Ni pun entry throwback bulan Disember jugak. Haha. Tu la siapa suruh malas update blog bulan lepas 🤪. Kan dah bersusun-susun entry throwback kat sini hihi.
BFF aku mengajak sarapan pagi sebab kiteorang dah lama tak jumpa. Kali ni kiteorang bersarapan di kafe berhampiran rumah Zura iaitu kafe The Red Beanbag (RBB).
![]() |
| The Red Beanbag Cafe yang terletak di Menara Mudajaya @ Mutiara Damansara |
Kalau Mokky's Pizza ialah New York-inspired, RBB pulak ialah kafe Australian-inspired. Hujung minggu, kafe ni padat dengan pelanggan terutama keluarga dengan anak-anak kecik sebab dekat tingkat atas kafe ni ada taman permainan untuk anak-anak bermain. Tapi disebabkan kiteorang sampai awal pukul 8.30 pagi, jadi suasana kafe agak lengang dan selesa untuk berborak.
![]() |
| Hiasan dalaman kafe yang menarik ditambah pulak dengan hiasan Krismas masa tu |
Menu di RBB ni kebanyakannya ialah hidangan Western, tapi ada la satu dua menu tempatan dan Jepun. Selain hidangan berat, RBB turut menyediakan pilihan kek dan pai.
![]() |
| Kek dan pai yang dihidangkan di meja kek |
Pagi-pagi biasanya aku tak cari benda manis, jadi aku pesan Signature Baked Eggs yang dihidangkan dengan toasted sourdough. Portion nya agak besar bagi aku.
![]() |
| Signature Baked Eggs (RM32) |
Zura pulak pesan The Hungry Caterpillar, iaitu mini pancakes yang dihidangkan dengan buah-buahan dan jem strawberry.
![]() |
| The Hungry Caterpillar (RM19). Comel giler kan? |
Pada mulanya, aku tak plan nak pesan pencuci mulut tapi tetiba aku ternampak ada tiramisu. Harus la aku mencuba tiramisu kat sini sebab nak bandingkan dengan tiramisu di Pizza Duo.
![]() |
| Tira-Miss U (RM22) kongsi dengan Zura. My verdict, tiramisu Pizza Duo tetap yang paling ringan dan tak cepat muak |
Overall, makanan kat sini menepati citarasa aku. Servis pun cepat. Cuma kena datang awal je sebab kafe ni cepat penuh pada hujung minggu.
![]() |
| TQ BFF Zura, belanja breakfast 🫶🏻 |







1 Comments
food plating nya so nice. cute sgt caterpillar tu! best dpt dating dgn bff ;)
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .