Pergi perpustakaan baca buku ❎
Pergi perpustakaan masuk rancangan chef cilik ✅
Throwback minggu lepas masa cuti sekolah lagi. Memandangkan kiteorang memang tak kemana-mana cuti sekolah yang lepas, jadi aku bawak anak-anak ke Perpustakaan KL untuk membaca buku sambil mengemaskini rekod bacaan dalam Nilam.
Masa anak-anak tengah khusyuk membaca buku, tiba-tiba kiteorang dihampiri oleh staf Perpustakaan KL untuk menyertai aktiviti anjuran perpustakaan iaitu chef cilik. Dieorang nak bagi nampak lagi meriah sebab kebetulan masa tu ada stesen TV tengah buat rakaman aktiviti cuti sekolah.
Sebenarnya agak segan jugak nak ikut sebab anak-anak aku je yang dah peringkat remaja manakala yang lain semua masih kecik lagi 😂. Tapi sebab kesian jadi masuk je la.
 |
| Malu-malu sebab dieorang je yang dah besar, tapi join jugak sebab kena pujuk boleh makan lepas dah siap aktiviti ni 😂 |
 |
| Staf perpustakaan tengah menerangkan menu yang akan dibuat |
 |
| Menu sarapan sihat dengan buah-buahan, yogurt dan bijirin |
 |
| Anak-anak tengah menyiapkan menu |
 |
| Tadah! Dah siap menu sarapan sihat 😍 |
Ingatkan sampai situ je, rupa-rupanya kena ditemuramah jugak! 😂 Adoi la, menyesal betul keluar rumah main sauk tudung sarung je dengan tak makeup nya - sebab datang nak baca buku je tak sangka kena temubual jugak 🤣!

|
| Tak sangka Khadeeja nak bercakap depan kamera. Asalnya aku suruh Khayla yang bercakap tapi sebab kakak taknak bukak pelitup muka, terpaksa la Khadeeja yang ditemubual 😅 |
 |
| Ambik gambar ni buat kenangan 🥰 |
Sayangnya masa temubual ni keluar kat buletin DidikTV esoknya, aku teruja sangat tengok Khadeeja ditemubual dalam TV sampai terlupa nak tekan butang rekod! 😭 Bila aku perasan dan tekan butang rekod bahagian tu dah berakhir. Huhu... Cuma sempat ambik gambar masa aku ditemubual je 😆.
 |
| Niat ke perpustakaan nak baca buku tapi berakhir dengan masuk rancangan TV pulak 🤣 |
Perpustakaan KL ni aku puji sebab selalu buat aktiviti menarik masa cuti sekolah. Sebelum ni Khadeeja pernah menang hadiah bila masuk program kuiz yang dieorang anjurkan. Jadi korang yang ada anak-anak kecik kalau takde rancangan bercuti di luar KL, boleh la bawak anak-anak ke Perpustakaan KL masa cuti sekolah. Tapi lepasni aku pergi library nak pakai tudung shawl lilit la, mana tau tetiba kena temubual lagi takde la nampak selekeh sangat! 🤣
15 Comments
Wow Carneyz. Nasib baik ada kenangan jugak ni. Cuba google mana tau ada dalam bentuk video kan.
ReplyDeleteTak sangka betul pergi ke perpustakaan kena temuramah stesen TV 😅 dah cari, kat YT account DidikTV last update tahun 2023. Jadi rasanya memang takkan jumpa yang selepas tu.
Deletewaahhhhhhhh besnyaaa pergi aktiviti chef cilik plus muncul di TV! hehehe
ReplyDeleteHaha, padahal asalnya ke baca buku je dekat perpustakaan tapi last2 muncul kat TV 🤣
DeleteWow masuk tv eh.. hehe.. retinya next time nk ke library mok ngesep kacak2 in case tek nak? Eh perasan x mun urg swak nya x madah pegi perpustakaan, sidak mdh pegi lebri 🤭😂
ReplyDeleteYalah, kmk sikmok mula2 sbb malu bah nampak serabai lalu rupa 🤣 sidak pujuk2 terpaksa la juak ngeshow muka di tv 😜
DeleteWow! blogger Malaysia terkenal ni..dah masuk TV..alhamdulillah..rezeki juga tu masuk TV..
ReplyDeleteTak sangka kena temuramah Cikgu, sebab datang ke perpustakaan nak bawak anak-anak membaca buku je hehe
Deletewaaaa carneyz masuk tv laaaaa. glam heehhehe
ReplyDeleteTu laaaa... kalau tau kena masuk tv i pakai cantik2 sikit 🤣 ni dengan tudung sauk, baju gelebehnya masuk tv. Nasib baik ada pakai lipstick dgn bedak muka 😜
Deletekalau dakPia ni suka sangat ni aktiviti masak2..seronok perpustakaan ada program menarik macam ni...
ReplyDeleteCuti sekolah memang banyak aktiviti dekat Perpustakaan KL ni.
DeleteWah! Masuk TV jadi selebriti! Nak sain!
ReplyDeleteSelebriti la sangat Uncle hehe.
DeleteWah! masuk TV.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .