Dah Lama Tak Bersiaran di Blog Mommy...

Louis & Kiera
Port lepak dari pagi sampai petang

.. Siapa lagi kalau bukan anak-anak bulus ni? 

Sekarang port lepak Louis dan Kiera ialah dekat kerusi meja makan. Sampai Suami Terchenta komplen sebab kerusi penuh dengan bulu dieorang hihi. Malas la mommy sikit-sikit nak kena vacuum kerusi sebab tak lama lepas tu, dieorang naik kerusi balik. 

Hobi masih lagi makan, tidur dan berkejar-kejaran dalam rumah (yang last tu jarang-jarang la, sebab dieorang ni pemalas 😜). Atau mungkin sebab takut kena jerit dengan mommy lagi (minggu lepas dieorang naik hantu berkejar-kejaran atas meja makan dan jatuhkan pasu bunga atas meja! Nasib baik tak tergolek dan terhempas ke lantai!).

Ada satu kejadian pagi semalam. Usai solat Subuh, aku terdengar si Kiera muntah dalam rumah. Lepas tu Louis sibuk la datang dekat nak jadi netizen tengok apa yang berlaku. Baru je ambik tisu nak lap muntah Kiera, guess what? Dah licin dimakan si Louis! 🤢 Patutlah awak tu chonky! Muntah adik pun dia sanggup telan. Uwekkkk! Sila jangan jilat tangan mommy lepas ni.

Gitulah aktiviti harian anak-anak bulus ni. Kadang-kadang bikin terhibur, kadang-kadang geram jugak dibuatnya!


Belanja lagi gambar kucing tak berakhlak di rumah ni!

Post a Comment

0 Comments