Memandangkan aku ni jarang-jarang la keluar rumah melainkan dah bosan tahap dewa atau ada keperluan je 😂, maka aku baru tau dekat Sunway Putra Mall tu dah ada beberapa kedai baru yang dibuka - Chagee, Oriental Kopi dan Tim Hortons.
Biasalah, benda baru ni wajib la try kan. Jadi aku pun singgah di Tim Hortons sebab nak tau apa bezanya dengan Krispy Kreme, Big Apple Donut dan yang sewaktu dengannya.
![]() |
Tim Hortons ialah rantaian kedai kopi dan donut terkenal berasal dari Kanada |
![]() |
First time dengar perkataan 'Donwich' haha |
Kedai Tim Hortons ni tak sebesar di IOI Mall sebab aku pernah tengok gambar cawangan Tim Hortons di IOI Mall dari blog sis Ezna, nampak lebih luas dan lagi banyak tempat duduk untuk lepak dalam kedai.
![]() |
Lokasi di Sunway Putra ialah di tingkat Ground berdekatan dengan pintu masuk dari PWTC |
Aku tak perasan logo halal JAKIM tapi terpampang dalam kedai ni kenyataan dari syarikat yang mengesahkan semua bahan yang digunakan dalam restoran dieorang adalah dari pembekal makanan halal. Bila aku Google pulak, ada kenyataan media yang Tim Hortons Malaysia dah dapat sijil halal JAKIM. Dekat IG pun ada dieorang ada publish tentang sijil halal JAKIM dieorang.
![]() |
Komitmen syarikat terhadap makanan dari sumber halal, berkualiti dan segar |
Jom tengok donat yang ada di sini:
![]() |
Harga donat dalam lingkungan RM3.80 - RM5.50. Compare dengan KK, aku rasa harga glaze donut tu murah sikit dekat Tim Hortons (KK dalam RM4+ kalau tak silap) |
![]() |
Selain dari donat, ada kek dan pastries jugak |
![]() |
Peminat dessert mesti suka ni |
Sebenarnya aku ni bukan la peminat donat sangat pun lagi-lagi sejak ada diabetes aku dah kurangkan makanan manis, tapi anak-anak ye jadi aku pun beli la sekotak. Aku ambik glaze donut, maple glaze donut (saja buat raso2) dan cinnamon sugar donut.
![]() |
Cantik kotak donat Tim Hortons |
Donat Tim Hortons ala-ala Krispy Kreme yang lembut, gebu dan sedap dicicah dengan kopi. Tapi aku rasa aku prefer Krispy Kreme kot. Maple syrup tu macam tak kena je dengan donat haha. Aku lebih suka maple syrup makan dengan pancake.
Korang dah pernah cuba Tim Hortons? Apa pulak pendapat korang? Korang team Tim Hortons atau team Krispy Kreme? Cer drop dekat komen.
dh berkurun i tak gi sunway putra mall ni...tim hortons ni ada tanda halal jakim ker
ReplyDeleteAda MZ. Dieorang ada letak dekat IG status halal JAKIM.
Deletejarang sgt la ke sunway putra ni...oh die more pada donut la ye..tkpernh try lg
ReplyDeletekalau x silap zaman sy ngaji di UM dulu tempat ini namanya Yaohan at the Mall. Betul kan? Suka lepak di sini sementara tunggu naik bas kat Hentian Putra tu..
ReplyDeleteWow menarik.. tunggu bukak di Penang la kot baru try. Hahahah.. kalau nampak logo daun maple tu memang brand Canada yg guna mcm daun fern hanya New Zealand
ReplyDelete