Makan-makan di Rumah Adik

Petang-petang Jumaat, ditambah pulak dengan hari hujan, mata ni terasa berat je. Rasa nak baring atas katil dan melayang ke alam mimpi. Tapi anak sulung mintak ambik tak lama lagi lepas kelas tambahan, makanya terpaksa la bersengkang mata sekejap tunggu kelas tambahan dia habis. Jadi sementara tu, kita buat satu lagi entry throwback hujung bulan Ogos lepas masa mak sampai ke KL. Lepas ni akan ada banyak entry throwback ye, sebab nak clear kan gambar dalam galeri hp aku hehe.

Kisahnya masa mak aku datang ke KL, dia stay di rumah adik aku dulu dan lepas balik dari cuti-cuti Jakarta/Bandung barulah dia stay kat rumah aku. Macam biasa, bila mak datang banyak la makanan dekat sana yang dia angkut bawak ke KL. My mom ni kan, her love language is food. Sebab tu kiteorang semua 'sihat-sihat' belaka hehe.

Hari Sabtu minggu yang dia datang tu, adik aku jemput kiteorang ke rumah dia sebab katanya mak dah masak. Gumbira betul bila dapat jemputan sebab aku dan anak-anak rindu air tangan mak aku. Bila kiteorang sampai, tengok mak dah masak macam-macak lauk sampai tak cukup ruang atas meja tu!

Ni antara lauk-pauk orang Sarawak yang mak masak:


obor-obor
Atas: Sambal kacang dan obor-obor masin. Obor-obor ni dimakan cicah dengan sambal kacang tumbuk tu.
Bawah: Terung bakar dan timun dengan sambal belacan. Sambal belacan di Sarawak biasanya kiteorang masukkan ikan bilis sekali

sambal dabai
Sambal dabai


kulat sawit
Sup kulat sawit. Ni antara salah satu lauk favourite aku 😋 Kulat ni direbus dengan bawang, cili padi dan ikan bilis sikit. Itu je, simple tapi sedap!

midin goreng
Sayur midin tumis. Gigih mak bawak pucuk midin ke sini sebab dia tau kiteorang semua suka sayur ni 😍

linut
Linut atau orang Sabah panggil ambuyat. Makan dengan sayur midin, sambal belacan dan obor-obor tadi tu - fuhhhh... boleh bertambah-tambah pinggan dibuatnya!


cendawan enoki goreng
Mak goreng jugak cendawan enoki ni sebab tau ni favourite cucu-cucu dia. Kemain suka Khayla sebab katanya makyeng (my mom) buat lagi sedap dari aku buat 😅

Kalau korang perasan masakan orang Sarawak ni nampak hambar aje kan? Dulu aku pun rasa macam tu tapi sejak dah makin berusia, aku makin appreciate lauk-pauk macam ni. Masa aku mula-mula sambung belajar di Johor, aku culture shock jugak dengan masakan di sini yang banyak pakai santan, cili dan minyak. Tapi lama-lama lidah aku boleh terima (kecuali pedas, tu je aku tak boleh nak adapt lagi haha). Macam tu jugak kawan-kawan dari Semenanjung bila mula-mula pindah ke Sarawak macam tak boleh terima masakan kat sana. Tapi lama-lama ada yang suka sampai bila dah pindah balik ke KL pun masih cari restoran Sarawak sebab nak makan makanan Sarawak. Kita raikan perbezaan budaya yang penting makanan kat Malaysia ni paling sedap di dunia hihi.

Nota kaki: Alhamdulillah, dapat merasa air tangan mak 🥰. 

Post a Comment

34 Comments

  1. Macam mana la rasa obor2 tu ya. Kalau tengok tekstur macam ala ala sotong kurita tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah makan chuka kurage kat Sushi King tak? Rasanya lebih kurang macam tu la sis 😄 tak liat macam sotong kurita, rasa crunchy dan masin sikit sbb dah campur dgn garam

      Delete
  2. kita pernah stay sarawak makan menu sarawak, cari yg agak sama dgn semenanjung, cam gulai or kari. meriah menunya, air tgn mak ikan goreng pun sedap.
    kita johor yg x makan pedas, pedas manja boleh. pedas sgt, kenot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kat sana ada jugak masakan mcm kat semenanjung ni. Klu kat rumah parents saya, lauk harian ialah lauk yg mcm mak saya masak. Tapi tgk tempat & etnik jugak kot. Macam kiteorang ni orang Melanau menu kiteorg mcm udang rebus dgn terung asam, umai, ikan pindang, sup ikan, ikan bakar, ikan salai etc. Belah family asben pulak (Melayu), biasanya lauk MIL masak mcm ikan/ayam goreng, ayam / daging masak kicap / masak hitam, ayam masak merah, kari daging, sayur campur etc.

      Kat rumah saya sendiri, dah bercampur-aduk 🤭 kadang2 masak lauk org Sarawak kadang2 buat lauk org sini. Ikut mood hehe.

      Delete
  3. Sedapnya ambuyat tu pernah makan sekali je kawan Sabah buatkan. Menu sana nampak lebih sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu je kekurangan - makanan kiteorg tinggi garam. Ikan masin, ikan jeruk, telur masin, obor-obor tu pun masin jugak. Takde la sihat sangat 😅

      Delete
  4. Airtangan ibu tiada tandingan. Alhamdulillah mak pun sihat, kuat lagi nak datang ziarah anak² dan masak macam² juadah. Semua nampak unik dan pastinya sedap sangatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis. Tak sedap di lidah orang tapi di lidah anak2 air tangan mak jugak yg paling sedap 😋 tapi klu ada buat gotong-royong masak2 kat masjid area rumah mak, mmg AJK akan request mak buatkan sambal belacan. Sambal belacan mak legend di masjid kami hihi

      Delete
  5. mak dtg dr swak mcm2 la menu swk die nk bw utk ank2...menu swk stakat arini yg mkn mee kolok & laksa sarawak..sayur midin tu fav

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya perhati org Semenanjung bila datang cuti2 ke Sarawak mesti request sayur midin kat kedai makan hehe. Memang sedap sayur ni, saya suka makan dgn linut dan sambal belacan 😄

      Delete
  6. Bisa jadi saya akan lebih suka makanan Sarawak sebab lebih bening, tak pakai santan. Dan mungkin lebih mengandalkan rasa alami dari bahan yang dipakai kan.

    Krn sejak usia dah segini, memang saya lebih aware dengan makanan. Santan memang dah skip kalau di rumah. Kalaupun masak sesuatu yang pakai santan, saya akan switch ke Fiber Creme.

    Jadi makan menu bersantan itu hanya saat saya traveling lah.

    Kalau mama ada, memang makanan mama saja yang ditunggu kan. 🤤😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya juga sudah mula appreciate makanan2 yg kurang bersantan dan deep fried sejak akhir2 ni. Masakan seperti kari / rendang, udah jarang2 makan skrg. Tapi klu menu lemak cili api saya suka mungkin kerana pedas cili api tu bagi rasa yang balance pada kuah santannya.

      Melihat gambar2 ini aja udah bikin saya kangen sama air tangan mak 😋

      Delete
  7. Setuju, makanan Malaysia paling sedap di dunia. Banyak etnik, banyaklah variasi makanan yang unik-unik. Menarik betul menu obor-obor dan dabai tu. Harap satu hari nanti dapat merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat masa saya dan kawan2 pergi ke Eropah 2 tahun lepas dan kami singgah makan di restoran di Amsterdam. Masa tu dah seminggu di sana, tekak dah mula rindu makanan di Malaysia. Kawan2 Cina saya pun dah rindu makan roti canai di kedai mamak, dan nasi lemak di kedai kopitiam 🤣 Walaupun berbeza bangsa, lidah kami tetap lidah orang Malaysia 🤭

      Delete
  8. nothing can beat our mom's cooking! saya rindu jugak masakan my mom tp at teh age of 84, my mom dah tak fit to cook sbb mata nya rabun/kabur...so i hanya ada memori manis mkn mcm2 masakan my mom sbb my mom memang rajin lah masak2 sblm dia tak leh nak masak2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... mesti ur mom rindu nak masak2 utk anak2 kan. Dalam my family, cooking is a mom's love language. My late grandmas cooked for their families, my mom cooked for her family and now I pun cook for my family with TLC 😄

      Delete
  9. Gigihnya mak Carneyz memasak utk anak². Kita ni namanya mak juga, tapi kenapa la tak gigih macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu cara dia nak tunjukkan kasih sayang kat anak2 SK. Sbb dia tau kiteorg semua suka air tangan dia, and dia tau anak2 happy dapat rasa air tangan dia 😊

      Delete
  10. SEdapnya sambal dabai tu.. ambuyat pun lama tak makan, dulu makan Sunah yang masakkannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Sabah panggil ambuyat, kat Sarawak kiteorg panggil linut. Sedap makan dgn sayur keladi masak lemak atau sayur midin dan belacan 😉

      Delete
  11. Banyak lauk pauk Sabah Sarawak yang memang lain dari semenanjung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faktor sosiobudaya yang berbeza. Tapi semua makanan di Malaysia ni sedap tak kira tempat 😋

      Delete
  12. Jap uncle nak teka. Nama kulat sawit tu sebab dia tumbuh kat pokok sawit kan? Pandai tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandainya Uncle 👏🏻👏🏻 uncle siapa la ni? hehe

      Delete
  13. Nostalgia sangat bila dapat merasa air tangan mak.

    ReplyDelete
  14. Hehe tadi ingat ada brownies rupanya terung bakat.
    Ya Allah seronoknya Emak masakkan semua makanan kegemaran. Siap bawa bahan dari Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sanggup mak bawak sayur pucuk midin, obor-obor, dan buah dabai dari sana semata2 nak masak utk anak2 yg duduk di sini 😊

      Delete
  15. Dalam byk² tu kita tau enoki je wak hehe.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Bila kita nak buat trip jalan2 Sarawak pulak ni 🤭

      Delete
  16. Memang betul, love language seorang mak selalunya menerusi makanan! Gigih sungguh mak bawakan pelbagai bahan khas dari Sarawak semata-mata nak masakkan juadah kegemaran anak cucu. Meriah betul meja dengan lauk-pauk tradisi, bertambah seronok bila dapat kumpul makan ramai-ramai macam ni..Midin tu sedapnya buat goreng belacan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, mak kan 🥹 dia tau anak2 dia suka makanan tu sanggup dia heret beg berat2 semata2 nak bawak makanan yg kiteorg suka ke sini.

      Delete
  17. Betul. Raikan perbezaan, janji perut kenyang. Setiap negeri/tempat ada keistimewaan sendiri.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .