Salam Khamis kawan-kawan,
Minggu lepas aku datang mood nak mengemas dalam kabinet buku dan peti sejuk pulak selepas mengemas home office bulan lepas. Kabinet buku ni kiteorang beli kat IKEA, jenis yang bercermin kaca di bahagian atas:
Masa aku pindah dari Sarawak dulu, aku bawak sekali album gambar, koleksi kad raya dan surat-surat dari kawan-kawan (zaman tu rajin betul berbalas surat!), kad ucapan birthday dari adik-beradik aku dan segala macam trinkets macam duit syiling dari pelbagai negara yang aku pernah pergi dulu. Semuanya aku masukkan dalam plastik hitam lepas tu aku peram je dalam kabinet ni. Bila datang mood rajin minggu lepas, aku pun keluarkan dari plastik hitam dan asingkan ikut kategori. Lepas tu aku upcycle kotak-kotak lawa untuk simpan barang-barang sentimental value ni:
![]() |
| Kad raya dari Suami Terchenta (zaman sebelum ada anak!), gambar-gambar polaroid anak-anak masa dieorang masih baby dan kad birthday dari adik-beradik aku simpan dalam kotak sejadah Naelofar hadiah ulangtahun perkahwinan tahun lepas (rak atas). Trinkets aku letak dalam kotak coklat Kit-Kat tu (lama giler aku simpan kotak ni, dari zaman sekolah lagi!) |
Barulah sedap mata memandang tengok kabinet ni dah kemas dan nampak tersusun 😍. Kotak-kotak hadiah tu daripada tak digunakan boleh jugak jadi kotak simpanan barang-barang kenangan ni.
Bila tengok kabinet buku dah kemas, jadi makin bersemangat nak buat 5S dalam peti sejuk pulak sebab setiap kali bukak pintu peti sejuk, aku jadi rimas! 😵💫
![]() |
| Sebelum - makanan dalam peti sejuk ni main letak je mana yang ada ruang kosong! 🙈 |
Mula-mula sekali, aku keluarkan semua makanan dan letak dalam cooler box. Bahagian yang boleh tanggal dari dalam peti sejuk ni pun aku tanggalkan jugak (rak, tangki air, bakul sayur dan buah-buahan). Seterusnya, aku cuci rak/bakul/tangki air dan lap bahagian dalam peti sejuk. Bila peti sejuk dah bersih, aku asingkan makanan yang masih elok dan yang dah tamat tempoh. Makanan yang terceruk dekat bahagian belakang tu biasanya tak perasan sampai expired!
Setel asingkan makanan yang elok dan dah expired, barulah aku susun balik dalam peti sejuk:
Main compartment
- Rak botol - untuk letak botol minuman je.
- Rak paling atas (paras mata, senang nak cari dan capai) - bahan-bahan masakan (bawang kisar, ikan bilis, belacan, udang kering, cili kisar etc.).
- Rak kedua (ruang kecik je) - cheese slices, tempe dan tofu.
- Rak ketiga - lebihan lauk / makanan.
- Rak paling bawah (paling sejuk) - makanan dalam tin / botol yang dah dibuka, butter dan lain-lain.
Pintu peti sejuk
- Rak paling atas (paling tinggi / susah tengok tapi senang capai) - makanan dalam pek (keju parut, pes masakan, serbuk nasi goreng, etc.
- Rak kedua - condiments (jem, susu tin, jus lemon, etc.).
- Rak ketiga - letak minuman dalam kotak dan botol jus besar (jarang-jarang beli fresh milk, jadi ok je simpan dekat rak pintu peti sejuk).
- Rak keempat - telur dan memandangkan rak condiments tadi tak cukup ruang, terpaksa letak botol sos tiram kat sini jugak.
- Rak paling bawah - Makanan yang jarang-jarang guna (apple cider vinegar, sos mirin halal, etc.).
Bahagian laci:
- Laci atas - sayur-sayuran
- Laci bawah - buah-buahan
![]() |
| Hasil selepas mengemas peti sejuk ✌🏻 |
Btw, aku suka sangat bekas simpan bawang kisar sebab ada tempat sangkut sudu kat bahagian dalam bekas supaya tak bercampur dengan isi dalam bekas tu! Sebelum ni aku pakai botol sos spaghetti untuk simpan bawang kisar tapi sudunya kena selalu cuci bila terkena dengan bawang kisar di bahagian pemegang. Bekas ni aku beli kat Nitori sebab ada clearance sale, harganya RM12.90 satu:
![]() |
| Sudu dijual dengan bekas ni jugak, ada tempat sangkut sudu supaya tak bercampur dengan bawang kisar (sumber gambar: laman web Nitori) |
Finallyyyy baru senonoh sikit rupa dalam peti sejuk ni 😂. Nampaknya kena buat jadual mengemas peti sejuk secara berkala. Kalau tak, semak balik macam sebelum ni 😜.
Sampai datang mood rajin lagi selepas ni, target seterusnya nak mengemas kabinet kasut pulak hihi.






0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .