Home office di rumah ni dah macam sarang tikus dah aku tengok. Tempat mencampak segala barang yang tak tau nak letak kat mana huhu... Maklumlah rumah kecik takde bilik stor. Itulah home office, itulah bilik stor.
Tapi kalau dibiarkan lama-lama, sakit mata pulak. Terpaksa la aku seru jugak semangat membuat 5S di ruang ni.
Dulu masa zaman bekerja, department aku memang ada satu hari dalam sebulan yang semua orang kena kerah buat aktiviti 5S di tempat masing-masing: Sort (Seiri / Sisih), Set in Order (Seiton / Susun), Sweep (Seiso / Sapu), Standardize (Seiketsu / Seragam) dan Sustain (Shitsuke / Sentiasa Amal). Lepas tu hujung tahun department HSE akan buat pertandingan ofis siapa yang paling kemas. Ofis kiteorang memang sentiasa tak menang haha. Bukan sebab kiteorang malas nak kemas, tapi dah namanya department HR, dokumen sulit memang bertimbun-timbun dan makin bertambah setiap tahun. Nak lupuskan tak boleh, sebab legal documents kan, nak tak nak terpaksa la redha je sentiasa antara yang tercorot haha.
Untuk aktiviti 5S ni, aku ambik masa 2 jam jugak la nak mengemas. Paling lama buat step yang pertama tu, seiri / sisih. Kena asingkan mana yang nak recycle, mana yang kena buang dan mana yang nak kena donate / bagi kat orang. Buku-buku agama budak-budak ni (buku kerja / buku latihan) kena masukkan dalam plastik untuk dihantar ke tempat pelupusan buku-buku agama. Ada 2 biji kotak aku asingkan pakaian lama - satu kotak pakaian yang masih elok dan satu kotak lagi pakaian yang dah koyak-rabak / lusuh. Beg-beg lama dan beg-beg yang tak digunakan lagi aku akan hantar sekali ke program sumbangan dan pengumpulan barang terpakai dekat Taman Pelangi hujung bulan ni.
Kerusi urut lama yang dah mengelupas bahagian leather tu rasanya dah tiba masanya untuk dihantar ke tong sampah besar di bawah walaupun masih elok lagi. Rumah kiteorang ni tak cukup ruang nak menyimpan harta-karun yang tak dipakai, jadi terpaksa la bye-bye aje.
Selepas 2 jam mengemas, vacuum dan susun balik barang-barang yang tak diasingkan, ni la hasilnya:
![]() |
| Hujung bulan ni, 2 buah kotak dekat sudut dinding tu pun dah bye-bye jugak untuk dikitar semula. Tinggal barang-barang dalam troli, beg mesin jahit, luggage, yoga mat dan dumb bell |
Nak mengemasnya tak lama manapun, nak mula mengemas tu yang susah hihi. Next part iaitu meja ofis pulak aku sambung bila dah rajin balik 😜. Penuh dengan surat-surat dan kertas-kertas bil, resit dan segala macam lagi. Yang tak rajinnya buat bendalah tu ialah aku kena shred satu persatu surat-surat tu sebab ada maklumat peribadi.
Ni ok lagi. Beberapa tahun lepas aku rajin tengok rancangan Marie Kondo, pempengaruh dari Jepun yang kerjanya mengajar orang cara-cara menjadi organised dan dia akan pergi ke rumah orang untuk tolong dieorang mengemas.
Method dia mengemas mula-mula sekali kena kumpul semua barang dan longgok dekat satu tempat. Lepas tu dia akan tanya, "Does this spark joy to you?" Kalau jawapannya ya serta-merta, simpan. Kalau ragu-ragu, letak tepi tapi memang hujung-hujung ke tong sampah jugak.
Aku pun buat la benda yang sama dia ajar masa kemas bilik anak-anak. Masa tu dieorang kecik lagi. Lepas aku kumpul segala mainan dieorang, ya Allah... baru aku sedar yang aku ni suka belikan dieorang mainan 🤣. Pastu menyesal sebab bilik dieorang masa tu lantai pun tak nampak, penuh dengan permainan.
Aku rasa 2 hari jugak la baru aku setel kemas sebab asal nak mula je, aku depressed tengok longgokan barang-barang tu jadi aku akan keluar bilik dan take a break.
Tapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Selepas berhempas-pulas mengemas (dan deal dengan anak-anak tantrum sebab toys yang dah rosak dan tak main lagi kena buang!) akhirnya kemas jugak bilik anak-anak. Ni la hasilnya:
| Korang bayangkan bakul-bakul tu semua untuk letak toys je. Lepas aku kemas, akhirnya baru nampak lantai bilik 🤠|
Selain bilik home office, aku nak kena kemas jugak almari pakaian. Yang tu pun satu cabaran jugak. Doakan aku gais hihi.

2 Comments
Cie pun selalu gini dalam setahun tu memang kena buat kalau tak memang semakin menjadi sarang la. Bila buang lapang sikit ruang.
ReplyDeleteBila mengemas ni, bukan ruang saja lapang. Fikiran kita pun terasa lapang kan, hilang rasa serabut tengok barang banyak/bersepah. PH ada baca, ianya bukan setakat space clearing & organizing but freeing our mind too.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .