Sumbangan Pakaian dan Barangan Terpakai

Salam Isnin kawan-kawan,

Minggu lepas dah alang-alang mengemas home office kat rumah ni, aku teruskan dengan mengaudit pakaian dalam almari pulak. Anak-anak pun aku suruh buat jugak sebab dieorang sekarang tengah cuti bergilir SPM. Baju lama aku asingkan mana yang elok lagi dan mana yang dah tak elok, lepas tu aku masukkan dalam plastik berasingan dan labelkan. 

Lepas kemas almari, aku sambung pulak kumpul e-waste yang berlonggok dalam rumah ni - kabel lama, PC lama, smartwatch Suami Terchenta yang dah tak boleh cas lagi, power bank lama dan charger lama yang dah tak pakai. Beg yang tak dipakai lagi pun aku kumpulkan jugak.

Hasil aktiviti mengemas:


sumbangan pakaian terpakai
2 longgok plastik pakaian lama dan sekotak e-waste

Hari Sabtu, Suami Terchenta tolong angkut semua masuk dalam kereta sebab nak hantar ke program sumbangan dan pengumpulan pakaian dan barangan terpakai. Masa kiteorang sampai takde pulak PIC kat situ tapi ada banner yang terpampang di belakang dewan. Dah ada orang yang datang awal dan tinggalkan pakaian dan barangan terpakai di belakang dewan jadi kiteorang pun buat benda yang sama.


sumbangan pakaian terpakai
Mengangkut plastik pakaian dan barangan terpakai untuk diletakkan di tempat pengumpulan

sumbangan pakaian terpakai
Nampaknya kiteorang orang kedua yang datang hantar pakaian dan barangan rumah ke sini

Alhamdulillah, setel hantar pakaian untuk dikitar semula / disumbangkan kepada yang memerlukan. Terima kasih Kak Retna sebab promote aktiviti macam ni dekat blog 😄. Sangat membantu 👍🏻

Post a Comment

2 Comments

  1. mmg senang ada program mcm ni..cuma bab nk packing brg2 tu jenuh kan ..

    ReplyDelete
  2. i pun nak kena cari masa jugak buat declutter..hari tu dh antar selimut2 (2 pcs) ke tong recycle (actually masih elok/jarang pakai tapi tak de space dh nak simpan)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .