Untuk bahagian 1 & 2, boleh baca kat sini:
Hari Kedua (4 Oktober, Sabtu): Menikmati Panorama di Good Mountain Cafe. Lunch di Dimsum Chabura. Jalan-jalan di Samila Beach. Melawat Floating Market.
Menikmati Panorama Indah dari Good Mountain Cafe
Sebenarnya dari Seaverse Cafe, kiteorang singgah di Good Mountain Cafe dulu baru la ke Amazon Cafe. Tapi tertinggal pulak part ni, so aku sambung je la kat sini.
Good Mountain Cafe terletak di atas bukit di pulau kecil Koh Yo, Songkhla kira-kira 40 minit dari Hat Yai. Tempat ni ialah port lepak minum kopi sambil layan view panorama hampir 360 darjah bandar Songkhla, tasik Songkhla dan jambatan yang menghubungkan ke pulau Koh Yo. Kalau pergi waktu petang mesti syok boleh layan sunset kat sini.
Kalau setakat nak ambik gambar pemandangan panorama dari kafe ni, aku baca pengunjung dikenakan bayaran 40 baht tapi kalau pesan makanan atau minuman kat sini, takde la bayaran dikenakan.
![]() |
| Good Mountain Cafe |
![]() |
| Kafe ni siap menyediakan prop dan backdrop cantik untuk ambik gambar. View atas ni memang lawa giler! |
Dah puas bergambar di atas bukit ni dan membasahkan tekak, kiteorang pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Songkhla. Untuk ke Songkhla, kiteorang dibawa menaiki feri untuk ke seberang.
Lunch di Dimsum Chabura
Ikutkan plan asal nak ke Samila Beach dulu tapi disebabkan perut masing-masing dah berkeroncong, jadi kiteorang pun singgah dulu di Dimsum Chabura untuk makan tengahari.
![]() |
| Dimsum Chabura |
Restoran Dimsum Chabura memang tak asing lagi di kalangan pelancong dari Malaysia sebab selain dari status halal, restoran ni ada banyak jenis dimsum yang kita boleh pilih sendiri dan terus dikukus sebelum dihantar ke meja. Harga pun berpatutan, dari 15 baht sepinggan. Selain dari dimsum ada jugak menu Thai yang lain. Yang pasti semuanya sedap-sedap dan kena dengan tekak aku!
![]() |
| Rambang mata tengok pilihan dimsum yang banyak ni! |
![]() |
| Menu pilihan kami - semua sedap dan fresh ok! |
![]() |
| Order jugak nasi putih nak makan dengan lauk tapi end up separuh pun tak habis sebab ratah lauk macam tu je pun sedap 😋 |
![]() |
| Alhamdulillah, puas hati dengan makanan di Dimsum Chabura ni 🫶🏻 |
Total damage dekat Dimsum Chabura ni ialah RM60++ seorang (kiteorang bahagi 3 orang sebab Kak Siti tak makan seafood).
Jalan-jalan di Samila Beach
Lepas menikmati makan tengahari yang sedap, barulah kiteorang meneruskan agenda jalan-jalan ke Samila Beach.
![]() |
| Hampir-hampir tak nampak sebab warna baju kiteorang sama dengan pokok-pokok di belakang tu! |
Samila Beach terkenal dengan pantai berpasir putih halus dan laut kebiruan. Tapi 'trademark' yang paling terkenal dekat sini ialah sebuah patung 'mermaid' emas. Patung yang dibuat dari gangsa ni menggambarkan seekor duyung emas yang sedang menyikat rambut di tepi laut. Ia diilhamkan daripada lagenda rakyat Songkhla tentang seekor duyung yang muncul di pantai dan meninggalkan sisir emasnya. Tak sah ke Samila Beach ni kalau tak bergambar dengan patung mermaid ni 😅.
![]() |
| Gaya posing kami di Samila Beach |
Melawat Khlonghae Floating Market (Pasar Terapung Klonghae)
Dah puas bergambar di Samila Beach, kiteorang ke pit stop seterusnya iaitu Khlonghae Floating Market. Yang ni mesti korang semua tau kan, sebab sebut Hat Yai je mesti terbayang penjual makanan berniaga dari perahu di tepi sungai.
![]() |
| Pasar Terapung Hat Yai yang menjadi destinasi popular pelancong |
Di pasar terapung ni, korang boleh nampak gerai-gerai dalam perahu berbaris di sepanjang tebing sungai dan peniaga menjual makanan terus dari atas bot kayu. Antara makanan / minuman yang popular dekat sini ialah minuman dalam buluh, pancake Thai, pulut mangga, makanan panggang, aiskrim kelapa dan kuih tradisional Thai.
![]() |
| Dekat sini pun boleh bayar menggunakan kod QR tau |
![]() |
| One for the memory! |
Kiteorang tak banyak beli makanan di sini sebab masih kenyang lagi. Lebih kepada ambik gambar dan cuci mata tengok jualan di sini.
Dah puas menjamu mata, kiteorang decide nak ke Central Festival Mall sekali lagi. Tapi sebelum tu, Abdullah hantar kiteorang balik ke hotel untuk solat jamak. Dekat Central Festival Mall, aku beli dessert viral Thai untuk dibawa pulang ke Malaysia.
![]() |
| Jujurnya aku pun tak tau apa yang special tentang Thai milk bun ni, tekak aku rasa macam biasa-biasa je, makan sesuap dah muak. Tapi Khadeeja suka giler dengan milk bun ni |
Akhir sekali sebelum balik ke hotel, kiteorang request Abdullah drop off di 7-Eleven dekat belakang Lee Garden. Tapi cerita pasal 7-Eleven ni aku up dekat entry seterusnya la ye. Dah banyak sangat gambar untuk cerita jalan-jalan Hat Yai dan Songkhla hari kedua ni 🤭.













Seronok trip makan2 ni boleh cuba pelbagai jenis makanan.
ReplyDeleteTrip JJCM ke mana2 pun seronok Cie, lagi2 kalau geng yg ikut tu pun kaki makan jugak hihi
DeleteWow! cantik pula tempat beach tu, bertuah dapat ke sana kan..bahagia rasanya, happy pun ada..asam ragam kehidupan ..tarel yang indah..gambar mesti ada rugi jika tak ada..
ReplyDeleteMemang cantik! Tenang je suasana dekat pantai. Gambar untuk kenangan wajib ambik hehe
DeleteKan kan milk bun tu mcm so so je kan... tapi kalau peminat susu mmg rs ok je...
ReplyDeleteGigit sekali dah cukup. Gigih nak menghabiskan bun kat hotel hari tu huhu
DeleteNasib baik bgtau, kalau tak mmg tak perasan uolls bergambar dekat wording SB tu hihi...
ReplyDeleteAla, rugi la Kak SD tak makan seafood fresh & sedap tu :D
Kena zoom in baru nampak kiteorang di sebalik perkataan SB tu hehe.
Deletemeriah tgk menu kt dimsum tu...pantai samila wajib posing dgn patung mermaid tu...milk bun tu kita suka tp yg original dr After You Cafe yg viral tu...kt kl ada juga jual dkt kedai vendor tp mhl giler..nasibaik adik pi bangkok dpt la merasa
ReplyDeleteRambang mata nak pilih dim sum kat sana tapi tak nak ambik banyak2 sbb takut membazir pulak. Aah patung mermaid tu beratur org nak ambik gambar kat sana kak. Ooo lain kali boleh la cari milik bun dekat After You Cafe kalau ada rezeki ke Bangkok 😃
Deletebestnya trip JJCM gini! nice sgt dpt minum2 atas bukit tu
ReplyDeleteBest MZ! Total spend nak ke sana tak sampai 1k tolak makan & shopping hehe.
DeleteBenda paling SA suka...trip jenjalan and makan...puas makan kan...
ReplyDeleteSetujuuuuu! Hat Yai ni memang pakej lengkap jenjalan OOTD sambil makan sedap2 😍
DeleteAmboi... minum dalam buluh tu!
ReplyDeleteDekat Hat Yai je jumpa air kelapa dalam buluh ni Uncle hehe
Deletecantik-cantik fotonya.. memang pandai snap gambar.. sedapnya menunya kecur air liur dibuatnya
ReplyDeleteNi lepas dah pilih dari beratus2 gambar hehe. Mana yang tak lawa takde la nak publish kat sini 🤭
DeleteSedap sangat makanan kat Hat Yai. Syurga makanan kat sini dan yang penting halal 😃
Food Mountain Cafe dengan dimsum tu yummy tapi semua pun best sangat. Thanks for sharing Carneyz
ReplyDeleteDua2 tempat ni wajib pergi kalau ke Hat Yai kak Mulan. Nasib baik minggu kiteorang pergi ni tak ramai orang 😄
Deleteyang paling best, semua 1 geng...kikiki...memang puas hati nie
ReplyDeleteYeszaaa! Semua suka bergambar, makan & shopping 😜
DeleteCoba nanti kalau ke ret nak ke hatyai lagi, kabarin, saya nak ikut 😍😍😍😍😄. Memang menariiik lah tempat2nya , trutama makanan. Drooling sangat melihat aneka makanan yg kalian coba 😍😄
ReplyDeleteGood mountain cafe tuh best yaa 😍😍. Memang tambah sedap rasa makanan jika makan di cafe dengan best view begitu.
Dimsum chabura pun dah banyak kali saya baca. Rasanya tak sah ke hatyai kalo tak makan di sana 😄
Saya sebenarnya belum pernah makan Thai milk bun. Tp kalau baca deskripsi, macam tak akan suka, sebab ada taburan bubuk susu kan? Sementara saya tak suka susu, apalagi ada bubuknya 🤣🤣. Jadi memang tak terlalu teringin nak coba roti ini.
Kena tanya Kak Retna tu, bila nak pergi lagi 😅. Saya pun nak ikut jugak hihi.
Delete