Awal bulan Ogos aku mula buat intermittent fasting (IF) atas nasihat kawan aku untuk ikhtiar mengatasi masalah leaky guts. Alhamdulillah, nampaknya ada perubahan yang positif sejak buat IF.

Ni ialah jurnal makanan minggu pertama masa buat IF. Gigih aku lukis makanan yang aku ambik haha! Minggu kedua dah tak gigih tapi pola makanan dia sama je la sebab malas nak fikir.


IF food
Food journal

Dalam masa 20 hari, aku mendapati:

  • berat badan turun 2kg (mungkin tak banyak bagi sesetengah orang tapi bagi orang yang ada PCOS macam aku, kira ok la tu)
  • bacaan gula dalam darah turun ke paras normal - borderline
  • tekanan darah turun jadi high normal
  • masalah perut kembung makin kurang

IF yang aku buat ialah selama 16 jam (7 petang sampai 11 pagi esoknya). Sepanjang tempoh tu aku minum air kosong / teh hijau je (target 3L sehari sesuai dengan berat badan aku sekarang). Selain jaga makan dan minum, aku usahakan untuk masuk tidur sebelum pukul 12 malam dan cukupkan 7 jam tidur, sebab aku perasan kalau setakat jaga makan/minum tapi kurang tidur, tekanan darah masih lagi tinggi.

Doakan supaya kesihatan aku pulih macam biasa. Mungkin badan aku dah penat bawak muatan berlebihan! 😅