Pernah dengar tak masalah leaky gut / usus bocor? 

Usus bocor, juga dikenali sebagai kebolehtelapan usus (intestinal permeability), adalah keadaan di mana lapisan usus kecil menjadi rosak lalu membenarkan bakteria, toksin, dan bahan lain melalui dinding usus dan masuk ke dalam aliran darah. Ini boleh membawa kepada pelbagai gejala, termasuk kembung perut, cirit-birit, keletihan, masalah kulit, dan kepekaan makanan.

Salah satu cara untuk merawat masalah usus bocor ialah dengan mengamalkan diet yang sihat iaitu diet yang kaya dengan serat, probiotik dan prebiotik yang mampu meningkatkan kesihatan usus dan membaiki dinding usus yang bocor. Amalkan pengambilan makanan semulajadi (makanan tidak diproses) seperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein rendah lemak, lemak sihat (seperti lemak ikan, kekacang dan avokado), gandum penuh (whole grains) dan makanan yang ditapai (fermented food) contohnya tempe, sup miso, taucu,  gochujang dan sebagainya.

Pilih makanan bersifat anti-radang contohnya brokoli, greek yogurt, tomato, ikan haruan, lada hitam, kunyit dan lengkuas dan minum air secukupnya.

Hari ni aku nak kongsi resipi meal prep dalam usaha merawat masalah usus bocor:


Nasi merah dengan lauk sayur brokoli, lobak merah dan kacang kuda

Khasiat:

  1. Nasi merah - kaya vitamin B6, E serta mineral zink yang bersifat antioksidan, beras merah juga tinggi serat dan memiliki tahap indeks glisemik rendah. Antara khasiatnya ialah menurunkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, menurunkan kadar gula dan membantu mengatasi masalah sembelit.
  2. Brokoli - mengandungi kaempferol di mana komponen ini bersifat antioksida dan mampu untuk mencegah penyakit jantung, kanser dan keradangan. Brokoli juga kaya dengan vitamin C. Khasiat brokoli ialah memberikan rasa kenyang yang lama, mencegah sembelit, mengurangkan inflamasi, mengurangkan rintangan insulin (insulin resistance), mengawal paras gula, mengelakkan dari kekurangan zat besi, melambatkan proses penyusutan kognitif, selain melindungi kesihatan jantung.
  3. Lobak merah - kaya dengan vitamin A dan B, lobak merah membantu menjaga kesihatan mata, kecantikan kulit, mencegah kanser (kaya dengan anti-oksida) dan menguatkan sistem imuniti badan.
  4. Kacang kuda - mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi, kacang kuda juga kaya dengan asid amino dan boleh diambil untuk menggantikan protein daging. Kacang kuda boleh mengawal paras gula, mencegah obesiti dan penyakit kanser, menjaga kesihatan jantung dan mengawal penyakit tekanan darah tinggi, menjaga kesihatan sistem pencernaan dan ianya juga baik untuk pesakit anemia.

Resipi sayur brokoli, lobak merah dan kacang kuda

  • 2 cawan kacang kuda yang sudah direbus
  • 2 cawan brokoli yang sudah dipotong
  • 1 cawan lobak merah (potong ikut suka)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 biji bawang putih (dihiris)
  • Serbuk cendawan (untuk perasa)

Untuk kuah:
  • 120ml air suam
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
  • Sedikit gula

  1. Satukan semua bahan kuah dan kacau hingga larut
  2. Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau.
  3. Masukkan lobak merah dan brokoli, tumis sebentar.
  4. Masukkan bahan kuah, kacau.
  5. Tutup periuk dan masak hingga sayur empuk.
  6. Masukkan kacang kuda dan gaul sebati.
  7. Perasakan dengan perasa cendawan.

Untuk beras merah pulak, cuci bersih 200g beras merah dan rendam selama 15 minit. Masak atas api dengan 4 cawan air. Kacau sekali-sekala. Bila air dah kira-kira 1 inci dari paras beras, tutup api dan toskan air. Masukkan dalam periuk nasi elektrik dan letak air separas satu ruas jari. Tanak nasi macam biasa. Kalau nasi nampak berair lepas masak, tekan masak sekali lagi sampai air betul-betul kering.

Selamat mencuba!

21 comments:

  1. good menu ni esp sayur2 tu ;) i want to restart my healthy menu jugak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, let's sama-sama ber healthy menu kita 😉

      Delete
  2. Terima kasih kongsi menu sihat dan berkhasiat ini.

    ReplyDelete
  3. Ni, yg tak ada masalah usus bocor pun bagus makannya, Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SK. Byk khasiat dan sesuai utk org yang menghidap diabetes dan darah tinggi jugak.

      Delete
  4. Replies
    1. Cukup la tu Uncle, nanti buat org terliur pulak hehe

      Delete
  5. Berkenan tang sayur² tu, colorful & full of nutrients of course 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tu yg tertarik nak cuba buat jugak. Senang dan ringkas je cara-cara nak buatnya.

      Delete
  6. good sharing...elok2 amal kan makan makanan sihat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MA. Badan nak pakai lama lagi kena mula jaga elok2.

      Delete
  7. oo..kacang kuda ganti protein haiwan....kawal penyakit dengan kawal pemakanan ..good sharing...

    ReplyDelete
  8. Sayur brokoli dan lobak merah suka juga kecuali kekacang. Good sharing juga. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama, saya pun kurang suka kacang kecuali kacang tanah. Tapi kacang kaya dgn zat mineral

      Delete
  9. next week memang leyla bercadang nak buat meal prep ni. untuk mudahkan bawak bekal ke tempat kerja. alang-alang kita boleh la makan yg sihat2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chaiyok2 leyla! Semoga terus istiqamah 💕

      Delete
  10. menu ni kena makan secara kerap ke macam mana? or salah satu wajib ada dalam hidangan setiap hari?

    ReplyDelete
  11. Pernah amalkan nasi perang dlm diet tapi tahan 2 minggu jer.. sbb rasa dia mcm hampas hahaha ke gane :D

    ReplyDelete
  12. Psst...SA ada beli beras tu...konon nak makan menu sihat...sudahnya masaknya sekali je...nasi tu tawar hebeh tak berasa kan...hahaha...x kental nak makan makanan sihat...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .