Singgah Makan Malam di Udang Galah Lubuk Hantu @ Bentong, Pahang

Sambung balik cerita makan-makan sebab aku dan makanan berpisah tiada 😜.

Masa dalam perjalanan balik ke KL selepas staycation di Mangala Estate Resort, kiteorang singgah makan malam di Restoran Udang Galah Lubuk Hantu di Bentong, Pahang. 


Udang Galah Lubuk Hantu
Udang Galah Lubuk Hantu terletak di Bentong, Pahang

Tak pasti la kenapa nama restoran ni menyeramkan; mungkin tempat ni lubuk makan udang galah sedap di kalangan hantu / peminat udang galah 😅. Tengok reel kat IG yang datang makan kat sini tak mengira kaum, jadi mestilah sedap kan. Marilah kita cuba.


Udang Galah Lubuk Hantu
Suasana dalam restoran yang bertemakan klasik

Udang Galah Lubuk Hantu
Mungkin hujung minggu ada live performance buskers kat sini kot

Selepas duduk, kiteorang terus diberikan buku menu. Kat sini boleh pilih ala carte atau set hidangan. Aku dan Suami Terchenta pilih set udang galah lemak petai hantu berapi untuk dua orang yang didatangkan dengan nasi, udang galah 5 ekor dan ulam dan sambal belacan:


buku menu
Udang galah masak lemak petai dan udang galah sambal petai ialah bestseller di restoran ni


menu minuman
Minuman tak banyak pilihan - cuma ada ni je. Aku pilih air longan berhantu dan Suami Terchenta pilih air kelapa hantu laut
 
Udang Galah Lubuk Hantu
Minuman dia boleh tahan besar ye! 😅 Dah la hari hujan, lepas makan terus rasa nak terkucil dibuatnya hihi

Masa menunggu tak lama sangat. Makanan sampai sekaligus, alhamdulillah. Oh ya lupa, kiteorang tambah telur dadar jugak.


Udang Galah Lubuk Hantu
Udang galah tu nampak menggiurkan betul. Masa ni dah tak sabar-sabar nak makan!

Close-up lauk-pauk yang kiteorang pesan:


Udang Galah Lubuk Hantu
Gulai masak lemak regu dengan telur dadar memang heaven...

Udang Galah Lubuk Hantu
Ulam kobis dan timun dengan sambal belacan yang menyengat lidah ni membuka selera Suami Terchenta sebagai penggemar ulam-ulaman dan sambal belacan

Udang Galah Lubuk Hantu
Star dish of the day - udang galah masak lemak petai. Udangnya fresh, besar-besar pulak tu! 😍

Kiteorang makan dah tak toleh kiri kanan lagi sebab kesedapan menikmati udang galah ni. Since Suami Terchenta bukan peminat petai, aku la yang membolot semua petai tu 😆. Sedap pulak masak lemak tambah petai segar ni. Boleh bertambah-tambah nasi dalam pinggan kalau makan kat rumah ni hihi.

Aku baca kat FB restoran, udang galah ni dieorang import dari Thailand. Selain dari masak lemak petai dan masak sambal petai, ada jugak masak buttermilk, goreng kunyit, masak berlada, masak steam etc. Untuk yang tak berapa gemar udang, boleh pilih lauk lain jugak macam ikan siakap 3 rasa, ayam goreng dan daging goreng.

Kat tempat ni ada surau jugak jadi senang kalau nak tumpang solat di sini. Lepas kiteorang habis makan, baru perasan ramai pulak pelanggan yang datang makan malam di sini. Agaknya kalau datang masa makan tengahari mesti kena menunggu meja kosong. Nasib baik datang sebelah malam.

Overall, restoran ni recommended untuk peminat udang galah sebab udangnya segar dan masakan pun sedap dan kena dengan tekak kiteorang. Mula-mula masa nak pesan tu risau jugak takut pedas sangat tapi ok je la untuk aku yang tak makan pedas ni.



Udang Galah Lubuk Hantu
Dah ramai pelanggan sebelum kiteorang beredar

Ada yang pernah singgah makan kat sini ke?


Restoran Udang Galah Lubuk Hantu
Alamat: No. 33(90A) BATU 2 1, 2, Jalan Kuala Lumpur, 28700 Bentong, Pahang.
Masa Operasi: 12 tengahari - 10.30 malam (Isnin - Ahad)

Post a Comment

0 Comments