Aku suka sekali kawan-kawan di JB. Mereka semua gila. Gila dan fun. Kerana kami gila, orang selalu anggap kami budak baru belajar yang innocent sedangkan kami tak begitu. Awas ya, Chairman boleh buat financial report macam seorang menteri kewangan, Survivor terer buat planning department, dan Ainie ialah pekerja paling sibuk dan produktif di syarikat kiteorang ('dan paling cute' dier suka menokok-tambah fakta!) Dulu ada Jen, si workaholic merangkap Miss Universe tapi dier dah berhenti kerja dan balik kampung. Berkuranglah sorang kanak-kanak Ribena.
Kalau aku tak hang out dengan Kak Za dan Yana, aku akan hang out dengan Ainie, si budak cute yang perasan cute. Ainie si budak cute ni bukan sahaja cute, tapi dia juga baik hati. Sebab tu lah aku suka berkawan dengan Ainie si budak cute ni, di samping suka kereta Kenari nya yang banyak berjasa dan menyumbang kepada kenaikan harga petrol di JB.
Sepanjang 4 hari di JB, Ainie si budak cute selalu tolong hantar aku balik ke hotel. Dalam kereta, kami suka ketawa mengilai2 macam 10 tahun tak penah gelak dan Ainie si budak cute suka bawak kereta ala2 Schumacher dan potong Q. Sungguh, dia penah bisikkan impiannya menjadi pemandu taxi yang paling anggun di JB.

Seperti biasa hari Jumaat tu dia hantar aku balik ke hotel. Dengan selamba badak je dia potong Q kat trafik light. Tiba2... Oops! Ada Pak Polisi melambai2 kami mcm pokok kelapak. Alamak. Kantoi pulak...

Oleh sebab Pak Polisi dah melambai, maka kami dengan terkedek2 berenti di bahu jalan. Ainie si budak cute dengan gabranya menurunkan tingkap kereta manakala mata aku pulak dah membulat macam piring cawan di samping muka dah pucat-lesi macam nampak hantu polong.

Belum sempat Pak Polisi mintak IC dan lesen kereta, Ainie si budak cute terus menghamburkan kata-kata rayuan dengan kelajuan 35 km/j - tanpa noktah, koma, tanda seruan dan sebagainya yang akan menghalang ayat2 berunsur rayuan itu dari menyapa lembut cuping telinga Pak Polisi:

'Encik2 mintak maaf sesangat saya dah lambat ni nak hantar kawan saya balik pastu nak amik mak saya kat rumah sbb dier nak gi Singapore malam ni dah banyak kali call tolong la encik saya terpaksa buat macam tu kawan saya nak balik cepat ada hal mak saya nak gi singapore saya nak kena hantar mak saya pulak ke sana tolong la encik lain kali saya tak buat lagi saya mintak maaf sangat tolong la encik...'

'Bak IC dengan lesen.' Pak Polisi pada mulanya kebal dan berhati waja walaupun berhadapan dengan Ainie si budak cute dan kawannya yang lebih cute (muahaha! Speak2 grendem betul). Tapi Ainie si budak cute tetap tak mengalah. Dengan nada 'uhuk2' nya, dia terus memujuk dan menaburkan kata2 dusta yang manis di telinga Pak Polisi tu.

Akhirnya, sedikit demi sedikit hati seorang lelaki seperti Pak Polisi tu cair dan retak dek termakan kata2 rayuan yang penuh kepalsuan. Aku terus menjadi supporting actress - membuat muka kesian di sebelah Ainie si budak cute. Usaha dan lakonan mantap kami akhirnya membuahkan hasil - Pak Polisi itu pun melepaskan kami pergi tanpa sebarang tiket saman yang berpotensi melayangkan beratus2 ringgit dari poket lusuh kami.

Buat beberapa minit, aku dan Ainie si budak cute terdiam dan menikus tak percaya yang kami berjaya melepaskan diri dari tindakan undang-undang kerajaan Malaysia. Lepas tu, aku tengok dia, dia tengok aku dan kami terus ketawa berguling2 di dalam Kenari itu!

Pak Polisi seluruh Malaysia, mintak maaf bebanyak ya! Kami sangat sengkek sekarang tapi kalau ada duit pun kami tak rela membayar saman. Huhu...!

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .