Salam Jumaat kawan-kawan,
Tahun ni kan, tahun yang dietku hancusss sebab banyak sangat travel 🤣. I'm not gonna lie... part yang paling best pasal travel ialah mencuba makanan baru. Dua kali aku pergi Indonesia, dua-dua trip ni aku melantak tak hengat dunia ok 🤪.
Lepas makan di Remboelan, ingatkan kenyang la perut tu dah melantak macam-macam kan. Eh tidaakkkk... adik aku ajak hunting for cheesetart Artirasa dalam mall Grand Indonesia ni. Dan aku yang sejenis iman setipis kulit bawang ni pun ikut jugak beli seketul cheesetart:
![]() |
| Kek keju dari Artirasa 😍 |
![]() |
| Cara beli cheesetart - pilih cheesetart dekat skrin pesanan, buat bayaran dan ambil pesanan di kaunter |
![]() |
| Selain cheesetart, Artirasa ada menjual dessert lain macam mochi, cookies, coklat Dubai kunafa, kek keju dan kek lain |
Nak pilih cheesetart ni pun rambang mata jugak dibuatnya sebab ada macam-macam perisa yang menarik - ada perisa Biscoff, matcha, coklat, berries, chocolate chips, Dubai kunafa, tiramisu, strawberry, Callebaut dreambite, ube, pistachio & coklat dan macam-macam lagilah!
Tapi perisa yang viral dan signature menu dieorang ialah the perfect cheesetart, jadi aku pun pilih yang ni:
![]() |
| The Perfect Cheesetart iaitu cheesetart berperisa keju asli |
Adik aku ambik 2 jenis perisa - satu original (The Perfect Cheesetart) dan satu lagi coklat. Kakak aku pulak ambik Callebaut Dreambite. Adik aku beli 2 sebab nak bawak balik untuk suami dia (adik ipar tak dapat ikut bercuti ke Indonesia sebab ada biz trip ke Korea kalau tak silap).
Kiteorang pilih untuk takeaway sebab masih kenyang lagi. Dah puas jalan-jalan dalam Grand Indonesia mall, barulah kiteorang balik ke hotel sebab nak solat. Malam tu, baru aku cuba kek cheesetart ni, kongsi dengan anak-anak (Suami Terchenta makan sesuap je sebab masih kenyang).
My verdict - cheesetart ni rasa sangat creamy, tak manis sangat, rasa masin keju tu just nice dan sedap dimakan selepas dihangatkan sekejap dalam microwave sebab kejunya cair dalam mulut. Overall aku suka. Selalunya kalau makan cheesecake aku cepat muak sebab rasa kejunya agak pekat. Tapi yang ni ok, tak rasa muak. Keju cair dalam mulut dan senang ditelan.
Jadi para pencinta cheesecake yang nak bercuti ke Jakarta, korang pergi la try cheesetart by Artirasa ni. Memang sedap. Kalau ada peluang ke Jakarta lagi aku nak cuba yang Callebaut Dreambite dengan perisa tiramisu pulak. Eh, tapi tunggu aku diet dulu la! 🤣




0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .