Makan Tengahari di Restoran Padi Malaya

Salam Isnin kawan-kawan,

Mesti ramai yang masih bergolek atas katil sekarang kan? Tak pun tengah cuti-cuti dalam / luar negara 🤭. Cuti panjang + cuti sekolah memang kesempatan terbaik untuk merehatkan minda dan badan. Kiteorang pun sebenarnya tengah bercuti-cuti jugak, ikutkan hati malas nak update blog tapi dah banyak sangat entry tertangguh makanya tulis jugak la entry untuk auto-publish hari ni hihi.

Ni rentetan dari kisah JJCM dengan mak bulan September lepas. Salah satu tempat yang kiteorang pergi ialah restoran Padi Malaya di Lalaport. Asalnya nak lunch dekat Chef Kecik tapi panjang bangat antrinyaaaaa....! 😆 Jadi kiteorang pun melencong ke Padi Malaya sebab anak-anak kejar masa nak tengok movie lepas tu.


Lalaport
Padi Malaya dalam bangunan Lalaport, tak jauh dari Chef Kecik

Makanan kat sini surprisingly sedap la, walaupun restoran nampak macam lengang je. Ni makanan yang kiteorang pesan:


Padi Malaya
Mak pilih oxtail soup with toast. Dieorang guna roti sourdough untuk toast, memang sedap 👍🏻

Padi Malaya
Khayla pilih carbonara pasta

Padi Malaya
Khadeeja pilih cheese toast (roti tu pun sourdough jugak)

Padi Malaya
Yours truly pesan squid ink pasta with fried calamari

Padi Malaya
Minuman kiteorang - jus tembikai (Khadeeja), butterfly pea soda (aku), cafe latte (mak) dan babycino (Khayla)

Susah nak jumpa restoran yang ada hidangan squid ink pasta dalam menu, jadi bila aku nampak dalam menu, terus aku pesan pasta ni. Squid ink pasta tu sedap sangat, tapi kena berhati-hati makan takut kena tudung (tapi kena jugak akhirnya! 😅). Fried calamari lembut dan tak liat, senang dikunyah dan ditelan. 

Anak-anak request creme caramel untuk dessert. Aku tumpang rasa sesudu, sedap dan tak manis sangat. 


Padi Malaya
Creme caramel

Selain menu berat, Padi Malaya ni ada jugak pilihan pastri dan kek:


Padi Malaya
Kek dan pastri

Lain kali boleh repeat makan kat sini sebab makanannya kena dengan tekak aku. Siapa yang dah pernah makan kat Padi Malaya? 

Post a Comment

0 Comments