Jalan-Jalan di Festival Budaya Malaysia 2026

Masa my mom ada kat sini, aku sempat la bawak mak ke Taman Tasik Titiwangsa dengan niat nak brisk walk sesama. Tapi bila sampai ke sana, rupa-rupanya ada event Festival Budaya Malaysia. Tapi masa tu banyak gerai baru nak set up jadi kiteorang pun ambik kesempatan brisk walk sambil meninjau jualan dan aktiviti yang bakal berlangsung hujung minggu tu.


Festival Budaya Malaysia 2026
Posing dengan mak di sudut bergambar ni

Mostly ada gerai jualan makanan sepanjang laluan kiteorang. Ada jugak persembahan alat muzik dan tarian tradisional (aku assume la, sebab kiteorang terserempak dengan beberapa orang yang berpakaian tradisional masyarakat Kadazan). Ada lalu tepi pentas persembahan fesyen, tapi hari kiteorang pergi tu belum mula lagi kot persembahan fesyen tu (kiteorang pergi hari Jumaat, kemuncak event ni ialah hari Sabtu dan Ahad esoknya).


Festival Budaya Malaysia 2026
Ada permainan tradisional, persembahan alat muzik tradisional, jualan baju tradisional dan macam-macam lagi 

Tapi yang paling menarik perhatian kiteorang di festival ni ialah Pesta Seri Rasa:


Festival Budaya Malaysia 2026
Gerbang masuk ke Pasar Seri Rasa

Festival Budaya Malaysia 2026
Cantik hiasan sudut Pesta Seri Rasa ni, macam melangkah masuk ke pasar dulu kala

Festival Budaya Malaysia 2026
Gerai makanan memenuhi kiri dan kanan laluan ni

Ternampak gerai kopi yang menarik, apa lagi my mom yang pantang tengok kopi terus ajak singgah mengopi hihi. Kiteorang pesan kopi (my mom pesan kopi O dan aku pulak kopi susu) dan ubi rebus dengan sambal ikan bilis dan kelapa parut, since kiteorang tak breakfast lagi. Ada kerusi dan meja camping disediakan untuk kiteorang mengopi. Fefeeling macam tengah healing dalam hutan bila dikelilingi pokok-pokok tinggi! 😅


Festival Budaya Malaysia 2026
Mengopi bawah pokok dengan mak hehe

Festival Budaya Malaysia 2026
Macam pergi camping pulak 😜

Festival Budaya Malaysia 2026
Pesan kopi siap dapat biskut cracker untuk cicah dengna kopi

Dah setel mengopi, my mom nak jalan-jalan tengok gerai makanan di Pesta Seri Rasa ni. Eh eh, ada gerai makanan Sarawak jugak. Kemain syok mak sebab dapat jumpa 'orang kampung' hehe. Banyak pulak tu dia beli dari gerai-gerai makanan Sarawak, yang aku tau confirm dia takkan habis makan 🫣. Nak dilarang, tak boleh. Alasan mak nak support bisnes dieorang. 


Pesta Seri Rasa
Kiri: Mak tengah pilih kuih penyaram sambil bersembang dengan penjual dari Kapit kalau tak silap aku.
Kanan: Mak sibuk interview adik yang jual umai ni hehe. End up mak beli sebekas umai udang yang sampai sekarang masih ada dalam peti sejuk aku 😮‍💨

Seronok my mom dapat pergi ke Festival Budaya Malaysia ni, tapi sayangnya tak sempat nak bawak dia pergi sekali lagi weekend tu sebab dia dah balik ke Sarawak masa tu. Ni antara gambar-gambar kenangan mak di Festival Budaya Malaysia 2026. Harapnya ada rezeki mak datang ke FBM 2027 pulak.


Festival Budaya Malaysia 2026
Kenangan mak di Festival Budaya Malaysia 2026

Post a Comment

0 Comments