Pergi Wedding Anak Staff Suami Terchenta

Dua minggu lepas, Suami Terchenta bagitau dapat jemputan ke majlis kahwin anak staff dia di Bangi. Pagi tu lepas anak-anak habis mengaji, kiteorang terus bersiap-siap untuk memenuhi jemputan perkahwinan anak staff Suami Terchenta.


selendang nenahijabs
Pakai tudung sulam beli dari Nenahijabs, buat style macam selendang bahu

kerongsang
Merasmikan kerongsang pemberian dari blogger Mama Zharfan 🫶🏻

Majlis dibuat di venue perkahwinan terbaru di Bangi iaitu ARJUNA. Lawa tempat ni, klasik dan bercirikan tradisi Melayu.


ARJUNA
ARJUNA
 

Sampai-sampai je, kiteorang terus ambik gambar di photo booth dan tinggalkan ucapan buat pengantin baru dalam buku tetamu.


ARJUNA
Mengabadikan ucapan selamat pengantin baru dalam buku tetamu

Disebabkan kiteorang sampai agak lewat dalam pukul 2 petang, jadi banyak la meja kosong. Kalau sampai awal, mesti kena parking kat luar sebab parking agak limited jugak. Tapi bila sampai lambat, lauk pun tinggal sikit je hihi. Tapi dapat la merasa ayam seketul, daging seketul dua dan dessert cendol. Alhamdulillah. Rupa-rupanya pihak catering dah jadualkan bila nak keluarkan stok lauk sebab lepas kiteorang habis makan, baru lauk ditambah tapi tetamu yang baru datang kena tunggu nasi pulak. Rasanya pihak catering kena improve lagi timing dieorang mengisi semula lauk kenduri dan nasi. Yalah, tempat masih baru lagi kan, mesti la masih kekok lagi.


ARJUNA
Ruang makan yang cantik

Ada tempat bergambar jugak di sini iaitu replika rumah kampung ni. Ramai tetamu yang ambik kesempatan untuk bergambar di sini termasuk la aku dan Suami Terchenta. Anak-anak memang idok ler nak bergambar, tu pun bila suruh ambik gambar kiteorang tu haaa... sayup-sayup je gambar kiteorang diambiknya! 🤣


ARJUNA
Ala-ala rumah kampung

Alhamdulillah, dapat doorgift beg pouch, gula-gula dan teh uncang. Suami Terchenta dapat doorgift gempak sikit - non-woven bag dengan tumbler kaca warna purple, matchy2 betul dengan botol air aku hihi.


Doorgift wedding
Doorgift dari wedding Atikah & Hafiza


Buat pengantin baru Atikah & Hafiza - "“Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair”. Semoga perkahwinan yang dibina dilimpahi dengan keberkatan, sakinah, mawaddah dan rahmat Allah SWT 🤲🏻.

Post a Comment

2 Comments

  1. Kacak ARJUNA ya.. mun kmk pn mst x lepas peluang bergambar... sinun best byk option nk sewa, dr murah ke mahal ada.. kita sitok masih lom jd trend gilak bisnes gitok, di kuching br stat juak tp kebanyakkan sidak molah banglo utk disewa jd event venue

    ReplyDelete
  2. nice sgt tempat ni! bestnya goodies tu...lawa sgt tumbler pepel tu! yayy u dh pakai brooch dragonfly tu ;) i got one for myself too ;) i rasa design tu unik kan...sbb biasanya byk design bunga, love or butterfly ajer

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .