Salam Isnin kawan-kawan,
Minggu lepas aku mesej Anies ajak jumpa sebab nak bagi hadiah top commentator dekat dia. Actually, ni first time aku nak jumpa Anies, jadi agak excited jugak la nak kenal orangnya. Anies ni rajin tinggalkan komen kat blog lagi-lagi kalau entry aku tu pasal dua ekor anak bulus kat rumah ni hihi. Dah tau dah kat mana nak tinggalkan Louis The Chonky Cat tu kalau dia nakal sangat - tinggal je kat rumah Anies hahaha! Nak tinggal kat rumah Fanny jauh pulak terpaksa beli tiket flight nak hantar dia ke sana. Lagipun Fanny pun dah ada anak-anak bulus yang nakal kat sana, pening pulak kalau tambah seekor lagi kucing tak berakhlak di rumah dia! 🤣
Anies suggest kiteorang jumpa petang Jumaat di Toast Maker di Nu Sentral. Bila aku sampai, aku pun mesej dia bagitau aku tunggu depan Toast Maker. Tak lama kemudian Anies sampai. Nasib baik dia cam aku sebab aku memang tak pernah tengok muka Anies. Dia seorang blogger yang tak tunjuk muka sendiri di blog. Oleh sebab tu, aku pun tak ambik gambar selfie dengan Anies tapi aku boleh katakan dari muka dia, dia sebijik macam orang yang aku bayangkan bila baca blognya - peramah dan suka buat lawak hehe.
Since kiteorang berdua masih kenyang sebab dah makan tengahari, jadi kiteorang order air je la. Aku pesan strawberry matcha, Anies pulak pesan teh Earl Grey panas. Sedap jugak strawberry matcha kat sini 😋.
![]() |
| Tak dapat ambik gambar Anies, ambik gambar tangan kiteorang je la. Aci la kan? 🤠|
Sambil lepak dan menghabiskan minuman, kiteorang bercerita tentang travel, harga tiket flight yang dah mencanak-canak sekarang ni, dan aku pun sempat tanya tips travel dari dia sebab Anies ni kaki travel. Tak susah nak masuk dengan Anies sebab dia peramah dan kiteorang pun berkongsi minat yang sama iaitu travel (walaupun aku takde la pro macam Anies bab travel ni sebab Anies pernah travel solo ke luar negara ðŸ¤).
Dan... halah halahhhhh aku dah agak la masa aku hulur hadiah kat Anies tu, dia pun hulur jugak sesuatu kat aku 😅. Cenggini, next time aku hantar hadiah guna pos je la 😆. Niat jumpa pemenang nak lepak, belanja makan dan bagi hadiah sekali aku pun dapat hadiah jugak lahaiiiii. Kan aku dah cakap, orang-orang yang aku kenal melalui blog ni semua baik-baik? Terima kasih Anies, semoga murah rezeki selalu!
![]() |
| Hadiah dari Anies. Kerepek tu sedap la. Hadiah coklat aku simpan dulu, next month PMS lagi aku makan hihi |
Anies hantar aku sampai ke stesen monorel. Sebelum balik, sempat lagi dia kirim salam kat Louis. Aku dah sampaikan tadi, Louis 'buat derk' je. (buat derk = buat tak peduli 🤣).
![]() |
| Belanja gambar Louis kucing tak berakhlak ni untuk tatapan Anies 🤠|



0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .