Selesai menonton persembahan Khayla dan Adipatra dalam pertandingan bakat tradisi awal bulan lepas, kiteorang singgah makan malam awal di sebuah restoran burger dalam The Campus Ampang ni. Nama restoran ni senang je nak ingat - Double Cheese Please. Restorannya bersaiz cozy je, segan pulak nak ambik gambar dalam tu sebab masa tu ramai orang tengah menjamu selera.
![]() |
| Dari nama restoran dah tau kan apa menu utama kat restoran ni? Tak lain tak bukan - burger. |
Kat sini menu yang popular ialah smash burger (patty daging yang dileperkan) yang menggunakan Angus beef patties sebagai bahan utama.
![]() |
| Aku dan Khadeeja pesan Old School Smash, Suami Terchenta pulak pesan The Mafia. Perbezaan yang ketara antara dua ni ialah satu guna sesame sauce dan satu lagi sesame & spicy sauce. |
Harga burger kat sini agak kuban-kuban la, semestinya bukan burger untuk dimakan hari-hari macam burger Ramly tepi jalan. Mungkin sebab guna daging Angus yang premium tu kot. Tapi adakah rasanya premium macam harganya?
![]() |
| Milkshake - strawberry & coklat. Dua-dua sedap! |
Selepas menunggu 10-15 minit akhirnya burger pun sampai. Gini la rupanya dari bahagian sisi:
![]() |
| Old School Smash - inti burger ada Angus beef patty, double cheese, sesame sauce, gherkins, tomato chili relish & lettuce. |
Gigitan pertama - rasa bun nya lembut. Daging burger pulak juicy. Tapiiii... aku tak minat peanut dressing tu sebab aku makan burger ni dengan rasa hambar. Agak struggle nak menghabiskan burger ni sebab saiznya agak besar dan rasanya tak kena dengan tekak aku. Angus beef tu tak terserlah rasanya di lidah aku. Berbeza dengan pengalaman aku makan Bobby's Burger dekat TRX (pun guna Angus beef jugak). Sometimes less is more. Yang ni mungkin sebab terlalu banyak inti dalam burger yang menenggelamkan rasa the star ingredient - Angus beef. Bagi aku, cukup la sekali makan kat sini sebab dah tak terasa nak repeat lepas ni.
Tapi bak kata Shai - tak sedap kat tekak aku mungkin sedap kat tekak orang lain. Jadi kalau korang nak cuba, boleh la singgah di The Campus Ampang untuk cuba burger ni. Jangan lupa review nanti ye!




0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .