Pada hari itu, dia kehilangan helmet baru kesayangannya. Oleh sebab semua kedai motor dah tutup dan dia takut ditahan oleh polis, dia pun mengikat sehelai tuala di atas kepala supaya Pak Polisi menyangka dia memakai serban. Adakah dia ingat Pak Polisi tu rabun malam?? Aku yang membontoti di belakang motornya di atas CLK ku sendiri tergelak sesorang di atas motor. Patut kah aku menggelarnya bhai??? Arre, bhai... lawa turban itu!

Pada hari yang lain, aku ternampak dua orang 'Bhai' original di atas motor. Aku mencuitnya dan berkata, 'Awak tak nak bertegur-sapa ke ngan saudara awak tu?' Dia sangat geram tapi juga sangat lucu. Aku temannya yang sangat suka mengusiknya. Adakala dia mahu 'memakan' aku kerana aku suka membuat lawak jenaka berunsur dia.

Kami singgah di pasar malam. Dia dan aku berjalan-jalan meninjau sekeliling. Akhirnya, setelah aku membeli barang-barang aku, dia dan aku berjalan ke motor masing-masing. Aku menjenguk apa yang dibelinya. Keropok je?? Keropok apa tu?

'Keropok apa awak beli?'
Dia tersengih-sengih. 'Pappadum.'
Aku sudah gelak sakan. Mahu berguling-guling di atas jalan raya yang sesak ngan kereta dan orang tu.
'Awak, kalau ya pun baru jumpa sedara mara...'
Dia sangat geram, tapi sangat lucu.

Dan pada malam itu, dia dan aku ada misi besar ke Carrefour. Membeli salad untuk aku :p Bila di Carrefour, dia dan aku berjalan-jalan (kami makhluk yang suka memenatkan kaki). Aku dan dia berborak-borak tentang perkakas dapur. Hmm... Pinggan apa yang paling tahan lama? Paling murah? Paling...

Dia pun menunjukkan pinggan mangkuk stainless steel yang kebiasaannya untuk menghidangkan capati dan naan. Aisey. Sah mamat ni seorang 'bhai'. Aku sudah ada idea baru untuk mengusiknya:

'Nanti orang akan panggil awak makan, cenggini: 'Annnnneeeey! Sappeddeeee!' sambil mengetuk-ngetuk pinggan. Hahahahahaha!'
Dia sudah tertunduk-tunduk menahan perutnya yang sakit.

Anney, sorry daa... :p

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .