Ni kisah hujung minggu kiteorang masa cuti sekolah yang lepas. Macam biasa, 2 minggu sekali kiteorang akan pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur untuk pulangkan buku pinjaman dan pinjam buku baru. Inilah rutin baru kiteorang tahun ni sebab aku nak pupuk minat membaca tu (setakat ni masih work in progress lagi 😅. Kalau tak paksa baca buku, dieorang lebih suka melukis atau main hp).


Perpustakaan Kuala Lumpur
Cantik pemandangan Dataran Merdeka dan bangunan-bangunan pencakar langit dari tingkat atas Perpustakaan Kuala Lumpur

Sempena cuti sekolah, Perpustakaan Kuala Lumpur menganjurkan beberapa aktiviti menarik untuk pengunjung perpustakaan kanak-kanak. Masa kiteorang sampai tu, ada kuiz tentang negara Malaysia dan Khadeeja pun dijemput masuk pertandingan kuiz tu walaupun kuiz tu dah bermula 10 minit sebelum tu. Kiranya Khadeeja la orang terakhir yang menjawab kuiz tu.


Perpustakaan Kuala Lumpur
Gigih mencari jawapan di Internet 🤭

Perpustakaan Kuala Lumpur
Sementara menunggu anak-anak memilih bahan bacaan baru untuk dipinjam

Selepas 20 minit menghantar jawapan kuiz, pihak perpustakaan panggil semua peserta untuk majlis penyampaian hadiah dan saguhati. Alhamdulillah, Khadeeja pun dapat hadiah saguhati iaitu botol air 😄.


Perpustakaan Kuala Lumpur
Tak sia-sia masuk pertandingan kuiz secara last minute!

Perpustakaan Kuala Lumpur
Bersama dengan semua peserta dan hadiah masing-masing

Seronok la Khadeeja sebab dapat botol air baru. Katanya botol air ni lebih senang untuk bawak ke sekolah dari botol air dia sekarang ni. Aku happy sebab Khadeeja nak join aktiviti macam ni sebab dulu dia pemalu sangat, paksa macamana pun dia taknak join sebab malu. Tapi perangai malu nak senyum depan orang ramai tu masih lagi tak hilang 😅.