Sebelum aku mulakan cerita tentang kisah cuti-cuti di Jakarta / Bandung tempoh hari, aku kongsikan dulu persiapan kami sebelum bertolak ke Indonesia untuk rujukan pada masa depan / kawan-kawan yang nak merancang percutian ke Jakarta dan Bandung.
![]() |
| Selamat datang ke Jakarta, Indonesia! |
Checklist:
- Itinerari perjalanan ✓
- Tiket kapal terbang ✓
- Hotel ✓
- Insurans perjalanan ✓
- Data plan ✓
- Mata wang rupiah ✓
- Arrival card ✓
- MyBorderPass / MyNIISe ✓
- Ground transport ✓
Itinerari
Kami pergi selama 5 hari 4 malam termasuk travelling day. Hari pertama sampai, memang dah plan nak jumpa dengan Fanny dan dia bawak kiteorang makan. Hari kedua sampai keempat, kiteorang di Bandung sebelum bertolak balik ke Jakarta. Hari kelima pulang ke Malaysia.
Memandangkan aku dah pernah ke Bandung tapi yang lain-lain belum pernah lagi, jadinya itinerari kiteorang mostly repeat tempat yang aku pernah pergi sebelum ni sebab semua tempat tu mesra warga emas dan anak-anak 😅. Sebenarnya aku teringin nak explore Braga Street di Bandung dan anak-anak pulak nak buat aktiviti lasak. Tapi since kiteorang bawak mak sekali, nampaknya kena la plan another trip ke Bandung lain kali untuk itinerari yang lebih sesuai dengan jiwa muda hihi. Lagi pun my mom nak shopping jadi bawak la shopping di Pasar Baru. Next trip Insha Allah, aku akan explore Braga Street dan bawak anak-anak ke The Lodge Maribaya tempat kak Mulan pergi dulu (next trip tu entah bilaaaa... 😜).
Tiket kapal terbang
Macam biasa, kiteorang book tiket flight dari trip.com sebab boleh dapat cashback dekat Shopback 😄. Kiteorang pilih TransNusa sebab dah include sekali dengan 20kg luggage pergi dan 30kg luggage balik.
![]() |
| Flight TransNusa. Buat masa ni takde online check-in untuk penerbangan antarabangsa, jadi nak tak nak kena datang awal untuk check in kat KLIA |
Harga flight masa kiteorang book lebih mahal berbanding dengan harga masa trip dengan Sislin dan Kak Retna (beza dalam RM300+ seorang). Kiteorang dapat harga RM900+ sekepala untuk return trip. Trip sebelum ni baru RM600+ pergi balik kalau tak silap. Mak, adik dan kakak pulak naik MAS sebab dieorang pergi sehari lambat dari kiteorang. Kalau tak silap aku MAS dalam RM1200+ seorang untuk return trip.
![]() |
| Flight TransNusa kena naik di terminal satelit KLIA, jadi sementara tunggu flight boleh lepak dalam kawasan RIMBA KLIA di tengah-tengah bangunan terminal satelit |
Hotel
Hotel di Indonesia banyak yang boleh dapat murah dengan bilik tip-top walaupun dekat dengan tempat shopping dan tempat-tempat menarik. Hari kiteorang sampai tu, aku tempah bilik keluarga di hotel Ashley Tanah Abang yang terletak bersebelahan dengan mall Tanah Abang (harga satu malam lepas convert ialah RM470++). Tapi tujuan aku book bilik di Ashley Tanah Abang bukan la sebab nak shopping kat situ. Antara sebab-sebab aku pilih hotel Ashley Tanah Abang ialah:
✓ WiFi hotel yang laju senang Suami Terchenta buat kerja malam tu
✓ Dekat dengan Bakso Mas Kumis - Suami Terchenta peminat bakso dan tentulah aku nak dia cuba jugak bakso legend kat Jakarta
✓ Harga bilik termasuk complimentary shuttle service ke hotel dari airport Jakarta
Di Bandung pulak aku tempah hotel Marriott Bonvoy, iaitu Moxy Bandung. Alang-alang pergi bercuti tu, haruslah aku berusaha untuk mendapatkan 10 malam supaya dapat maintain keahlian sebagai Silver Elite member dengan Marriott Bonvoy. Di Moxy, aku pilih bilik duplex yang boleh muat 4 orang jugak. Bezanya, anak-anak tidur dekat bilik tingkat atas, jadi lebih privacy. Di Moxy, harga bilik satu malam ialah RM600++ jadi jumlah untuk 2 malam ialah RM1200++. By the way, aku tak recommend bilik ni untuk orang yang gayat dan sakit lutut sebab tangganya tu agak kecik dan tinggi. Baik ambik 2 bilik je kalau berempat.
Sebelum balik ke Malaysia, kiteorang sempat menginap satu malam lagi di Jakarta. Kali ni kiteorang pilih stay di Ascott Jakarta yang famous di kalangan pelancong Malaysia. Kenapa Ascott Jakarta? Sebab lokasinya yang sangat la dekat dengan mall Grand Indonesia (seberang jalan je), Plaza Indonesia dan Thamrin City. Harga semalam di sini korang boleh dapat paling rendah RM500++ semalam untuk apartment 2 bilik. Apartment luas giler ok. Kalau menginap berdua, mesti rasa creepy je hehe. Pastu kat Thread ada orang kata pernah kena kacau 👻👻. Tapi sebenarnya aku suspect dieorang nak gatekeep hotel ni je sebab taknak harga hotel makin naik kalau semua orang tau 😜.
Insurans perjalanan
Nak senang dan macam biasa, aku pilih Etiqa takaful. Untuk kami berempat ambik plan paling basic pun dah cukup. Harga tak sampai RM100 untuk 4 orang.
Data Plan
Suami Terchenta memerlukan data plan yang agak besar in case tetiba kena masuk bekerja secara remote. Kalau nak murah, beli je la e-SIM dekat apps TnG boleh dapat harga yang sangat murah tak sampai RM10. Kalau malas nak activate nombor berasingan, boleh subscribe roaming plan dengan syarikat telekomunikasi masing-masing (aku selalu guna option ni). Kalau nak connect beberapa device pada masa yang sama, sewa portable WiFi lebih puas hati cuma harga agak mahal la. Macam kiteorang hari tu, sewa portable WiFi dari roamingman di KLIA (RM22 sehari). Sudahnya di sana, masing-masing tak boleh jauh dari Suami Terchenta sebab kalau jauh je, terus hilang connection hahaha! Dah tak boleh call pulak lepas tu 🤪. Itu je la kelemahannya bila guna portable WiFi.
Tapi aku rasa agak membazir jugak sewa portable WiFi sebab hotel yang kiteorang pilih semuanya ada complimentary WiFi yang laju. Sekali tu je pun dia buat kerja i.e. masa hari kiteorang sampai di Jakarta. Lepas tu bila naik ke Lembang, Internet terus jadi hauk. Hmm. Membazir je. Nak bayar guna QR pun tak lepas, kena bayar guna kad / cash.
Mata wang Rupiah
Kat Indonesia kebanyakan tempat guna QRIS (QR), tapi korang still la kena bawak cash sikit. Cash yang kiteorang bawak tu untuk bayar driver kereta sewa. Yang lain-lain semua guna kad atau QR. Kiteorang cuma tukar duit sebanyak 2.6 juta rupiah (lebih kurang RM595+). Selebihnya top up dekat TnG dan kad Wise.
Arrival Card
Ini penting sangat. Kena isi bermula 72 jam sebelum tiba di Indonesia. Boleh isi berasingan atau sorang (lead traveller) isi untuk semua. Cara isi lebih kurang sama je dengan Thailand punya atau ETA nak ke UK. Kena ada tarikh masuk dan keluar, email dan nombor telefon untuk dihubungi, maklumat penginapan sepanjang di sana dan tujuan kedatangan. Lepas submit, kena apply pulak visa exemption untuk setiap traveller. Kalau lupa mohon pengecualian visa, tak boleh lalu kat autogate di airport Jakarta, kena lalu kaunter imigresen.
Arrival card Indonesia ni boleh cari kat apps TnG. Boleh Google atau cari je dekat IG atau Threads, ramai yang dah bagi tips macamana nak cari dan isi borang ni.
MyBorderPass / MyNIISe
Dua-dua ni aku dah download dekat h/p dan register. MyBorderPass tu sebenarnya dah lama ada, dan sepatutnya diganti dengan MyNIISe. Tapi entah kenapa tak diganti-ganti lagi jadi autogate MyBorderPass tu masih lagi boleh dipakai dan lebih cepat dari MyNIISe. Hari kiteorang bertolak, ramai betul orang masih guna autogate passport, jadi queue kat situ agak panjang. Saranan aku, better la download dan guna MyBorderPass je sementara masih boleh pakai.
Ground transport
Hari kiteorang sampai di Jakarta, kiteorang terus cari kaunter teksi Goldenbird. Mula-mula tak jumpa, rupa-rupanya teksi Goldenbird tu sama syarikat dengan Bluebird 🥱. Kaunter Bluebird terletak di luar terminal, kalau korang dah keluar dari arrival, korang jalan sampai jumpa kaunter pertanyaan pastu keluar dekat pintu sebelah kiri. Korang akan nampak kaunter Bluebird kat luar terminal.
![]() |
| Kaunter Bluebird / Silverbird / Goldenbird - semua bawah syarikat yang sama |
Goldenbird dikira sebagai servis yang premium, sama level dengan airport limousine kalau kat KLIA. Tapi sebab kiteorang book bilik di Ashley Tanah Abang ni sekali dengan complimentary shuttle service naik Goldenbird, jadi free je. Kiteorang dapat naik kereta EV BYD yang agak besar. Selesa sangat-sangat.
Keesokan harinya, kiteorang naik Whoosh ke Bandung. Tiket Whoosh korang tak payah kalut-kalut nak beli dari Malaysia tau. Konsep Whoosh ni sama je macam naik ERL, setiap 25 minit akan ada tren ke Bandung. Sebabnya kalau korang tertinggal tren sebab sangkut dalam macet (traffic jam), korang kena beli tiket baru dan harga tiket tak murah ye. Untuk kiteorang berempat harga tiket Whoosh ialah 1.4 juta rupiah (RM300++). Sampai di stesen Halim, kiteorang terus beli tiket ke stesen Padalarang. Dari stesen Padalarang, kiteorang naik pulak feeder train ke stesen Bandung.
Hari kedua di Bandung, kiteorang sewa van dengan driver untuk bawak kiteorang jalan-jalan di Lembang melalui apps Klook. Harga dalam RM357+. Ni tak termasuk caj tambahan ke Lembang sebanyak 250k rupiah. Esoknya kiteorang ambik lagi driver yang sama untuk bawak kiteorang ke Kartika Sari dan Pasar Baru, dan balik ke Jakarta semula dengan sewa tambahan sebanyak 1.8 juta rupiah (RM400+), which bagi aku sangat la berbaloi memandangkan kiteorang semuanya 7 orang termasuk mak, kakak dan adik. Kalau naik Whoosh, kiteorang berempat je dah RM300+. Tu belum termasuk naik Grab ke hotel lagi. Jadi kiranya sekepala cuma RM58++ je.
Hari kiteorang nak balik ke airport Jakarta, kiteorang ambik Grab 6-seater menggunakan apps Grab Malaysia. Tambang dalam 210k rupiah (lebih kurang RM48).
Oh ya, tak lupa jugak kiteorang tumpang kereta Fanny dan Raka masa dieorang bawak keluar makan di Bakso Mas Kumis, RR Chocolate dan Ah Pek Kopitiam esok paginya 😅. Siap tolong hantar kiteorang ke stesen Whoosh Halim. TQ Fanny! 🫶🏻
Kesimpulan
- Itinerari - 5 hari 4 malam:
Hari pertama:✓ Bakso Mas Kumis✓ Pacific Place (RR Chocolate)
Hari kedua:✓ Ah Pek Kopitiam✓ Saung Angklung Udjo✓ Bebek Kaleyo✓ UNIQLO Heritage
Hari ketiga:✓ Orchid Forest Cikole✓ Limasegi Dipinus✓ Tahu Lembang✓ Dusun Bambu✓ Kampung Daun
Hari keempat:✓ Kartika Sari✓ Pasar Baru✓ Grand Indonesia
Hari kelima:✓ Soekarno-Hatta International Airport Terminal 3
- Tiket kapal terbang - TransNusa, dibeli melalui trip.com.
- Hotel:
✓ Jakarta - Ashley Tanah Abang, Ascott Jakarta
✓ Bandung - Moxy Bandung
- Insurans perjalanan - Etiqa takaful.
- Data plan - portable WiFi roamingman.
- Mata wang rupiah - 2.6 juta rupiah tunai + QRIS + kad kredit / debit.
- Arrival card Indonesia - isi 72 jam sebelum, jangan lupa apply visa exemption supaya dapat lalu di autogate. Simpan kod QR untuk imbas masa nak keluar dari balai ketibaan.
- MyBorderPass / MyNIIISe - download dan register siap-siap sebelum sampai KLIA.
- Ground transport - Goldenbird taxi, tumpang kereta Fanny dan Raka, Whoosh, sewa van di apps Klook, Grab
Itulah serba ringkas persiapan kiteorang nak bercuti ke Jakarta dan Bandung. Bila dah pergi kali kedua ni, rasa senang je sebenarnya nak plan trip ke sana sebab infrastruktur dan sistem dieorang lebih kurang sama je dengan di Malaysia. QRIS dieorang link dengan sistem pembayaran QR kita. Nak pesan Grab ride atau makanan, boleh guna aplikasi Grab Malaysia. Jadi tak perlu la nak download aplikasi lain, melainkan korang tak nak pakai Grab, pakai Bluebird contohnya. Bahasa pun lebih kurang sama jadi rasa senang je nak berkomunikasi dengan orang-orang di sana.
Yang penting makanan kat sana sedap-sedap dan shopping pun murr-murr! Aku beli 2 vest dengan satu blouse yang lawa kemain, total semuanya 325k rupiah (tak sampai RM100). Disebabkan trip kali ni aku bawak mybank (aka Suami Terchenta), sakan la aku menyopping ek! 🤣 Tapi ok je, sakan-sakan menyopping pun tak sampai RM300 🤭. Still dapat 5-6 helai baju. Puas hati!





0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .