![]() |
| Minyak wangi hasil kolaborasi antara HMNS dan Maliq & D'essentials (band muzik Indonesia yang membawa genre jazz dan soul music) dengan aroma Rose & Musk |
Bila dibuka kotaknya, ada sekeping kad waranti (eh minyak wangi pun ada waranti ye?) dan sekeping kad yang tertera kod QR. Bila diimbas, kod QR ni ialah playlist Spotify dengan lagu-lagu dari band Maliq & D'essentials. Sejujurnya ni first time aku mendengar nama band ni dan jugak mendengar lagu-lagu dieorang. Actually, aku pernah je dengar lagu 'Kita Bikin Romantis' tapi tak cakna pun artis yang bawak lagu tu hihi. Rupa-rupanya lagu tu ialah dari kumpulan Maliq & D'essentials.
![]() |
| Unboxing kotak minyak wangi pemberian Fanny 🫶🏻 |
![]() |
| First time tengok kad waranti dalam kotak minyak wangi |
![]() |
| Sambil layan aroma minyak wangi, boleh layan lagu-lagu dari band Maliq & D'essentials bila imbas kod QR ni |
![]() |
| Begini ler botol minyak wanginya. Betul-betul nampak eksklusif la! |
Untuk aku yang agak cerewet dengan pemakaian minyak wangi, haruman minyak wangi ni pada mulanya tak membuatkan aku tertarik mungkin sebab kali pertama hidu bau musk yang agak kuat berbanding bau bunga ros. Aku ingatkan ni minyak wangi lelaki masa tu, tapi selepas beberapa minit baru wangian bunga ros tu semakin menyerlah.
Baunya di antara lembut dan kuat - haha, tak tau la nak explain macamana 🤣. Nak kata baunya menyengat hidung tak jugak, tapi lembut pun tak jugak. It just - settles and lingers. Kalau dari jauh mungkin tak perasan aromanya, tapi bila dekat, aroma tu agak ketara. Aku suka sembur dekat baju sebab lepas tu bau tu melekat dekat baju dan tahan agak lama.
Selalunya aku pilih minyak wangi yang baunya lembut dan segar yang kadang-kadang aku seorang je yang boleh bau minyak wangi tu, contohnya minyak wangi Elizabeth Arden Green Tea. Kalau mood aku gembira, aku suka pakai minyak wangi Clinique Happy. Minyak wangi Untitled Humans ni walaupun tak jatuh dalam kategori ciri-ciri minyak wangi yang selalu menjadi pilihan aku, tapi keunikan aromanya tu membuatkan aku jatuh cinta. Jadi sekarang dah bertambah la koleksi minyak wangi kesukaan aku - Untitled Humans haruman Rose & Musk pulak.
Terima kasih Fanny, memperkenalkan minyak wangi ni kepada saya 🥰. Nasib baik ada jual kat Shopee boleh la beli kalau dah habis 😅.





2 Comments
exclusive sangat packaging perfume ni. nak hadiahkan kat orang memang berbaloi la.
ReplyDeleteAda kad waranti untuk pastikan yang asli minyak wangi.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .