Salam kawan-kawan,

Hari Isnin lepas, sekolah anak-anak bercuti peristiwa sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid yang dibuat pada hari Sabtu lepas. Memandangkan minggu ni ialah minggu peperiksaan UASA, jadi aku bawak anak-anak ke perpustakaan lagi untuk mengulangkaji.

Mula-mula nak bawak dieorang ke Perpustakaan KL lagi tapi semua perpustakaan di KL termasuk Perpustakaan Negara tutup pulak setiap hari Isnin. Maka terpaksalah aku angkut dieorang ke Perpustakaan Raja Tun Uda nun jauh di Shah Alam 😅.


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Lama bebenor aku tak jejakkan kaki ke perpustakaan ni. Kali terakhir aku ke sini pada tahun 2013, anak-anak masih kecik lagi masa tu. Kali ni bila aku datang, dah banyak sangat perubahan dalam perpustakaan ni. Salah satunya ialah ada bangunan parking bertingkat yang luas.


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Perkhidmatan buggy disediakan untuk mengambil dan menghantar pengunjung dari tempat parking ke library

Ada banyak kemudahan di perpustakaan ni untuk semua golongan termasuklah golongan orang kurang upaya. 


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Kemudahan escalator untuk pengunjung

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Bilik untuk pengunjung dengan masalah penglihatan

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Perpustakaan Raja Tun Uda yang serba moden dan estetik ni dinobatkan sebagai salah sebuah perpustakaan terbaik di Malaysia

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Antara kemudahan yang ada ialah pinjaman buku, zon kanak-kanak, bilik perbincangan, ruang belajar, teater 3D/6D, Internet yang pantas, kafeteria, kemudahan komputer dan banyak lagi

Di luar perpustakaan pun dinaik taraf siap ada jeti menghadap tasik dengan pemandangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sesuai untuk ber OOTD dekat sini 😄.


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam berkonsepkan "perpustakaan dalam taman"

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Pemandangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Berbeza dengan perpustakaan KL dan Perpustakaan Negara, dalam perpustakaan ni tak dibenarkan memakai kasut dan ada beg disediakan untuk letak kasut sebelum bawak masuk ke dalam. Aku hampir-hampir tak perasan, nasib baik Khayla bagitau aku pasal "no shoes policy" ni.


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Do's and don't's di perpustakaan ni

Paling best kat sini ada banyak meja study. Kalau di Perpustakaan KL, meja study agak terhad dan kena datang awal kalau nak dapatkan meja kosong.

Kiteorang menghabiskan sehari suntuk di perpustakaan ni sampai pukul 5.45 petang (perpustakaan ditutup pada pukul 6 petang). Anak-anak kata best sangat study kat sini, hujung minggu ni dieorang request nak pergi ke sini lagi.


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Anak-anak tengah fokus buat latih tubi dalam buku latihan. Psst... cantik kan beg ASEAN tu? Khayla dapat masa kumpulan Adipatra dijemput untuk buat persembahan masa salah satu acara mesyuarat ASEAN tahun ni