Salam Isnin semua,
Macamana hujung minggu korang? Best ke tak? Hujung minggu kiteorang terisi dengan lunch date dengan BFF aku Zura pada hari Sabtu dan hari Ahad pulak, menghadiri pertandingan IYC's Got Talent di International Youth Centre di Cheras.
![]() |
Juara IYC's Got Talent 2025 peringkat sekolah menengah - tahniah kumpulan Adipatra! (kredit: Pn Nelly dari Whatsapp parents) |
Buat pertama kali Khayla terpilih mewakili band simfoni sekolah dia ke pertandingan macam ni. Kiteorang memang terujalah, sebab selalunya dia main keyboard dekat belakang band, tapi kali ni dia main kompang pulak.
Sebelum ni dia tak pernah main kompang dan sebenarnya dia prefer main keyboard sebab tak perlu pergerakan tubuh badan (dia sejenis tak suka menonjolkan diri, introvert la katakan hehe). Tapi kali ni jurulatih band dieorang nak bagi peluang dekat orang lain pulak main keyboard sebab budak tu lebih mahir bermain lagu yang dieorang persembahkan. OK la jugak, boleh cungkil bakat Khayla bermain kompang 😅.
Dua minggu sebelum pertandingan, dieorang buat latihan setiap hari termasuk hujung minggu. Balik dari sekolah je, Khayla akan makan, rehat sekejap, solat dan pergi balik ke sekolah untuk join latihan. As a mom, memang nampak la dieorang semua bekerja keras untuk memberikan persembahan yang terbaik sebagai wakil sekolah. Lagi-lagi beberapa hari terakhir, sampai ke malam dieorang kena turun buat latihan di sekolah.
Pertandingan ni sebenarnya ialah peringkat akhir dan sekolah Khayla terpilih antara lima finalis yang layak berentap di peringkat akhir. Sekolah lain yang juga tersenarai ke peringkat akhir ialah SM Sains Tuanku Aishah Rohani (Dewi Darmawangsa Sari dan Sri Gempita Sari), SM Sains Tuanku Ja'afar (Gemalai Tingkah) dan SMK Sentul Utama (Simfoni Jahari Citra).
![]() |
Ambik gambar dulu sebelum masuk pertandingan |
![]() |
Sebelum mula persembahan, kena buat sound check dulu |
Punyalah semangat aku dan Suami Terchenta nak tengok Khayla main kompang, kiteorang standby duduk seat paling depan sekali 😅 Barulah dapat rekod persembahan dengan jelas dan tanpa halangan 🤭. Kumpulan dieorang dapat giliran nombor 2. Sebelum Adipatra, kumpulan Dewi Darmawangsa Sari tu pun best jugak buat persembahan. Memang hebat-hebat kumpulan finalis ni!
![]() |
Seriusnya muka dia masa sound check |
![]() |
Masa ni tengah bersedia nak buat persembahan |
Suami Terchenta yang rakam video persembahan dieorang sebab aku sibuk ambik video untuk IG story 😅. Aku tak upload semua sebab panjang sikit (10 minit) tapi korang boleh tengok persembahan band Adipatra yang penuh bersemangat dekat video kat bawah ni. Aku rasa tu antara sebab dieorang muncul juara, pemilihan lagu yang rancak dan pergerakan dieorang atas pentas.
Ni pulak video aku ambik yang fokus dekat Khayla. Sejenis perangai mak-mak kan 🤭, fokus kat anak je:
Sekali lagi, tahniah buat kumpulan Adipatra yang muncul juara IYC's Got Talent tahun ni! Semoga Adipatra terus menjuarai pertandingan-pertandingan akan datang jugak 🥳.
Tahniah! Hebatlah anak2 ni semua. Congrats Khayla... kita pulak tumpang happy hehe
ReplyDeleteTerima kasih sis 🥰 mak nya pun tumpang happy atas kemenangan anak2 🥹
DeleteMak2 mmg teruja tgk anak sendiri....Tahniah...
ReplyDeleteKann... mak mana yg tak teruja tengok anak atas pentas kan hihi
DeleteWaaa hebat tahniahhhh..!!!
ReplyDeletePaling seronok dan teruja ofcoz mak nya ☺️👍🏻
Terima kasih. Memang betul tu, dari zaman anak dekat tadika sampai la sekolah menengah asal ada peluang tengok anak atas pentas mesti mak dia paling excited hehe
DeleteTahniah untuk anakanda semua. Kita mak-mak nie memang teruja kan..
ReplyDeleteTerima kasih Kak Sue. Ye, kita spesies mak yang teruja tengok anak atas pentas hehe
DeleteTahniahhhhj, Adipatra. Wahhh, berbakat Khayla. Biasa orang introvert ni memang ada bakat terpendam.
ReplyDeleteTerima kasih SK. Dia ni asal tak suruh depan sekali dia ok je tak gemuruh pun hehe
DeleteCongrats kak Khayla.
ReplyDeleteTerima kasih kak Yan 😄
DeleteTahniahh
ReplyDeleteHebat anak2
Terima kasih Cik Nor 😄
DeleteCongrats untuk khayla 👏👏👏👏. Yg penting ada pengalaman ikut seperti ini. Dengan banyak jam terbang, nanti pasti makin terasah. Dan bisalah next nya jadi juara 👍👍
ReplyDeleteTerima kasih Fanny. Ya betul yang penting ada penglibatan selain dari akademik di sekolah 😄
Deletecongrats khayla! well done!!!
ReplyDeleteTerima kasih MZ 😄
Deletewow weeee tahniah khayla & team! cayalah!
ReplyDeleteTerima kasih anies 😄
Delete