roti canai
Sarapan di kedai mamak


Hari ni Suami Terchenta akhirnyaaaaa ambik cuti. Korang tau tak baki cuti dia ada 20 hari lagi? Ni dah masuk bulan Oktober dan berbaki 2 bulan je lagi sebelum masuk tahun baru. Setiap hari la aku membebel suruh ambik cuti sebab kalau tak ambik burn je cuti tu. Kerja tunggang-terbalik macamana sekalipun, kena ambik cuti sebab badan dan otak pun perlu rehat jugak. Cuti tahunan ni ialah cuti berbayar, kalau tak ambik rugi beb! Sepanjang aku bekerja memang tak pernah la aku nak sedekahkan cuti berbayar aku dekat company, jadi aku akan habiskan sebelum tahun baru. 

Akhirnya selepas diasak bertubi-tubi dengan pertanyaan, "Bila nak ambik cuti, abang?" setiap hari, dia pun apply cuti 😆. Aku cakap kat dia bulan ni kena ambik 6 hari cuti, bulan depan 6 hari lagi dan bulan Disember sebab special sikit (birthday anak-anak dan anniversary kiteorang) ambik 8 hari cuti.

Since dia ambik cuti jadi pagi tadi kiteorang pun pergi sarapan pagi sama-sama di restoran mamak tempat biasa. Kalau ke restoran mamak, biasanya kiteorang order roti kosong dengan kuah kari ikan dan teh tarik kurang manis. Kuah kari ikan tu wajib, tak tau kenapa lagi sedap bila pekena kuah kari ikan dari kari lain.

Tapi walaupun cuti, tak boleh kemana-mana pun sebab dia still kena join meeting online jugak 😑. Tahap workaholic dia ni memang tak boleh bawak bincang. Tapi aku tak kira, esok petang aku nak ajak dia gi dating jugak hahaha! Kat mana? Tunggu lepas publish kat blog ye hehe.