Ngopi Kat Hat Yai, Yokk!! (Bahagian 3)

Untuk bahagian 1 & 2, boleh baca kat sini:

Hari Kedua (4 Oktober, Sabtu): Menikmati Panorama di Good Mountain Cafe. Lunch di Dimsum Chabura. Jalan-jalan di Samila Beach. Melawat Floating Market. 

Menikmati Panorama Indah dari Good Mountain Cafe

Sebenarnya dari Seaverse Cafe, kiteorang singgah di Good Mountain Cafe dulu baru la ke Amazon Cafe. Tapi tertinggal pulak part ni, so aku sambung je la kat sini.

Good Mountain Cafe terletak di atas bukit di pulau kecil Koh Yo, Songkhla kira-kira 40 minit dari Hat Yai. Tempat ni ialah port lepak minum kopi sambil layan view panorama hampir 360 darjah bandar Songkhla, tasik Songkhla dan jambatan yang menghubungkan ke pulau Koh Yo. Kalau pergi waktu petang mesti syok boleh layan sunset kat sini.

Kalau setakat nak ambik gambar pemandangan panorama dari kafe ni, aku baca pengunjung dikenakan bayaran 40 baht tapi kalau pesan makanan atau minuman kat sini, takde la bayaran dikenakan.


Koh Yo Island
Good Mountain Cafe

Good Mountain Cafe
Kafe ni siap menyediakan prop dan backdrop cantik untuk ambik gambar. View atas ni memang lawa giler!

Dah puas bergambar di atas bukit ni dan membasahkan tekak, kiteorang pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Songkhla. Untuk ke Songkhla, kiteorang dibawa menaiki feri untuk ke seberang.

Lunch di Dimsum Chabura

Ikutkan plan asal nak ke Samila Beach dulu tapi disebabkan perut masing-masing dah berkeroncong, jadi kiteorang pun singgah dulu di Dimsum Chabura untuk makan tengahari.


Dimsum Chabura
Dimsum Chabura

Restoran Dimsum Chabura memang tak asing lagi di kalangan pelancong dari Malaysia sebab selain dari status halal, restoran ni ada banyak jenis dimsum yang kita boleh pilih sendiri dan terus dikukus sebelum dihantar ke meja. Harga pun berpatutan, dari 15 baht sepinggan. Selain dari dimsum ada jugak menu Thai yang lain. Yang pasti semuanya sedap-sedap dan kena dengan tekak aku!


dimsum
Rambang mata tengok pilihan dimsum yang banyak ni!

Sizzling tomyum
Menu pilihan kami - semua sedap dan fresh ok!

halal Thailand
Order jugak nasi putih nak makan dengan lauk tapi end up separuh pun tak habis sebab ratah lauk macam tu je pun sedap πŸ˜‹

Hat Yai halal food
Alhamdulillah, puas hati dengan makanan di Dimsum Chabura ni 🫢🏻

Total damage dekat Dimsum Chabura ni ialah RM60++ seorang (kiteorang bahagi 3 orang sebab Kak Siti tak makan seafood).

Jalan-jalan di Samila Beach

Lepas menikmati makan tengahari yang sedap, barulah kiteorang meneruskan agenda jalan-jalan ke Samila Beach.

 
Songkhla
Hampir-hampir tak nampak sebab warna baju kiteorang sama dengan pokok-pokok di belakang tu!

Samila Beach terkenal dengan pantai berpasir putih halus dan laut kebiruan. Tapi 'trademark' yang paling terkenal dekat sini ialah sebuah patung 'mermaid' emas. Patung yang dibuat dari gangsa ni menggambarkan seekor duyung emas yang sedang menyikat rambut di tepi laut. Ia diilhamkan daripada lagenda rakyat Songkhla tentang seekor duyung yang muncul di pantai dan meninggalkan sisir emasnya. Tak sah ke Samila Beach ni kalau tak bergambar dengan patung mermaid ni πŸ˜….


mermaid statue
Gaya posing kami di Samila Beach

Melawat Khlonghae Floating Market (Pasar Terapung Klonghae)

Dah puas bergambar di Samila Beach, kiteorang ke pit stop seterusnya iaitu Khlonghae Floating Market. Yang ni mesti korang semua tau kan, sebab sebut Hat Yai je mesti terbayang penjual makanan berniaga dari perahu di tepi sungai.


Khlonghae Floating Market
Pasar Terapung Hat Yai yang menjadi destinasi popular pelancong

Di pasar terapung ni, korang boleh nampak gerai-gerai dalam perahu berbaris di sepanjang tebing sungai dan peniaga menjual makanan terus dari atas bot kayu. Antara makanan / minuman yang popular dekat sini ialah minuman dalam buluh, pancake Thai, pulut mangga, makanan panggang, aiskrim kelapa dan kuih tradisional Thai.


Khlonghae Floating Market
Dekat sini pun boleh bayar menggunakan kod QR tau

Khlonghae Floating Market
One for the memory!

Kiteorang tak banyak beli makanan di sini sebab masih kenyang lagi. Lebih kepada ambik gambar dan cuci mata tengok jualan di sini.

Dah puas menjamu mata, kiteorang decide nak ke Central Festival Mall sekali lagi. Tapi sebelum tu, Abdullah hantar kiteorang balik ke hotel untuk solat jamak. Dekat Central Festival Mall, aku beli dessert viral Thai untuk dibawa pulang ke Malaysia.


viral Thai dessert
Jujurnya aku pun tak tau apa yang special tentang Thai milk bun ni, tekak aku rasa macam biasa-biasa je, makan sesuap dah muak. Tapi Khadeeja suka giler dengan milk bun ni

Akhir sekali sebelum balik ke hotel, kiteorang request Abdullah drop off di 7-Eleven dekat belakang Lee Garden. Tapi cerita pasal 7-Eleven ni aku up dekat entry seterusnya la ye. Dah banyak sangat gambar untuk cerita jalan-jalan Hat Yai dan Songkhla hari kedua ni 🀭.

4 comments:

  1. Seronok trip makan2 ni boleh cuba pelbagai jenis makanan.

    ReplyDelete
  2. Wow! cantik pula tempat beach tu, bertuah dapat ke sana kan..bahagia rasanya, happy pun ada..asam ragam kehidupan ..tarel yang indah..gambar mesti ada rugi jika tak ada..

    ReplyDelete
  3. Kan kan milk bun tu mcm so so je kan... tapi kalau peminat susu mmg rs ok je...

    ReplyDelete
  4. Nasib baik bgtau, kalau tak mmg tak perasan uolls bergambar dekat wording SB tu hihi...
    Ala, rugi la Kak SD tak makan seafood fresh & sedap tu :D

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .