Pejam mata dan bayangkan diri sendiri ialah David Beckham. David Beckham tau, jangan main2! Saya ialah David Beckham, pemain bola sepak paling terkenal. Hari2 saya training di padang, of course stamina saya sangat power. Buat 100 repetitions? Tak de masalah! Tahan posisi 1 minit? Boleh punya! Cardio workout 20 minit? Kacang je! Ulang penipuan otak selama beberapa minit sampai otak percaya.

Turun ke gym dengan penuh semangat dan yakin diri. Mula buat warm up dan cardio, sungguh tak percaya. Badan saya langsung tak penat, padahal sebelum ni saya dah separuh pengsan. Baru buat cardio. Lepas stretching, mulakan latihan. Dalam kepala otak dah set 100x. Personal trainer (PT) suruh buat 20x untuk set pertama, 25x utk set kedua & 30x untuk set ketiga. Dalam masa 1 jam 30minit, saya baik2 saja. Cuma bila dah set ketiga, otak saya mungkin dah sedar dia dah kena tipu, therefore badan mula penat sikit2 :p

Sebelum ni saya berpeluh2 sampai muka merah padam, lepas tu badan sakit2 macam kena pukul. Semalam saya buat workout dengan relax je. The power of mind! PT saya pun kagum giler ^_^

*Tepuk bahu diri-sendiri sebab berjaya tipu diri-sendiri!*

Ok lah, saya dah habis membebel. Saya kena masak ni, ada orang dah lapar. Tadi dia kata tak lapar, tapi sekarang dah lapar pulak. Berat tak naik2 pun. Huh. Saya rasa hasad dengki.

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .