Memandangkan aku ni jarang-jarang la keluar rumah melainkan dah bosan tahap dewa atau ada keperluan je 😂, maka aku baru tau dekat Sunway Putra Mall tu dah ada beberapa kedai baru yang dibuka - Chagee, Oriental Kopi dan Tim Hortons.
Biasalah, benda baru ni wajib la try kan. Jadi aku pun singgah di Tim Hortons sebab nak tau apa bezanya dengan Krispy Kreme, Big Apple Donut dan yang sewaktu dengannya.
![]() |
Tim Hortons ialah rantaian kedai kopi dan donut terkenal berasal dari Kanada |
![]() |
First time dengar perkataan 'Donwich' haha |
Kedai Tim Hortons ni tak sebesar di IOI Mall sebab aku pernah tengok gambar cawangan Tim Hortons di IOI Mall dari blog sis Ezna, nampak lebih luas dan lagi banyak tempat duduk untuk lepak dalam kedai.
![]() |
Lokasi di Sunway Putra ialah di tingkat Ground berdekatan dengan pintu masuk dari PWTC |
Aku tak perasan logo halal JAKIM tapi terpampang dalam kedai ni kenyataan dari syarikat yang mengesahkan semua bahan yang digunakan dalam restoran dieorang adalah dari pembekal makanan halal. Bila aku Google pulak, ada kenyataan media yang Tim Hortons Malaysia dah dapat sijil halal JAKIM. Dekat IG pun ada dieorang ada publish tentang sijil halal JAKIM dieorang.
![]() |
Komitmen syarikat terhadap makanan dari sumber halal, berkualiti dan segar |
Jom tengok donat yang ada di sini:
![]() |
Harga donat dalam lingkungan RM3.80 - RM5.50. Compare dengan KK, aku rasa harga glaze donut tu murah sikit dekat Tim Hortons (KK dalam RM4+ kalau tak silap) |
![]() |
Selain dari donat, ada kek dan pastries jugak |
![]() |
Peminat dessert mesti suka ni |
Sebenarnya aku ni bukan la peminat donat sangat pun lagi-lagi sejak ada diabetes aku dah kurangkan makanan manis, tapi anak-anak ye jadi aku pun beli la sekotak. Aku ambik glaze donut, maple glaze donut (saja buat raso2) dan cinnamon sugar donut.
![]() |
Cantik kotak donat Tim Hortons |
Donat Tim Hortons ala-ala Krispy Kreme yang lembut, gebu dan sedap dicicah dengan kopi. Tapi aku rasa aku prefer Krispy Kreme kot. Maple syrup tu macam tak kena je dengan donat haha. Aku lebih suka maple syrup makan dengan pancake.
Korang dah pernah cuba Tim Hortons? Apa pulak pendapat korang? Korang team Tim Hortons atau team Krispy Kreme? Cer drop dekat komen.
dh berkurun i tak gi sunway putra mall ni...tim hortons ni ada tanda halal jakim ker
ReplyDeleteAda MZ. Dieorang ada letak dekat IG status halal JAKIM.
Deletetq carneyz for the info!
DeleteSama2 MZ
Deletejarang sgt la ke sunway putra ni...oh die more pada donut la ye..tkpernh try lg
ReplyDeleteAah, rasanya dieorg ni direct competitor dengan Krispy Kreme, KK ni asal dari US & TH pulak dari Kanada. Gitulah haha
Deletekalau x silap zaman sy ngaji di UM dulu tempat ini namanya Yaohan at the Mall. Betul kan? Suka lepak di sini sementara tunggu naik bas kat Hentian Putra tu..
ReplyDeleteBetul tu Abe Kie. Pernah datang ke sini awal tahun 2000-an sebelum namanya bertukar jadi Sunway Putra.
DeleteWow menarik.. tunggu bukak di Penang la kot baru try. Hahahah.. kalau nampak logo daun maple tu memang brand Canada yg guna mcm daun fern hanya New Zealand
ReplyDeleteBetul tu Nina. Tim Hortons ni asal dari Kanada. Ada donut dieorg yg guna maple syrup, which is kalau Malaysia terkenal dengan gula melaka, dieorg ni terkenal dengan maple syrup hehe
DeleteTin Hortons ini belum masuk Indonesia. Beberapa teman dah pernah posting. Tp sejujurnya saya pun tak suka makanan manis kan. Apalagi donat 😅😅. Cuma anak2 sukaaaa sangat. Jadi kalo ke sini, pastilah karena ajak mereka.
ReplyDeleteTp karena Karni bilang sedap lagi Krispy Kreme, okelaaah, memang fix saya tak akan coba rasanya 😅😅.
Ya, saya prefer KK lagi walaupun lebih kurang sama je rasanya Fanny hehe.
Deletemenarik sangat dik, dah ada kat Sunway Putra boleh lah nak try nanti, port lepak kak ana ni kat Sunway Putra Mall huhu tapi lama gak dah tak masuk :)
ReplyDeleteSama la Kak Ana, Sunway Putra ni dekat dgn rumah selang beberapa stesen lrt je dari rumah saya tapi lately saya pun jarang2 ke sini. Tu yg bila singgah baru tau ada beberapa kedai baru dah bukak termasuk Tim Hortons & Oriental Kopi hehe
DeleteNampak Dark Chocolate Glazed Doughnut, termimpi2 la pulak.
ReplyDeleteKalau balik ke rumah di Putrajaya boleh la Kak Mulan singgah di IOI Mall sbb kat situ pun ada Tim Hortons jugak hehe
DeleteDah lebih setahun tak pergi. Last year pergi pun sebab Book Fest. ha ha ha
ReplyDeleteKalau ada book fest mmg ramai sgt org singgah Sunway Putra Mall sampai sesak parking hehe
Deletelaa... last week sy ke sini apsal tak nampak niiiii adehhhh
ReplyDeleteKedainya dekat ground floor anies, dekat sebelah pintu masuk.
Delete