Sebelum kena Covid tempoh hari, kiteorang sempat la berjalan-jalan ke Bukit Bintang. Asalnya nak ganti bateri telefon Khayla yang dah kembang, tapi lepas dah setel tukar bateri kat Low Yat, Khadeeja request nak beg sandang macam kakak. So pergilah ke Sungei Wang Plaza.

Tak sangka pulak terjumpa galeri MinNature Malaysia yang terperuk dalam bangunan ni. Rasanya mesti ramai yang tak tau kewujudan tempat ni kan?

Nak masuk galeri ni kena beli tiket dan harga tiket pun bukan murah - RM20 sekepala dewasa dan kanak-kanak harga sama (kali 4 orang jadi semuanya RM80). Tapi Suami Terchenta tak sampai hati nak cakap 'no' bila budak-budak ni buat muka kesian macam Puss in Boots tu hahaha. So dia bayarkan je la... Amacey Suami Terchenta, lap u so much muah!

Nak tengok berbaloi ke tak berbaloi harga tiket boleh tengok hasil tangan artis kraf miniatur ni. Nampak real kan? Setiap model miniatur ni dibuat dengan teliti dan sangat detailed:


MinNature Malaysia
Entah berapa lama nak siapkan satu karya miniatur ni...


MinNature Malaysia
Kerusi tu macam real sangat. Mangkuk tu siap ada ukiran lagi dan berisi butir-butir makanan yang kecik halus

MinNature Malaysia
Makanan orang Cina - kagum dengan kesabaran artis nak buat benda-benda kecik ni

Anak-anak tak habis-habis tanya, 'Mom, how did they make such a tiny snack?' bila tengok model gerai jajan ni. Jangan tanya Mommy, Mommy pun tengah takjub dengan tahap kesabaran artis-artis ni. Kalau la aku yang kena buat model miniatur cenggini, baru dua butir kacang agaknya dah terbalik meja dan jadi Hulk! 😂😂 #spesiestakretisabar
 
MinNature Malaysia
Nostalgia betul tengok jajan ni

MinNature Malaysia
Khadeeja perhati je cakoi dengan pisang goreng miniatur ni

MinNature Malaysia
Replika kuih-muih ni pun nampak sedap je padahal pelesu semuanya haha!

MinNature Malaysia
Replika gerai jual buah berangan (chestnut)

OK, dah puas tengok model kecik-kecik kita beralih ke replika pemandangan pulak.


MinNature Malaysia
Replika suasana kampung

MinNature Malaysia
Aduh, rindu betul nak balik kampung bila tengok ni

MinNature Malaysia
Replika gerai durian pun ada

MinNature Malaysia
Ni kedai sinseh Cina rasanya

MinNature Malaysia
Suasana rumah panjang

Lagi satu, sambil-sambil menghayati setiap suasana tu, boleh jugak tangkap gambar kod QR yang terpampang di sebelah pameran. Kod QR tu ialah link ke Youtube di mana pengunjung boleh dengar rakaman audio. So bukan setakat boleh tengok, boleh dengar jugak audio ayam berkokok ke, orang bergosip ke, lagu ngajat ke. Baru la feel sikit!

Bahagian seterusnya ialah replika bandar-bandar di Malaysia:


MinNature Malaysia
Replika Bandar Georgetown, Pulau Pinang

Lagi satu, ada pertunjukan cahaya dekat Kek Lok Si dan Dataran Merdeka pada masa-masa tertentu. Sebelum pertunjukan bermula, pengumuman akan dibuat so korang boleh la terus gerak ke tempat tu. Bila pertunjukan cahaya bermula, lampu akan dimalapkan. Kiteorang sempat tengok pertunjukan cahaya di Kek Lok Si. Siap ada naga terbang-terbang, maklumlah kawasan tokong Cina.


MinNature Malaysia
Setiap replika ada penerangan ringkas tersendiri, tapi aku malas nak baca sebab banyak lagi tempat nak cover hihi

MinNature Malaysia
Replika Bandaraya Melaka. Dalam gereja tu bila kiteorang intai siap ada majlis perkahwinan lagi!

MinNature Malaysia
Gigih betul artis ni buat miniatur dalam replika gereja

MinNature Malaysia
Replika Batu Caves

Sebenarnya ada banyak lagi replika negeri-negeri lain seperti Melaka, Perak, Negeri Sembilan, KL, Sarawak, Sabah, Terengganu dan sebagainya tapi aku dah penat nak upload 😜 Korang kena pegi sendiri kalau nak tengok bandar-bandar tu ye.

Nak bagi lagi menarik, galeri ni ada menawarkan ganjaran RM200 untuk cari satu karakter (The Green Bandit) yang menyorok dalam salah satu pameran miniatur ni. Puas kiteorang cari memang tak jumpa. Kalau korang terer mencari benda hilang boleh la cuba nasib cari The Green Bandit ni. Buat pengetahuan, galeri ni berkeluasan 1207 meter persegi dan ada lebih 34,000 replika. 

MinNature Malaysia
Budak-budak suka main scavenger hunt ni

Eh, model orang kita pun ada!

Dah puas tengok pameran dan replika bandaraya semua, boleh la gerak ke kedai cenderahati pulak. Siapa-siapa yang rasa nak bawak balik replika miniatur ni boleh beli di kedai ni tapi harga faham-faham je la memandangkan replika ni ialah karya seni. So peminat replika, silalah sokong hasil tangan artis tempatan di sini.

MinNature Malaysia
Ni sesuai nak bagi kawan-kawan atau ahli keluarga yang duduk di luar negara supaya dieorang rindu makanan kat Malaysia hahaha!

Tapi kalau nak cari yang murah sikit boleh jugak usha fridge magnet, pop-up card bertemakan bangunan kedai lama atau buku nota.


MinNature Malaysia
Fridge magnet ni RM15 je satu

MinNature Malaysia
Pop-up card ni harganya RM21 kalau tak silap. Anak aku beriya-iya nak beli, berjanji dengan tulus ikhlas nak jaga elok2 last2 aku tengok atas lantai tepi meja.. hmm...

Amacam, best kan galeri ni? Boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web: http://minnature.com/. Sempena cuti sekolah ni boleh la plan bawak anak-anak pergi ke sini, memang menarik.

14 comments:

  1. Pergh!! Nampak real.. Memang betul-betul sabar artisnya.. Terbaik hasilnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak real sgt kan? Kalau suruh kita yang buat mmg kesudah tak siap2 haha

      Delete
  2. Saya baru tahu ada gallery miniature ni. Menarik sangat, betul betul nampak real. Tiket pricey tapi puas hati jugaklah tengok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kiteorang pun baru tau jugak tu pun secara tak sengaja terjumpa sbb tempat dia tersorok sikit.

      Delete
  3. masya Allah...halus2nyeee semua! mun ciksun jalan rah sitok, mesti lamak alu merati sigek2 ehhh..hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, jakun sekali juak kmk org merati replika tok. Nok replika makanan ya nang nyuruh lapar juak haha

      Delete
  4. ini patut soh CM join ni hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CM pun tak larat nak cari agaknya sbb tempat tu besar, pastu ada beribu2 patung kecik2 hahaha

      Delete
  5. Ai? Uncle pun tak tau tempat ni wujud... Uncle memang suka benda2 cam ni....

    Amboi... orang belanja terus 'lap you muah muah!' (Muka kaku sambil mata pandang atas)

    ReplyDelete
  6. menarik nih..kena pi tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang menarik. Pergilah hujung minggu ni bawak family sekali. Mana tau dapat cari character 'The Green Bandit' tu & dapat reward RM200.

      Delete
  7. Kagum sungguh dengan hasil kreatif tangan-tangan ajaib!
    Selalu hanya melihat di you tube sahaja.
    Rupanya memang ada galerinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Kak Amie. Cuti sekolah nanti bawaklah Firdaus jalan2 ke KL boleh singgah ke Minnature ni.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .