Bersambung dari sini:
Hari kedua trip gegurls ni aku terpaksa bahagikan kepada dua blog entries. Sebabnya, terlalu banyak gambar! Karang muntah hijau pulak kome nak baca entry yang berjela-jela 🤣.
Hari Kedua (4 Oktober, Sabtu): Sarapan di Khaled. Shopping di Kim Yong Market. Shopping di Kaisorn. Bergambar di Central Mosque. Bergambar di Seaverse Cafe. Bergambar di Amazon Cafe.
Sarapan di Khaled
Sebelum keluar berjalan-jalan, kiteorang singgah dulu sarapan pagi di Khaled yang terletak beberapa meter je dari hotel kiteorang. Makanan kat Khaled ni lebih kurang macam makanan kat Malaysia jugak - ada nasi lemak, nasi kerabu, laksam, roti canai dan lain-lain. Aku tak berapa lapar sangat so aku cuma pesan telur separuh masak yang datang dalam gelas.
![]() |
Kedai makanan Muslim yang menyediakan juadah Malaysia |
![]() |
Lauk-pauk pun dah ada pagi-pagi lagi. Lupa pulak siapa yang pesan roti telur tu, aku cuma sarapan telur separuh masak pagi tu |
Hari kedua ni, Kak Retna ambik servis kereta sewa sekali dengan driver. Driver kiteorang bernama Abdullah. Yang best nya, dia bawak kiteorang jalan-jalan sekitar Hat Yai dan Songkhla menaiki kereta EV. Rasanya sewa kereta sehari tu dalam RM200++ kot. Kalau berminat nak ambik servis kereta sewa dengan Abdullah, boleh mintak nombor Abdullah dengan Kak Retna. Bak kata aku sebelum ni, trip ni aku tak pening kepala sebab semua Kak Retna yang uruskan 😜.
![]() |
Kereta EV yang bawak kiteorang bersiar-siar sepanjang hari kedua |
![]() |
Less gooo! |
Shopping di Kim Yong Market
First pit stop dekat Kim Yong Market. Kim Yong Market ni ialah sebuah pasar yang menjual macam-macam barang dari barang penjagaan diri, Thai balm, pakaian, cenderahati, makanan, buah-buahan yang dah dikeringkan, kekacang dan macam-macam lagilah!
Luar Kim Yong Market |
![]() |
Macam-macam produk makanan Thai ada kat sini. Kiteorang sakan membeli kacang dan buah mangga potong yang dah dikeringkan dekat sini |
Peniaga kat sini tak lokek nak bagi kiteorang rasa dulu sebelum beli. Kacang-kacang kat sana agak murah la harganya, dan dijual dalam timbangan 100 gram.
Shopping di Kaisorn
Kaisorn Souvenir Shop |
![]() |
Shopping lagi dekat Kaysorn 😂 |
Destinasi seterusnya ialah ke Kaisorn Souvenir, iaitu sebuah lagi pusat membeli-belah cenderahati dari Thailand. Dekat sini pun rambang mata jugak tengok pilihan cenderahati 🤩. Masa nak masuk tu, staff Kaisorn hulur kad diskaun 20%. Nanti nak bayar bagi kad tu dekat kaunter bayar dan dieorang akan tolak 20% dari total harga.
![]() |
Macam-macam cenderahati boleh dapat kat sini - t-shirt, tote bag, pemberat kertas, keychain, magnet, hiasan dll. Mak lurve! |
Aku beli t-shirt untuk family dan seluar kain kapas untuk pakai kat rumah. Ikut hati nak beli banyak lagi tapi aku tak bajet pulak untuk shopping since tujuan utama ke Hat Yai nak makan je 😂. Harap-harap ada rezeki datang ke Hat Yai boleh singgah shopping di Kaisorn lagi.
Destinasi-destinasi kami seterusnya ialah ke tempat-tempat yang cantik dan Instagrammable untuk ambik gambar kenangan jalan-jalan ke Hat Yai.
Songkhla Central Mosque
Songkhla Central Mosque ialah satu lagi pit stop wajib bila ke Hat Yai sebab masjid ni mendapat jolokan Taj Mahal Thailand. Tak dapat bergambar depan Taj Mahal, bergambar depan Central Mosque ni pun jadi lah.
![]() |
Masjid Songkhla Central |
![]() |
Taj Mahal Thailand - checked! ✅ |
![]() |
Dah serupa iklan melawat Thailand pulak gambar ni... 😆 |
Seaverse Cafe
Seaverse Cafe ialah tarikan terbaru di Hat Yai. Tempat dia lawa sangat, sesuai kalau nak OOTD kat sini! Nak masuk ke sini kena bayar 30 baht seorang. Tapi kalau kita minum kat kafe dalam tu, bayaran tu dieorang akan tolak dari harga makanan/minuman dekat kafe tu.
![]() |
Seaverse Cafe - tarikan terbaru di Hat Yai |
![]() |
Ada banyak tempat menarik untuk ambik gambar OOTD kat sini |
Cafe Amazon
Dari Seaverse Cafe, kiteorang bergerak pulak Amazon Cafe. Amazon Cafe ni ialah cawangan kafe yang terkenal di sini. Tempat ni menarik banyak pelancong sebab persekitaran kafe yang cantik dengan suasana hijau, redup dan santai. Menu kafe pun menarik, orang kata kopi kat sini setanding kopi Starbuck. Yang penting sekali, Cafe Amazon ni menyediakan makanan halal.
Kisah jalan-jalan Hat Yai akan bersambung di entry seterusnya..
Macam biasa, kredit foto: Kak Retna, Sislin dan Kak Siti Delima 🫰🏻
seaverse cafe tu unik dan lawa!
ReplyDeleteMemang lawa sangat MZ! Banyak lagi gambar lawa dekat sini tapi tak dan nak upload hehe
DeletePergi dengan geng gugurl harus banyaaak gambar 😃
ReplyDeleteYe Kak Ujie, tu la yang seronok girls' trip sebab semua suka bergambar hehe
Delete*gegirl
ReplyDeleteTak pe kita faham hehe
DeleteSeronoknya! Meriah sggh
ReplyDeletesy masuk kaysorn tu pening kepala...byk sgt brg nk beli hahahaha rabakkkk pokettt
ReplyDeleteBestnya jalan2 makan2 ootd geng gegirl.
ReplyDeleteKan awal² dah pesan bawa duit lebih sket hahah
ReplyDeleteHahahaha next kalau pergi pun, tetap nak mencekikk jerr, paling tak, nak beli tumbler dan jeruk mangga hahahahah
DeleteA teen treatment center focuses on helping adolescents overcome emotional, behavioral, and substance-related issues. These centers provide therapy, education, and family involvement to promote healing and growth teen treatment center
ReplyDeleteAmboi... girls day pot!
ReplyDeleteYe la... macam taj mahal!