Breakfast @ Estate Dining

Salam Khamis kawan-kawan,

Ni cerita terakhir tentang weekend getaway dengan Suami Terchenta di Mangala Estate Resort. Masa kiteorang check in, kiteorang diberitahu bilik kiteorang memang termasuk sarapan pagi. Aku ingatkan takde. Alhamdulillah tak payah la kiteorang keluar cari tempat sarapan pagi tu.

Sarapan pagi dekat restoran yang sama iaitu Estate Dining. Macam biasa, sarapan di hotel berkonsepkan buffet breakfast. Ada pelbagai pilihan makanan kat sini - Malaysian, Asian, Continental, semua ada. Jujur makanan kat sini sedap-sedap dan kena dengan selera kiteorang berdua.


Estate Dining
Atas: Bubur nasi Chinese-style. Tengah (kiri): Dimsum dan steamed buns; Tengah (kanan): Lauk-pauk Melayu. Bawah: Nasi lemak
 
Estate Dining
Kiri: Potongan keju dan biskut masin dan sebelahnya, buah-buahan potong. Tengah: Cereal. Kanan (atas): Salad; (tengah): pastries; (bawah): yogurt.

Estate Dining
Kiri: Chicken Gyoza. Kanan: Bread pudding


Estate Dining
Di sebelah luar pun ada jugak beberapa stesen makanan dan minuman

Estate Dining
Atas: Noodle station. Bawah: Egg station.

Estate Dining
Kalau nak duduk di luar sambil menikmati pemandangan pool dan alam semulajadi pun boleh tapi kiteorang pilih duduk di dalam sebab kat luar panas

Estate Dining
My breakfast date ♥️

Cara aku bila pergi buffet breakfast ialah aku akan pilih dari setiap stesen untuk raso-raso. Kalau aku suka sesuatu, aku akan ambik untuk second helping. Yang pasti, egg station ialah my must-go station setiap kali staycation di hotel 🤭.


Estate Dining
Pagi tu aku nak scrambled egg, request telur tu cair sikit. Makan dengan baked beans, sosej ayam dan beef bacon. Ambik biskut masin dan my favourite cheese, blue cheese hihi. Teh tarik kat sini sedap sangat 👍🏻 Cukup kaww.

Estate Dining
Next, ambik nasi lemak sesenduk je, buat raso-raso. OK la not bad sambalnya. Aku suka ikan bilis halus-halus gitu untuk nasi lemak

Estate Dining
Lepas tu, ambik bubur pulak. Ambik century egg / telur padi sebab aku suka.

Estate Dining
Seterusnya, ambik dimsum dua ketul, yogurt dengan overnight oat, dan cereal.

Estate Dining
Akhir sekali, baru ambik pastry dan buah potong. Ambik lagi biskut masin dengan blue cheese tu. Homaiiii... Not good for hypertension sebab masin tapi sekali-sekala takpe la kan? Finish off with a cup of cafe latte.

Alhamdulillah, sedap-sedap makanan kat resort ni. Aku terbayangkan chef tikus yang sediakan macam dalam filem animasi Ratatouille tu kan 🤭. Hahaha! Over nau imaginasi tu! 🤣🤣

Post a Comment

0 Comments