Salam Isnin kawan-kawan,
Minggu lepas dah alang-alang mengemas home office kat rumah ni, aku teruskan dengan mengaudit pakaian dalam almari pulak. Anak-anak pun aku suruh buat jugak sebab dieorang sekarang tengah cuti bergilir SPM. Baju lama aku asingkan mana yang elok lagi dan mana yang dah tak elok, lepas tu aku masukkan dalam plastik berasingan dan labelkan.
Lepas kemas almari, aku sambung pulak kumpul e-waste yang berlonggok dalam rumah ni - kabel lama, PC lama, smartwatch Suami Terchenta yang dah tak boleh cas lagi, power bank lama dan charger lama yang dah tak pakai. Beg yang tak dipakai lagi pun aku kumpulkan jugak.
Hasil aktiviti mengemas:
![]() |
| 2 longgok plastik pakaian lama dan sekotak e-waste |
Hari Sabtu, Suami Terchenta tolong angkut semua masuk dalam kereta sebab nak hantar ke program sumbangan dan pengumpulan pakaian dan barangan terpakai. Masa kiteorang sampai takde pulak PIC kat situ tapi ada banner yang terpampang di belakang dewan. Dah ada orang yang datang awal dan tinggalkan pakaian dan barangan terpakai di belakang dewan jadi kiteorang pun buat benda yang sama.
![]() |
| Mengangkut plastik pakaian dan barangan terpakai untuk diletakkan di tempat pengumpulan |
![]() |
| Nampaknya kiteorang orang kedua yang datang hantar pakaian dan barangan rumah ke sini |
Alhamdulillah, setel hantar pakaian untuk dikitar semula / disumbangkan kepada yang memerlukan. Terima kasih Kak Retna sebab promote aktiviti macam ni dekat blog 😄. Sangat membantu 👍🏻



14 Comments
mmg senang ada program mcm ni..cuma bab nk packing brg2 tu jenuh kan ..
ReplyDeleteAah kak, seminggu lebih jugak nak kemas sbb ikut mood hihi
Deletei pun nak kena cari masa jugak buat declutter..hari tu dh antar selimut2 (2 pcs) ke tong recycle (actually masih elok/jarang pakai tapi tak de space dh nak simpan)
ReplyDeleteElok jugak buat mcm ni, skrg dah nak masuk musim tengkujuh. Mungkin selimut2 tu akan diperlukan utk mangsa2 banjir.
DeleteKasi clear ya
ReplyDeleteBila ada masa jgn lepas peluang
Dpt jga kongsi yg masih elok pd yg memerlukan
Betul tu Cik Nur. Dah kurang serabut tengok dalam almari sekarang hihi
DeleteDekat rumah ni pun banyak juga e-waste cuma tak tau nak hantar ke mana.
ReplyDeleteSama sis, sebab tu tunggu program mcm ni baru boleh kemas dan hantar semua utk recycle.
DeleteAlhamdulilah hehe berguna juga diwar² kan.... tp dh habis kemas pun rasa mcm masihbbyk plak lagi yg perlu di bahagikan hehe
ReplyDeleteTQ Kak Ret. Byk baju budak2 ni yg dah lama dan tak muat kiteorang hantar ke situ. Lapang sikit almari hehe
DeleteBanyak juga barangan yg dapat di auditkan di rumah tu.. kalau sy byk tu dpt mmg seronok la hahahaa..
ReplyDeleteAah baju anak2 kebanyakannya, sebab dah tak muat.
DeleteSemoga bermanfaat pada yang memerlukan.. Bagus juga ada yang berkongsi mengenai kita semula ini..
ReplyDeleteBetul tu Sha. Info mcm ni mmg sangat membantu 👍🏻
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .