Tadi singgah blog Kak Ret, baca entri blog dia pasal pencarian baju raya. Sekarang semua dah start sibuk cari baju raya kan, bila confirm boleh rentas negeri balik kampung hehe.

Kiteorang tahun ni dah setel baju raya budak-budak, beli kat Sogo sehari sebelum 1 Ramadhan. Boleh tahan jugak harga baju kurung budak-budak sekarang. Tu belum termasuk tudung lagi. Anak 2 orang pun dah dekat RM200 jugak habis. So mak bapak pakai je la baju tahun lepas!

Sebenarnya kalau rajin berjalan-jalan banyak jugak tempat menjual baju raya yang cantik-cantik selain dari di Sogo / Jalan TAR. Banyak pilihan dengan harga yang berpatutan boleh dapat seperti di Sunway Putra Mall atau Kenanga Wholesale City (KWC). 

Tapi kalau bajet terhad (maklumlah tak semua dapat keluarkan duit KWSP kan), boleh jugak cari di online platform macam Carousell.

Taip je 'Baju Raya' keluar la macam-macam pilihan. Nak baru, atau preloved semua ada:

Jom Cari Baju Raya kat Carousell

Atau kalau korang ada baju raya yang dah tak pakai (ahem, tak muat) boleh jugak jual kat sini. Lepas dah jual tu, boleh la beli baju raya yang korang berkenan pulak kan?

Macam aku, baru je clear kan almari budak-budak dan ada la beberapa pasang baju kurung yang elok lagi nak let go. Budak-budak ni pulak sejenis yang pakai baju kurung hari raya atau kalau kena paksa je haha! Selebihnya, baju dieorang ni banyak terperuk kat dalam almari je. Aku jual sebab baju-baju kurung ni dah tak muat (saiz kebanyakannya 6 tahun ke bawah, anak-anak aku pun dah besar panjang). Harga pun aku letak harga kasih sayang tapi siapa yang beli memang untung sebab baju-baju dieorang kebanyakannya macam baru lagi tapi harga bawah RM40. Boleh la buat baju raya ke-2 atau ke-3.

Jom Cari Baju Raya kat Carousell
Aku biasanya sedaya-upaya letak description yang jujur, kalau baju tu ada defect aku akan ambik gambar defect & upload sekali gambar defect supaya takde la timbul perasaan tak puas hati di kemudian hari


Jom Cari Baju Raya kat Carousell
Baju ni elok sangat lagi, beli kat kedai Gene Martino kat Jalan TAR harga dalam RM80-90.

Ha, so siapa yang takde masa nak keluar cari baju raya boleh la korang tengok kat Carousell memang banyak sangat pilihan. Setakat ni selamat la jual beli di Carousell ni especially kalau bayar melalui apps Carousell (sebab Carousell ni ala-ala Shopee sikit, duit tak release kat seller kalau buyer tak terima barang). Barang pos pun boleh track kat apps dia, seller pulak senang je bila buyer dah bayar pos tinggal nak tekan 'generate shipping label' dan drop barang kat poslaju.

10 comments:

  1. wahh kita x pernah masuk carousell ni... bagus gak eh bole let go jual beli kat situ hehehe... ok next time bole try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kalau buat spring cleaning baju2 yg masih elok tu boleh jual kat carousell. Byk gak baju budak2 dah let go kat carousell ni.

      Delete
  2. Waaa ni kalau Sis rajin, mau berpuluh laiii masuk sini jual hahahaha banyak gileee baju lama tu.. sayang bukan kemain hahahaha.. nanti nak belek laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau malas meh hantar sini kita tolong jualkan pastu bagi komisyen hahaha

      Delete
  3. Tak pernah membeli di carousell. Dulu ada install tapi lama dah, sekarang ini memang shopping dekat shopee je. Baju lama yang elok ni kalau jual memang bagus. Boleh lah dapatkan side income juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, adik kita cari baju raya dekat carousell je katanya. Boleh dapat baju kurung designer harga murah2 sebab preloved.

      Delete
  4. dulu rajin mama masuk carousel ni. nanti nk usha la

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan mama, byk barang2 yang masih elok ada kat carousell ni.

      Delete
  5. Tak pernah lagi membeli belah di Carousel ini.. Tengok-tengok je.. sha pun dah selesai bab baju raya sebelum puasa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus buat persiapan awal sbb bila masuk ramadhan je harga terus naik tak memasal lari bajet..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .