Chaotic organized = berkecamuk tersusun. Kata2 nih paling sesuai menggambarkan keadaan mental dan fizikal aku la nih. Bila mental aku berkecamuk, aku akan menjadi orang yang paling suka berkemas dan menyusun persekitaran aku supaya aku letih dan berhenti berfikir.

Sabtu lepas, aku pindah ke bilik baru. 3 orang housemates dah pindah, jadi akhirnya ada bilik kosong untuk aku masuk. Memang lega, sebab selama hampir setahun, aku cuma tido kat ruang tamu.

Hampir setahun lepas grad. Cepatnya masa berlalu.

Aku beli kipas warna ungu n aku bercadang nak beli langsir warna biru supaya matching ngan cadar n comforter aku. Aku tak de katil (maklum la orang bujang) tapi masa aku dok kolej dulu aku beli carpet yang murah giler (under RM50), jadi nampak berseri sket bilik aku.

Hujung minggu dihabiskan ngan mengemas dan mengatur bilik aku. Biasalah aku. Bila fikiran berkecamuk, aku melepaskan geram dengan mengemas. Aku mengetuk, menyapu, mengemop, menyusun, membasuh dan mencuci segala macam benda arituh. Asal bersepah je, aku kemas. Asal kotor je, aku cuci. Asal berdebu, aku lap. Yang penting aku dapat mengalih perhatian daripada fikiran yg berkecamuk tuh.

It's a way to let out the pent-up energy so I wouldn't feel anything but exhaustion.

Bukan setakat bilik aku kemas, aku cuci toilet yg memang dah bersih. Aku berus dinding, lantai, sinki, toilet seat, toilet bowl dan pintu (pintu pun tak tinggal!) sampai semerbak bau dan putih melepak.

Lepas tu aku cuci baju yang sehelai dua dlm baldi. Then aku sapu rumah, mop lantai, cuci pinggan, nak bersihkan dapur tapi housemate dah tolong buat, susun kasut, susun kotak, buang sampah dsb. Last2, aku cuci motor kesayangan aku plak.

Tapi malam tu aku tetap tak boleh tido. Mengenangkannya.

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .