Salam korang!

Aku sekarang tengah stuck nak sambung update tentang jalan-jalan kat Eropah bulan lepas haha. Mana taknya, hari ketiga je ada 100+ gambar aku nak kena filter dan pilih mana yang sesuai untuk penceritaan di blog 😜. Tu yg menjadikan mood aku pun kelaut sudahnya hehe.

Sementara aku pilih-pilih gambar hari ketiga di UK untuk blog ni, kehidupan diteruskan seperti biasa.

Minggu lepas kiteorang pergi ke Pavilion KL sebab nak tukar bateri jam tangan Khayla dekat kedai jam di situ. Dah alang-alang sampai di Pavilion KL, anak-anak ajak makan di restoran Uncle Roger. Dah lama sebenarnya dieorang teringin nak ke situ sebab dieorang suka tengok video Uncle Roger dekat Youtube, tapi masa mula-mula bukak dulu, asyik panjang je barisan depan kedai ni. Sekarang Uncle Roger pun dah bukak beberapa cawangan jadi dah kurang la orang beratur nak makan kat sini. 


egg fried rice
Dari jadi pempengaruh Youtube yang buat review nasi goreng, sekarang Uncle Roger dah bukak restoran nasi goreng sendiri


Fuiyoh! It's Uncle Roger
Restoran dia macam basic je, tapi penggunaan warna terang buatkan restoran ni nampak ceria

Fuiyoh! It's Uncle Roger
Ada corner photo booth untuk buat aksi macam Uncle Roger, siap dengan tuala 'Good Morning' selempang dekat bahu 🤭

Aku dan anak-anak pesan egg fried rice yang tak pedas - Khayla pesan yang kosong je, Khadeeja punya dengan garlic shrimps dan aku punya dengan smoked duck breast. Suami Terchenta pulak pesan special fried rice with grilled chicken


Fuiyoh! It's Uncle Roger
Atas: Special fried rice with grilled chicken breast; bawah kiri: egg fried rice with garlic shrimps, kanan: egg fried rice. Nasi goreng memang datang sekali dengan telur goreng.

Fuiyoh! It's Uncle Roger
Bekas minuman yang unik dan boleh bawak balik

Servis kat sini agak cepat. Pesanan dibuat menggunakan kod QR tapi masalahnya bila order guna 2 h/p, dieorang jadi keliru. Makanan dieorang bertiga dah sampai awal, tapi aku punya tunggu 10 minit tak sampai-sampai lagi. Pesanan dari meja belakang kiteorang yang sampai lambat dari kiteorang pulak yang sampai dulu. Bila aku check dengan staff, baru dieorang perasan nasi goreng aku tak sampai lagi. So kat situ macam ada slack sikit la.

Ramai yang kata nasi goreng dekat sini mahal sangat. Nasi goreng kosong je (tak pedas) RM16. Tambah garlic shrimps RM18, smoked duck breast dan special grilled chicken pulak tambah RM12. Jadi harga nasi goreng Khadeeja ialah RM34 dan nasi goreng aku dan Suami Terchenta pulak masing-masing jadi RM28.

Akhirnya... moment of truth. Dari segi rasa pulak macamana ye? Bagi kiteorang, nasi goreng kat sini sedap dan aroma asap kuali (atau wok hey) tu memang menyerlah. Smoked breast duck pulak bagi aku agak kering, tapi anak-anak aku suka rasanya sebab dieorang kata rasa macam sosej haha. Cuma nasi goreng Suami Terchenta je datang dengan sambal, kalau nak mintak sambal kena tambah RM3-RM5. Tapi atas meja ada chili oil kalau nak 'kick' rasa pedas bila makan nasi goreng.

Satu benda yang aku puji pasal Uncle Roger ni ialah since dia nak bukak restoran di Malaysia yang kebanyakan pelanggannya ialah Muslim, jadi dia dah awal-awal lagi apply untuk dapatkan sijil halal. Bahan-bahan yang digunakan dalam masakan ialah dari pembekal sumber halal dan sekarang masih lagi tengah tunggu sijil halal JAKIM. Cuma mungkin proses ni ambik masa sikit. Syarikat premis makanan besar pun kadang-kadang makan tahun jugak nak dapat logo halal tu, bukan sebab sumber dieorang tak halal tapi sebab standard JAKIM ni memang tinggi dan merangkumi pelbagai aspek. Bagi aku kalau dia tengah usaha sijil halal tu, bermakna dia dah belajar proses sijil halal JAKIM dan dah apply dekat restoran sebab bila-bila je JAKIM boleh datang check premis dieorang. Apapun, ikut keyakinan kita. Kalau was-was, baik tunggu sampai ada sijil halal.

4 comments:

  1. Boleh tahan jugak ya harganya tapi bagi sy logiknya Uncle Roger ni dah jadi satu jenama dan permintaan pun tinggi. Orang pun tak kisah nak bayar mahal asalkan dapat makan nasi goreng UR. Cup tinggi tu sama macam cup minuman USS. Dulu la, tataw sekarang masih dijual lagi tak.

    ReplyDelete
  2. Mak oiii harganya...boleh dapat 2 pinggan nasi goreng kat luar...tapi nak merasa xpe la kot kan...sesekali..kalau SA pun nak merasa..harga tolak tepi..next kalau nak repeat lagi...fikir 2 kali...ooo masih menunggu sijil Halal...wah..gelas tu bleh bawak balik ye...menarik

    ReplyDelete
  3. yang warna biru tu pun gelasnya ke? menarik betul

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .