Salam Isnin semua,

Macamana hujung minggu korang? Best ke tak? Hujung minggu kiteorang terisi dengan lunch date dengan BFF aku Zura pada hari Sabtu dan hari Ahad pulak, menghadiri pertandingan IYC's Got Talent di International Youth Centre di Cheras.


Juara IYC's Got Talent 2025 peringkat sekolah menengah - tahniah kumpulan Adipatra! (kredit: Pn Nelly dari Whatsapp parents)


Buat pertama kali Khayla terpilih mewakili band simfoni sekolah dia ke pertandingan macam ni. Kiteorang memang terujalah, sebab selalunya dia main keyboard dekat belakang band, tapi kali ni dia main kompang pulak.

Sebelum ni dia tak pernah main kompang dan sebenarnya dia prefer main keyboard sebab tak perlu pergerakan tubuh badan (dia sejenis tak suka menonjolkan diri, introvert la katakan hehe). Tapi kali ni jurulatih band dieorang nak bagi peluang dekat orang lain pulak main keyboard sebab budak tu lebih mahir bermain lagu yang dieorang persembahkan. OK la jugak, boleh cungkil bakat Khayla bermain kompang 😅.

Dua minggu sebelum pertandingan, dieorang buat latihan setiap hari termasuk hujung minggu. Balik dari sekolah je, Khayla akan makan, rehat sekejap, solat dan pergi balik ke sekolah untuk join latihan. As a mom, memang nampak la dieorang semua bekerja keras untuk memberikan persembahan yang terbaik sebagai wakil sekolah. Lagi-lagi beberapa hari terakhir, sampai ke malam dieorang kena turun buat latihan di sekolah.

Pertandingan ni sebenarnya ialah peringkat akhir dan sekolah Khayla terpilih antara lima finalis yang layak berentap di peringkat akhir. Sekolah lain yang juga tersenarai ke peringkat akhir ialah SM Sains Tuanku Aishah Rohani (Dewi Darmawangsa Sari dan Sri Gempita Sari), SM Sains Tuanku Ja'afar (Gemalai Tingkah) dan  SMK Sentul Utama (Simfoni Jahari Citra). 


Ambik gambar dulu sebelum masuk pertandingan

Sebelum mula persembahan, kena buat sound check dulu

Punyalah semangat aku dan Suami Terchenta nak tengok Khayla main kompang, kiteorang standby duduk seat paling depan sekali 😅 Barulah dapat rekod persembahan dengan jelas dan tanpa halangan 🤭. Kumpulan dieorang dapat giliran nombor 2. Sebelum Adipatra, kumpulan Dewi Darmawangsa Sari tu pun best jugak buat persembahan. Memang hebat-hebat kumpulan finalis ni!


Seriusnya muka dia masa sound check

Masa ni tengah bersedia nak buat persembahan

Suami Terchenta yang rakam video persembahan dieorang sebab aku sibuk ambik video untuk IG story 😅. Aku tak upload semua sebab panjang sikit (10 minit) tapi korang boleh tengok persembahan band Adipatra yang  penuh bersemangat dekat video kat bawah ni. Aku rasa tu antara sebab dieorang muncul juara, pemilihan lagu yang rancak dan pergerakan dieorang atas pentas.

 


Ni pulak video aku ambik yang fokus dekat Khayla. Sejenis perangai mak-mak kan 🤭, fokus kat anak je:



Sekali lagi, tahniah buat kumpulan Adipatra yang muncul juara IYC's Got Talent tahun ni! Semoga Adipatra terus menjuarai pertandingan-pertandingan akan datang jugak 🥳.

6 comments:

  1. Tahniah! Hebatlah anak2 ni semua. Congrats Khayla... kita pulak tumpang happy hehe

    ReplyDelete
  2. Mak2 mmg teruja tgk anak sendiri....Tahniah...

    ReplyDelete
  3. Waaa hebat tahniahhhh..!!!
    Paling seronok dan teruja ofcoz mak nya ☺️👍🏻

    ReplyDelete
  4. Tahniah untuk anakanda semua. Kita mak-mak nie memang teruja kan..

    ReplyDelete
  5. Tahniahhhhj, Adipatra. Wahhh, berbakat Khayla. Biasa orang introvert ni memang ada bakat terpendam.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .