Weekend lepas entah kenapa aku tetiba rajin. Rajin pergi kelas (itu terpaksa, sebab kelas ganti!). Rajin basuh baju, memasak, mop lantai, jaga anak, blablabla. Wah, isteri sapa la ni kan? *mata bersinar-sinar penuh bersemangat waja*


Untuk menambahkan tahap kerajinan minggu ni, aku rajin juga mengajak Kak Ret pergi berfoya-foya. Ecey. Takde la berfoya-foya tapi berjalan-jalan je. Ekceli, nak ajak shopping di Sogo sebab nak sambar cadar dan tuala mandi baru sempena kedatangan family aku minggu ni dan juga ada clearance sales.

Tapi alang-alang menyeluk pekasam, Kak Ret terus la mengajak pulak ke Sasana Kijang lepak-lepak di situ. So apa lagi, tak penah lagi jejak kaki ke situ walaupun sebelah dengan UM City Campus tempat menuntut ilmu. Lagipun En Suami Terchenta ada kuiz keesokannya, maka aku pun merasakan beliau perlu bersendirian supaya dapat konsentret belajar untuk kuiz itu. Wasey, bertuah tak En Junaidix dapat isteri cam aku? Hehehe *jeling En Suami Terchenta*

So melepak la kami berempat di Sasana Kijang. Eh, berempat? Siapakah dua orang lagi tu? Aku, Kak Ret dan...

Shai dan Khayla

Jeng3x! Tu dia... bakal pengantin yang diimport khas untuk menjaga anak aku, Khayla. Tengok la betapa suker nya Khayla duduk bersandar di pangkuan Uncle Shai yang empuk. AHAHAHAHAHA! Shai, aku gurau je ye. Ko jangan marah pulak. Aku pun spesies empuk gak *nangis ke-sejuta kali terkenangkan zaman anak dara yang fewittt*


Ahem. Aku harap tiada sesiapa yang terluka melihat gambar ni. Saja nak tunjuk pemandangan di belakang je. Dua orang dewasa dan seorang bayi ini tiada sebarang pertalian darah mahupun ikatan ye. Model hiasan gambar semata-mata.


Camtu la suasana di Kafe Sasana Kijang. Best sebab moden. Makanan pun murah. Terbelalak mata sebab spaghetti bolognese cuma RM5.50. Kat KLCC ada??? Jangan harap.

Anyway dah puas mengalas perut, kami pun beransur ke muzium di Tingkat 2. Muzium duit kekdahnya.

Shai tengah usha mesin interaktif tentang sistem pertukaran barter sebelum orang terfikir nak buat mata wang

Cengginilah muzium zaman sekarang. Interaktif. Barulah ada orang nak datang. Tapi sebab Sasana ni baru bukak, jadi tak ramai orang tau pasal muzium ni. Rasa kesian pun ada sebab muzium  yang begitu canggih tapi lengang. Tak buat promotion ke?


Aku terkagum-kagum dengan mata wang pitis ni. Cuba imagine bawak duit cenggini ke pasar, mesti ada alasan beli beg oversize nak taruk serumpun duit syiling ni. Setiap kali nak guna, patahkan sekeping syiling bagi kat makcik jual kuih. Dah abis syiling, buang ranting. Cenggitu ye?


Ada penerangan tentang setiap versi duit syiling dari setiap negeri. Rasa bangga pulak sebab duit syiling Sarawak zaman Brooke dulu yang paling banyak variasi - ada yang bentuk segi empat, bulat, bulat ada lubang kat tengah, heksagon dan macam-macam ada!


Masih ingatkan anda masa kita gunakan duit kertas cenggini? Bila letak sebelah-menyebelah, kiteorang sedar yang bukan setakat nilai duit yang makin mengecik, saiz duit kertas pun makin kecik. Dulu duit RM50 25% lebih besar dari duit RM50 sekarang. Mungkin in the future tak pakai duit kertas lagi, tapi pakai virtual currency je? Hmm... Renung-renungkan.


Oh, cenggini rupa duit syiling siri ketiga yang akan diperkenalkan Januari tahun depan. Canggih. I loike! :) Cuma, sebelum bagi duit tukar 20 sen tu, kene double triple check tak terbagi 50 sen sebab saiz dekat2 syiling 20 sen sekarang je. Kan ke dah cakap duit sekarang makin kecik??


Lastly, ni ialah gambar Kak Ret di muzium. Wah, ada gambar korang terpampang di muzium? Tak de kan?Dahsyat ye Kak Ret. Tapi kan, bukan ke yang kat muzium tu cuma ada spesies yang dah pupus, expired dan tinggal kenangan je? Kak Ret, jangan sentaps! Gurau je ye! Hehehehe... *tetau esok jugak Kak Ret datang balik ke Sasana dan cabot semua gambar dia*

Anyway, best jugak sekali-sekala spend weekend gi muzium. Banyak benda baru yang diperolehi. Khayla siap tertido-tido dalam baby sling sebab aircond yang dingin. Hehe. Apapun, thanks Kak Ret sebab belanja makan dan ajak kiteorang ke sini :) A different experience, tapi still tetap fun!

2 comments:

  1. hhahahhaha gambar masuk 'muzium' ek... kira spesis dah pupus ek.. cisssss!!!

    :p hahaha takpe sabar sabar...
    bukan senang nak masuk gmbr dalam muzium kan :p

    tak kisah la klu spesis nak pupus sekali pun..

    thanks kat korang coz teman kita lunch aritu ;-)

    ReplyDelete
  2. next trip kita bawa gi Lanai plak k.. tapi erkkk tu tempat utk org dewasa je... hehee :p

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .