Semalam Suami Terchenta tiba-tiba bersuara, 'Flight AirAsia balik KL delay ke pukul 10 malam.'

Aduh... Kalau pukul 10 malam baru nak berlepas, pukul berapa la sampai ke rumah? Esoknya budak-budak nak sekolah pulak. Ghisauu...

Suami Terchenta siap check harga top up ticket kalau tukar penerbangan ke hari sebelumnya. Dalam RM400 la kena top up kalau nak tukar tiket.

Aku mintak Suami Terchenta forward email AirAsia yang bagitau penerbangan kami dah ditukarkan ke pukul 10 malam.

Bila bukak email, rupa-rupanya bukanlah delay tapi kena cancel so AirAsia letak kami untuk penerbangan seterusnya.

Email AirAsia

Pentingnya kita check email supaya tak berlaku salah faham. Penerbangan ditangguhkan & penerbangan dibatalkan tak sama. Kalau penerbangan ditangguhkan, kita nak tukar tiket memang kena bayar ekstra sebab flight tu masih lagi berjalan so kos masih lagi berjalan. Tapi kalau penerbangan dibatalkan terus, syarikat penerbangan akan tawarkan sama ada tukar tarikh / masa penerbangan secara percuma atau refund.

Memandangkan aku taknak la sampai rumah pukul 1 pagi sebab esoknya anak-anak kena sekolah, jadi aku decide untuk tukar tiket ke hari sebelumnya. Kalau naik AirAsia, pergi je ke website dieorang dan chat dengan bot AirAsia, AVA. Pilih option 'Move flight' lepas tu AVA akan mintak nama (surname & first name), tarikh lahir dan maklumat penerbangan (nombor PNR dan tarikh flight). Lepas AVA sahkan maklumat adalah betul, dia akan mintak kita pilih tarikh dan masa penerbangan yang baru. Dalam 10 minit je dah settle tukar tarikh dan masa penerbangan balik ke KL. 

So mudah je la sebenarnya. Tak perlu pun nak top up harga tiket asal.

Chat AVA

Harapnya tiket balik ke kampung takde pertukaran sebab kiteorang balik kampung naik MAS tapi balik ke KL naik AirAsia. Sengaja pilih MAS sebab harga lebih kurang sama dan flight pun berlepas setengah jam lepas berbuka puasa, so jimat la tak perlu beli makanan kat airport setakat bekal air & kurma je nanti sebab dalam flight ada disediakan makanan. Korang balik kampung bila?