Nampaknya aku pun dah berjangkit dengan Suami Terchenta. Bila bangun tidur semalam, tekak rasa perit dan hidung pun dah mula sokseksoksek. Cepat-cepat la aku berus gigi dan kumur dengan ubat kumur dari klinik. Pastu telan ubat anti-viral. Harapnya tak la melarat macam Suami Terchenta sekarang. Hari ni extend lagi mc sehari. Agaknya badan dah kronik perlukan rehat sebab masa kerja dia tak menentu, weekend pun kena kerja. Itulah, bila suruh ambik cuti tahunan dan berehat, tak nak dengar cakap. Padahal cutinya berlambak lagi, tinggal 2 bulan je lagi nak habiskan. Carry forward 7 hari je, yang lain-lain tu hangus gitu aje la kalau tak ambik cuti 😑.
Korang kena ingat tau, cuti tu ialah entitlement. Hak korang sebagai pekerja. Kena ambik. Jangan baik hati sangat nak sedekah dekat company. Cuti tahunan bukan setakat untuk berjoli dan pergi vacation je, tapi untuk rehat dan rejuvenate fizikal dan mental korang. Korang bukan robot boleh kerja 24/7 dan 365 hari. Robot pun boleh rosak dan breakdown kalau berterusan kena kerja takde stop. Ni pesanan dari akak ex-HR ye 😌.
Eh, terbebel pulak kat sini.
OK la kita sambung cerita JJCM dengan mak. Bila aku belek gambar dalam galeri phone ni, rupa-rupanya aku tertinggal satu lagi tempat kiteorang JJCM. Sebab satu je yang tertinggal, aku teruskan je la entry ni dengan review makanan kat kafe ni hehe.
Hari kejadian ialah hari yang sama aku pergi ofis BFF aku Jen untuk pass barang kat dia. Teruslah singgah ke Nu Sentral sebab dah lapar tahap menggigil. Sikit lagi nak makan orang 😆. My mom request makanan Korea, ajommm teruskan melangkah sampai ke Hanbing Korean Dessert Cafe ni.
![]() |
| Wefie dulu sebelum makan 🤠|
Jom tengok hidangan yang kiteorang pesan:
![]() |
| Hidangan yang aku pesan - kimchi bokkeum-bap (nasi goreng kimchi dihidangkan dengan sekeping keju dan kuning telur, kimchi dan gimgaru @ seaweed flakes) |
![]() |
| Ni pulak hidangan yang mak pesan - soondubu jjigae (sup makanan laut dengan tofu lembut) |
![]() |
| Kiteorang pesan set hidangan, datang sekali dengan side dishes dan guava juice |
![]() |
| Ni pulak minuman yang kiteorang pesan (sebab tak tau set tu sekali dengan minuman) - strawberry matcha untuk aku. Alamak, lupa pulak air apa mak pesan ni 😅) |
![]() |
| Kongsi dessert mango snow bingsu dengan mak |
Sebenarnya aku takde benchmark untuk menu yang aku pesan tu - kimchi bokkeum-bap, sebab ni kafe pertama aku pesan nasi goreng kimchi. Tapi aku suka sangat sebab bagi aku rasa masam kimchi tu balance dengan rasa lemak masin dari cheese tu. Kuning telur yang cair tu bila digaul dengan nasi goreng dan keju tu buat hidangan ni *chef's kiss*. Tekstur kimchi yang sedikit rangup, nasi yang lembut dan seaweed flakes tu membuat aku lebih berselera nak menghabiskan hidangan ni. Lagipun aku kan tengah lapar. Lagi bertambah nikmat makan nasi goreng panas-panas yang dihidang dalam hot plate ni.
Aku pun sebenarnya pelik tau dengan lidah aku ni. Sebelum ni aku tak minat langsung makanan Korea. Kimchi? Err... not my taste. Makanan Korea ni bagi aku overrated dan terlebih masin. Masa pergi cuti-cuti di Seoul beberapa tahun lepas, aku seriously tak enjoy langsung the food scene dekat sana. Lepas tu aku bagitau Suami Terchenta, ni first and last kita pergi Korea ye. Aku pun beberapa kali mention kat blog ni yang aku tak minat makanan Korea kan?
Tapi nohhh... sekali aku cuba nasi goreng kimchi kat sini, tetiba tersuka pulak! Apakah??? Macamana lidah aku boleh berubah 360 darjah dari 'not my taste' ke 'OMG! Kenapa sesedap itu?!' 😱 Satu je explanation - mungkin aku tengah lapar giler masa tu 🤣. Tinggal tolak batu dan kayu je, yang lain semua sedap hehe.
Kimchi bokkeum-bap ni pass dekat tekak aku yang selama ni reject makanan Korea. Memang akan aku repeat lain kali.
Aku ada jugak cuba sup soondubu jjigae yang mak pesan tu. OK la not bad jugak rasanya. Tak pedas, memang sesuai dengan lidah mak. Mak aku suka pesan makanan bersup sebab senang nak telan.
Untuk hidangan side dishes tu pulak, aku sebenarnya tak reti nak makan camane. Kena makan macam wrap ke atau macam snacking je? Tapi semua sedap. Telur rebus tu tengah-tengahnya lembik sikit. Kuah dalam mangkuk telur tu rasa macam sesame oil pun ada jugak. Yang sebelah hirisan lobak merah tu ialah kentang putar rasanya. Overall memang sedap.
Last sekali kiteorang pesan bingsu mangga. Yang ni tak pernah tak sedap ye. Strawberry matcha tu pun aku repeat sebab pernah pesan strawbery matcha sebelum ni (boleh baca kat sini).
Alhamdulillah harga set ni sekali dengan minuman guava juice tu sangat la berpatutan (dalam RM30+ je rasanya). Berpatutan sebab portion besar. Tapi kalau korang jenis perut kecik mungkin rasa macam susah sikit nak habiskan hehe.
![]() |
| Alhamdulillah mak puas hati dengan makanan di kafe ni |







20 Comments
trendy lah ur mom boleh mkn korean cuisine, geng dgn genZ tu :) I pun tak suka/tak reti mkn mknn korea...tp if ada dpn mata, mkn lah jugakkk...mcm time gi cuti2 korea many years ago (2016 rasanya or befire that)..anyway, i suka lah bingsu tuuu
ReplyDeleteNi semua gara2 my sisters peminat makanan Korea, dieorg yg selalu bawak mak makan makanan Korea smp dia pun terikut2 suka 😂 selalunya kalau saya tau dieorg pergi restoran makanan Korea, awal2 saya bgtau taknak ikut. Ni kena start ikut dieorg food hunting makanan Korea ke camane ni? ðŸ¤
DeleteTrendy betul mak, siap boleh geng dengan anak-anak dan cucu melayan menu Korea! Paling tak boleh tahan tu, nampak sedap betul mango snow bingsu dengan strawberry matcha tu. Moga cepat sembuh juga ya Carneyz, jangan paksa badan sangat kalau dah mula soksek-soksek tu
ReplyDeletePengaruh anak2 tu la SA, hihi. Tapi bab makan mmg mak adventurous, suka cuba makanan baru.
DeleteTerima kasih SA, atas ucapannya. Alhamdulillah bila mula ada simptom2 tu terus cepat2 kumur guna ubat kumur, lepas tu telan pil anti-viral (tamiflu). Saya rasa asben kena influenza A / B tu, sebab klu flu biasa takdela teruk sgt.
Lepas sembuh ni kena cepat2 renew vaksin influenza. Last cucuk hujung tahun 2024 rasanya.
Bingsu mangga mengodaaaa betul
ReplyDeleteSejuk terasaaa
Kannn.. sedap ni makan bila cuaca panas. Tapi portion besar mmg kena kongsi kalau nak pesan bingsu ni
DeleteSetuju kata kak Suz, Mak nya Karni seruuuuu diajak kuliner. Sebab tak semua orangtua bisa suka Korean food. Mama saya termasuk tak bisa. Jadi kalau ajak Makan, harus ke menu2 Indonesia, Malaysia, timur tengah, yang begitu2 lah.
ReplyDeleteKita terbalik lah. Saya tiap makan Korean foods di jakarta, tak suka. Makanya saat ke Korsel dulu, trus makan di sana, kok sedaap 🤣🤣. Jadi sukaaa sangat. Sebab banyak menu pedas yang saya coba, memang benar2 pedas.
Beda dengan jepang, yang tulis spicy, tapi tak ada spicy sangat.
Beda lagi dengan Korut. Kalau ini memang sedikit hambar kuliner mereka. Lebih mild sangat dibanding serumpun nya 😄😄. Tapiii lebih sehat jadinya.
Saya pulak, dari Malaysia sudah tak berapa minat kuliner Korea ini. Langsung diajak kakak ke Seoul, food hunting di sana. Saya fikir bila makan kuliner asli Korea di Seoul mungkin tanggapan saya berubah tapi ternyata tidak malah makin tak sukaaa 🤣 Jadi selama beberapa tahun sejak jalan2 di Korea saya mmg menolak kalau diajak ke restoran makanan Korea, sampai la saya cuba nasi goreng Kimchi di kafe ini. Eh, elok pulak tekak saya boleh terima 🤠Faktor penuaan barangkali, tak pun kerana tahap lapar smp menggigil tu hihi
DeleteMak bergaya macam datin la hari ni :D
ReplyDeletePH baca review ni terus rasa nak try la. Sbb bukan peminat kfood juga tapi tempted with your review haha
Mak memang sentiasa bergaya macam mak datin 🤠kadang2 kiteorg gelar dia Datin saja nak usik dia hehe.
DeleteKena tunggu betul2 lapar baru try sis, takut nanti menyesal 🤣 kalau suka makanan masam2 mcmni boleh la cuba.
Bukan Peminat Makanan Korea HADIR
ReplyDeleteHaha, aku pun tgh berbelah-bahagi sama ada aku dah start suka makanan korea atau sebab tengah lapar tahap gaban masa tu 😜
DeleteMakan korea ni bila teringin baru pergi sebab teringin tu kadang2 je.
ReplyDeleteNi pun pergi sebab mak yg ajak hihi. Asalnya saya bukan peminat makanan Korea ðŸ¤
Deletehebat mak suka menu korea...kita menu korea kalo yg mcm ayam dkt kfry, kyochoon tu ok..kalo versi mcm ni mcm tk brp bole telan..bingsu tu suka
ReplyDeleteSamalah kita kak. Sblm ni cuma boleh terima ayam kfry dgn kyochoon, tak pun 4Fingers.
DeleteSedapkan nasi goreng kimchi.
ReplyDeleteAlhamdulillah mak Carneyz dapat terima hidangan di sini.
Saya baru terasa sedap di lidah saya kak hihi. Sebelum ni saya tak suka pun makanan yg ada kimchi ni. Mungkin masa ni perut lapar sangat jadi semua terasa sedap.
Deletetu laa
ReplyDeletelen kali jgn tak suka awal2
kang dah tersuka sekarang?
🤣🤣
nak try resto korea mana pula lps ni? meh sy suggest
Entah la tak tau hahaha! Org kata jgn benci sgt kan 🤣
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .