Alhamdulillah, baru-baru ni terima hasil iklan dari Google Adsense selepas 2 tahun menunggu nak capai minimum threshold tu ðŸ¤. Lepas la buat renew domain blog 2 tahun dan ada lebihan baki sikit.
Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi singgah di blog aku. Ada yang meninggalkan jejak, ada yang sekadar membaca tapi aku tetap hargai sokongan korang semua tau.
Sebagai tanda penghargaan kepada pembaca-pembaca blog yang aktif berinteraksi di blog aku sepanjang 2 tahun lepas, aku nak berkongsi rezeki Google Adsense ni dengan 3 orang pengomen tertinggi sepanjang 2 tahun ni:
![]() |
| Tahniah MZ, Fanny dan Anies! 🎉 |
Insha Allah aku akan contact sorang-sorang untuk minta alamat untuk tujuan pos hadiah kat dieorang ni (kecuali Fanny, yang itu aku bagi bila jumpa dia sebab nak pos ke sana nanti menyusahkan dia je hihi).
Nota kaki: Walaupun blog aku belum lagi mencapai berpuluh-puluh ribu PV macam blogger-blogger yang lebih tersohor dan otai, tapi aku tetap bersyukur sebab ada yang sudi singgah membaca dan meninggalkan komen di blog aku. Semoga perkongsian di blog ni bermanfaat buat semua yang mengikuti blog aku 😊.

2 Comments
Tahniah kepada top 3 komentar.
ReplyDeleteTahniah buat 3 top komentator terpilih ye.....semoga dimurahkan rezeki buat Carneyz
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .