Mil Toast House dan Mon Chinese Beef Roti @ TRX Mall

Salam Jumaat uolls!

Tahun baru, template baru lagi. Berapa kali nak tukar template ni daa? 😅 Kenapa tukar template lagi? Sebab aku rasa template lama walaupun minimalis tapi agak kurang compatible dengan platform Blogger. Sudahnya layout dekat bawah tu lari dan agak susah nak scroll. Lagipun template tu masih dalam testing mode, dan ternyata kurang sesuai so tukar la ke template yang lebih mesra SEO (katanya la). Template baru ni aku ambik dari Gooyabi Templates btw. Agak senang untuk dipasang berbanding template-template sebelum ni.

OK marilah kita meneruskan penceritaan tentang tajuk entri kali ni. Masa kiteorang ke TRX Mall untuk mengikuti bengkel melukis anjuran Apple Store, kiteorang singgah minum petang di Mil Toast House. Melalui carian Google, baru aku tau Mil Toast House ni ialah cawangan bakery cafe yang berasal dari Ikseon-dong, Korea Selatan. Di Malaysia, dieorang dah bukak dua cawangan iaitu di TRX Mall dan di 1Utama. Selain di Malaysia, dieorang ada jugak sebuah cawangan di Bangkok. Menu utama di Mil Toast ni ialah French toast dan sebab nampak menarik jadi jom kita cuba...


TRX Mall
Dalam restoran nampak lapang dan ceria dengan hiasan dalaman berkongsepkan Muji

Mil Toast House
Soufflé French toast ialah specialty di sini

Mil Toast House
Harga agak keras tapi biasalah, standard TRX Mall kan 😅

Khadeeja request nak milk cream mochi soufflé French toast dan Khayla pulak nak vanilla soufflé French toast:


Mil Toast House
Milk cream mochi soufflé French toast

Mil Toast House
Vanilla soufflé French toast

Bagi aku dua-dua sedap, tapi aku lebih suka vanilla soufflé French toast sebab atas roti tu crispy dengan rasa gula hangus dan tekstur roti pulak sangat lembut! Boleh repeat pesan yang ni kalau ke sini lagi. Yang mochi tu pulak, roti soufflé tu dibalut dengan mochi. Bagi aku biasa-biasa je tapi aku suka sos milk cream tu.

Dari makanan dari Korea, kiteorang beralih pulak ke makanan dari China 😄. Sebelum balik, singgah beli beef roti di Mon Chinese Beef Roti. Dah lama teringin nak cuba roti viral ni masa dieorang baru bukak di Bukit Bintang, tapi malas nak beratur panjang (sejenis bukan FOMO, gitulah 😅). Sekarang kedai ni dah ada cawangan di TRX Mall dan di KLCC. Kalau pergi hujung minggu, nampak barisan masih lagi panjang tapi memandangkan kiteorang pergi hari biasa, jadi takde la panjang sangat barisan maka boleh la aku singgah beli beef roti ni.


TRX Mall
Mon Chinese Beef Roti

Mon Chinese Beef Roti
Nampak dieorang buat roti fresh dekat situ jugak. Beli roti kat sini masih panas-panas lagi, semerbak bau daging yang dah digaul dengan bawang dan rempah-ratus


Mon Chinese Beef Roti
Akhirnya berjaya beli beef roti viral ni!

Aku beli dan bawak balik ke rumah sebab roti ni masih panas lagi nak makan kat situ jugak. Inti dagingnya sedap cuma aku kurang minat roti bergoreng ni sebab agak berminyak. Aku kurang minat makanan bergoreng macam pisang goreng, cempedak goreng etc. dan roti ni pun sama jugak. Jadi aku rasa cukup la sekali je beli beef roti ni buat raso-raso.

Kurang dah cuba makanan apa dekat TRX Mall? Cuba spill sikit dan pendapat korang tentang tempat / makanan yang korang dah pernah cuba tu.

Post a Comment

1 Comments

  1. Template ni lebih kemas.. cuma bt scroll box utk blog archive atau tkr ke hirachy, nampak lebih kemas nanti

    Bestnya masuk kelas camtu ekkk

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .