Mid Autumn Festival @ MidValley

Salam Khamis semua,

Throwback kisah bulan lepas masa aku pergi ke MidValley untuk survey vacuum cleaner di outlet Dreame MidValley.

Lepas aku keluar dari showroom Dreame, aku pun ambik kesempatan jalan-jalan cuci mata di MidValley sebab dah lama tak pergi ke sini. Masa lalu di North Court, aku ternampak ada pameran Mid Autumn Festival.

Mid Autumn Festival atau Perayaan Kuih Bulan ialah sebuah perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina pada 15 haribulan bulan ke-8 mengikut kalendar lunar Cina. Tahun ni masyarakat Cina di Malaysia menyambut perayaan kuih bulan pada 25 September 2026.

Biasanya, masyarakat Cina menyambut perayaan ni dengan berkumpul bersama keluarga untuk makan malam, bertukar-tukar kuih bulan, bermain tanglung berwarna-warni, malah ada jugak komuniti yang mengadakan perarakan tanglung dan aktiviti kebudayaan.


Mid Autumn Festival @ MidValley
Dekorasi pameran Mid Autumn Festival di MidValley

Aku pun turun sebab nak tengok kuih bulan yang dijual di sini. Kebanyakan pempamer di sini ialah dari hotel-hotel terkemuka dan jugak kedai kek dan roti. Masa aku bekerja dalam bidang Corp Comm dulu, kadang-kadang ada klien yang hantar kuih bulan dekat boss aku yang berbangsa Cina dan dia selalu kongsi kuih bulan yang halal dengan kiteorang. Kebanyakan hotel terkemuka menjual kuih bulan yang ada sijil halal.


Mid Autumn Festival @ MidValley
Acuan kuih bulan dari Hilton ni ada logo Hilton yang eksklusif di atasnya

Mid Autumn Festival @ MidValley
Concorde Hotel - packaging kuih bulan lawa ni menggunakan hiasan bunga hidup yang dah dikeringkan. Menariknya, hiasan bunga ni boleh dijadikan display jugak



Mid Autumn Festival @ MidValley
Packaging kuih bulan dari Sofitel ni pun lawa dengan warna-warna pastel

Mid Autumn Festival @ MidValley
Pempamer dari kedai-kedai kek dan roti. Kali pertama mencuba snowskin mooncake dulu ialah yang dibeli dari Lavender, sedap sebab kulitnya kenyal dan rasa macam kulit mochi. Snowskin mooncake ni kena simpan dalam peti sejuk

Mid Autumn Festival @ MidValley
Biasanya orang akan bertukar-tukar hadiah kek bulan, jadi sebab tu la kebanyakan tempat yang menjual kuih bulan akan buat packaging yang nampak menarik dan eksklusif, sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah

Masa kecik dulu, mak aku akan kumpul duit dan beli sebiji kuih bulan dari Amway. Lepas tu dia akan potong kecik-kecil supaya kiteorang adik-beradik semua dapat merasa kuih bulan ni. Dari situlah aku kenal dengan kuih bulan. Aku paling suka kuih bulan inti kuning telur masin dan lotus seed. Sekarang dah ada macam-macam perisa - durian, pistachio, macam-macam adalah. Tapi somehow, my favourite masih lagi kuih bulan yang tradisional.

Sebelum balik, aku singgah dekat Maybank redemption counter sebab nak tebus hadiah lepas beli barang di MidValley.


Mid Autumn Festival @ MidValley
Dapat free gift mangkuk kecik. Yang penting kotak lawa dan ada logo bank rimau tu 🤭. Biar stress Suami Terchenta nengok mangkuk ni hihi 😆

Post a Comment

1 Comments

  1. Tk pernh mkn kuih bulan.. Oh kulitnya mcm mochi sedap tu.. Best dpt free gift tu..kotak pn cantik

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .