Salam kawan-kawan,
Hari Isnin lepas, sekolah anak-anak bercuti peristiwa sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid yang dibuat pada hari Sabtu lepas. Memandangkan minggu ni ialah minggu peperiksaan UASA, jadi aku bawak anak-anak ke perpustakaan lagi untuk mengulangkaji.
Mula-mula nak bawak dieorang ke Perpustakaan KL lagi tapi semua perpustakaan di KL termasuk Perpustakaan Negara tutup pulak setiap hari Isnin. Maka terpaksalah aku angkut dieorang ke Perpustakaan Raja Tun Uda nun jauh di Shah Alam 😅.
|  | 
| Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam | 
Lama bebenor aku tak jejakkan kaki ke perpustakaan ni. Kali terakhir aku ke sini pada tahun 2013, anak-anak masih kecik lagi masa tu. Kali ni bila aku datang, dah banyak sangat perubahan dalam perpustakaan ni. Salah satunya ialah ada bangunan parking bertingkat yang luas.
|  | 
| Perkhidmatan buggy disediakan untuk mengambil dan menghantar pengunjung dari tempat parking ke library | 
Ada banyak kemudahan di perpustakaan ni untuk semua golongan termasuklah golongan orang kurang upaya. 
|  | 
| Kemudahan escalator untuk pengunjung | 
|  | 
| Bilik untuk pengunjung dengan masalah penglihatan | 
|  | 
| Perpustakaan Raja Tun Uda yang serba moden dan estetik ni dinobatkan sebagai salah sebuah perpustakaan terbaik di Malaysia | 
|  | 
| Antara kemudahan yang ada ialah pinjaman buku, zon kanak-kanak, bilik perbincangan, ruang belajar, teater 3D/6D, Internet yang pantas, kafeteria, kemudahan komputer dan banyak lagi | 
Di luar perpustakaan pun dinaik taraf siap ada jeti menghadap tasik dengan pemandangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sesuai untuk ber OOTD dekat sini 😄.
|  | 
| Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam berkonsepkan "perpustakaan dalam taman" | 
Berbeza dengan perpustakaan KL dan Perpustakaan Negara, dalam perpustakaan ni tak dibenarkan memakai kasut dan ada beg disediakan untuk letak kasut sebelum bawak masuk ke dalam. Aku hampir-hampir tak perasan, nasib baik Khayla bagitau aku pasal "no shoes policy" ni.
|  | 
| Do's and don't's di perpustakaan ni | 
Paling best kat sini ada banyak meja study. Kalau di Perpustakaan KL, meja study agak terhad dan kena datang awal kalau nak dapatkan meja kosong.
Kiteorang menghabiskan sehari suntuk di perpustakaan ni sampai pukul 5.45 petang (perpustakaan ditutup pada pukul 6 petang). Anak-anak kata best sangat study kat sini, hujung minggu ni dieorang request nak pergi ke sini lagi.
|  | 
| Anak-anak tengah fokus buat latih tubi dalam buku latihan. Psst... cantik kan beg ASEAN tu? Khayla dapat masa kumpulan Adipatra dijemput untuk buat persembahan masa salah satu acara mesyuarat ASEAN tahun ni | 
 
Dah sekian lama akak tak pergi library. Dulu awal kawin rajin pergi untuk baca surat khabar dan pinjam buku. Tapi library kecik je di Kuala Pilah dan Semenyih. Tengok library Carneyz dan anak-anak pergi ni, memang best sangat! Selesa nak berlama-lama. Bagus pulak tu siap ada servis buggy.
ReplyDeleteKat situ ada kafe ya? Sebab kalau seharian mesti rasa lapar nak makan.
Ada Kak Ujie. Tengahari kiteorang turun ke kafe untuk makan tengahari. Memang semua kemudahan ada dekat library ni. Paling best surau ada dekat setiap level jadi tak payah turun level bawah untuk ke surau 😄 surau kat sana wangi dan berhawa dingin, tak macam surau di Perpustakaan KL.
DeleteTempat menarik dan selesa.
ReplyDeleteTentu teringin nak berkunjung lagi.
Ya sangat selesa untuk anak2 mengulangkaji. Insha Allah hujung minggu ni bawak dieorang ke sini lagi.
DeleteSha pernah masuk sekali ja tapi tak sempat jelajah semua tempat.. Rasa macam nak pergi lagi..
ReplyDeleteAah saya pun tak explore sangat library ni sebab kena pantau anak2 buat ulangkaji. Kalau tak ada yang tertido sebab aircond sejuk sangat hehe
DeletePernah sampai, mmg best. Besar library ni.
ReplyDeleteRasanya semua PPAS (Perpustakaan Awam Selangor) kena buka kasut kot sblm masuk library depa. Dekat PPAS Gombak pun sama. Sis tak nak try situ? Dekat² Stadium Selayang.
Hari tu ada jugak terfikir nak pergi PPAS Gombak tapi baca review org kata plug point limited kat situ 😅 takut nanti nak cas devices tapi tak de plug point memandangkan kiteorang duduk kat library sehari suntuk.
Deletemenariknya Carneyz, bagus terapkan kembali bawa anak-anak ke perpustakaan untuk ulangkaji pelajaran. Kak ana rasa ramai anak-anak sekarang kurang minat dah masuk library . Ramai yang pilih study di cafe dan sebagainya. Kalau zaman kak ana dahulu library lah tempat study kadang stayback sampai petang atau datang hujung minggu ke perpustakaan awam di pekan jumpa kawan-kawan dan ulangkaji.
ReplyDeleteAah kan Kak Ana, zaman kita dulu library jadi pilihan untuk mengulangkaji pelajaran sebab suasana lebih tenang dan senyap. Anak2 zaman skrg ni pilih di kafe sebab senang dieorang nak makan kalau lapar kot, lagi pun dieorang selalu pakai headphone dengar muzik sambil ulangkaji jadi tak rasa terganggu dengan bunyi bising dekat kafe 😅
DeleteLamanya tak masuk library.. Rindu zaman study dahulu..
ReplyDeleteSkrg giliran anak2 yg study kat library. Mak dieorang masuk library on wifi dan blogging je hehe.
DeleteAda buggy disediakan tu.. mmg betul2 nak bagi tarikan dan semangat supaya dtg selalu.. Baru tahu cantik dlm perpustakaan tu.. mcm kena pergi jugak ni.. 😅
ReplyDeleteBawak la anak2 ke perpustakaan ni sebab ada zon untuk kanak2 yang menarik! 😄 dieorang dapat naik buggy pun dah seronok hehe
Deletezmn2 bujang, i pernah gi sini sbb masa tu my kakak dok kat shah alam
ReplyDeletelast i pergi sini in 2013, dah banyak perubahan dekat library ni. Best bawak anak2 study kat sini.
Deletebestnya. lama dah tak gi library
ReplyDeleteBest library ni, lain kali pergi nak explore bahan bacaan kat sini. Wi-Fi kat sini laju!
DeleteRajinnya anak2 Carneyz,seronok tengok mamanya temankan study..
ReplyDeletebesar cantik betul eh library tu,saya tak pernah sampai ke sana
Dieorg rajin masa nak exam je Afzan, kalau tak sibuk dengan gajet je 😜
DeleteKan, boleh bawak Pia ke sini cuti akhir tahun nanti.
bebudak uitm je yg ramai kongker library ni😁
ReplyDeletesy belum.penah dtg lg tp kalau lalu dpn library dah byk kali dah🤣
Agaknya la kan tapi hari tu ramai jugak org dewasa yang datang library ni buat kerja rasanya. Tak tau la kalau dieorang tu student jugak. Wi-Fi library ni laju syok betul blogging hehe
DeleteHebat luar biasa..Perpustakaan yang terbaik, berkonsepkan dalam taman..tu yang hebat..Bertuah dekat sana
ReplyDeleteYa, bagus inisiatif kerajaan negeri Selangor buat perpustakaan macam ni, dengan sumbangan dari rakyat Selangor jugak.
DeleteUncle tak pernah sampai perpustakaan ni....
ReplyDeleteKalau ke Shah Alam Uncle singgah la ke sini. Baca surat khabar ke, lepak dekat kafe ke hehe
Deletebestnye masuk library sbb lama x masuk.. tp skrg zaman internet semua dihujung jari kann.. hehehe
ReplyDeleteHaha, betul tu Wak. Tapi tak semua buku boleh dicari dekat internet hehe
DeletePerpustakaan yang paling saya suka, selesa, luas, wifi ok.....lama tak pergi sini.
ReplyDeleteYa, selesa sangat duduk belajar/blogging dalam perpustakaan ni 😄
Delete