Tahun baru. Azam baru. Azam baru pertama saya ialah...

Mengemas stor.

Lihatlah stor kami. Serupa tongkang pecah. Lantai pun dah tak nampak.

Oleh kerana kehidupan kami yang ultra sebok, jadi stor kami agak tidak terurus. Sebenarnya ini ialah satu alasan yang hampeh. Kami sendiri yang malas mengemas stor.

Jadi, sempena tahun baru, semangat waja & perkasa tiba2 datang menyerap. Apa lagi jualan Ikea menghasut minda kami yang sememangnya suka dihasut untuk membeli rak ini:
Gorm Shelving Unit, by Ikea

Sepanjang hari kami bekerja sampai mati keras membuang barang2 dan kotak2 yang tak diperlukan lagi. 

Lepas beberapa jam bekerja, barulah kami perasan yang:

  1. Kami ada beberapa hadiah kawen yang belum dibuka.
  2. Kami ada 2 toaster & banyak pinggan-mangkuk.
  3. Kami suka menyimpan sampah-sarap.

Bila barang-barang yang tak perlu dah dibuang, tiba masanya utk berkemas2 & bersusun2 barang. Sebelum tu, let's go to IKEA! Yeaay! Dan beli rak! (muat2 je dalam CLK kami, cayalah CLK!).

Kami kerja kuat lagi sampai malam, kemudian pasang rak dan letak di dalam stor. Lepas tu, barulah mula menyusun barang. Hasil usaha gigih kami:

Akhirnya storku comel semula...

Boleh gantung beg2 tangan jugak...

Mari kita lihat berapa lama stor ini akan comel sokmo! Hahahaha!

p/s: Saya semakin heart IKEA. Bila la saya boleh beli satu IKEA. Satu ketamakan haloba yang tak boleh dimaafkan.

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .