Dari Temerloh ke Kuantan...

Mak aku ni, bila sebut Kuantan je, mesti dia teringat peristiwa lucu masa Khayla masih baby lagi - kenangan kena serbu oleh Jabatan Agama Islam! Gara-gara kena scammed booking hotel, kiteorang terpaksa bermalam di rumah tumpangan murah (RM30 semalam kalau tak silap) sebab kebetulan weekend tu ada karnival Jom Heboh jadi semua hotel dah penuh. 

Esok paginya sebelum Subuh lagi, kiteorang dikejutkan dengan ketukan kuat dekat pintu sambil dengar orang bagi salam kat luar. Rupa-rupanya Jabatan Agama Islam datang buat serbuan dari bilik ke bilik! Dengan mamainya, kiteorang bukak pintu sambil dukung Khayla. Mulanya dieorang mintak kad nikah tapi bila mak menyampuk dengan garangnya, "Ni menantu saya, encik!" Terus pegawai tu mintak maaf dan berlalu ke bilik sebelah. Sejak tu Suami Terchenta bawak salinan sijil nikah dalam dompet dia 😅 (dulu Sarawak tak keluarkan kad nikah, jadi kena bawak sijil nikah kemana-mana). Nasib baik ada mak jadi penyelamat, kalau tak mau kena angkut ke balai jugak dengan baby sekali sebab takde bukti dah nikah! 😂😂

Kali ni bila mak sampai di Kuantan lagi, dia buat lawak, jangan ajak mak duduk di rumah tumpangan Tai Wah lagi tau 🤭. Kiteorang cakap eh tak... sekarang dah ada hotel bawah jenama Marriott dekat sini jadi jangan risau kita duduk hotel, bukan rumah tumpangan hihi.


AC Kuantan ni dulunya dikenali sebagai hotel Vistana Kuantan

Lepas check-in di bilik, agenda pertama kiteorang ialah makan tengahari. Plan asalnya nak makan tengahari di Jaman Tory selepas aku baca review tentang tempat ni di blog Kak Mulan. Tapi bila kiteorang sampai, mak aih... ramainya orang tengah menunggu giliran tempat kosong dalam restoran. Malas menunggu sebab perut dah berkoroncong, sudahnya kiteorang makan di restoran Ratu Patin di tengah bandaraya Kuantan.


Famous tempat ni sebab ramai giler orang beratur nak makan tengahari di sini

Ambik gambar ala kadar je sebab dah lapar hehe. Sedap lauk-pauk kat sini tapi pucuk ubi masak lemak cili api tu betul-betul pedas sampai terasa hangat dalam perut sampai ke petang 😅

Disebabkan cuaca panas lit-lit, kiteorang buat keputusan balik ke hotel dulu, petang nanti baru keluar lepak di tepi pantai. Lagipun mak biasanya kena tidur tengahari lepas Zohor. Kalau tak tidur, dia takde tenaga nak berjalan-jalan. 

Lepas Asar, kiteorang pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Teluk Cempedak. Dalam kereta kiteorang memang ada standby tikar jadi sampai je dekat Teluk Cempedak, kiteorang cari port lepak dan bentangkan tikar. Mak ajak ngopi, so aku pun belanja dia kopi di Kupi TC.


Beli keropok lekor dan gorengan lain di gerai sebelah lepas tu order butter coffee dari Kupi TC sebab dieorang kata bestseller. Sedap sangat, patut la bestseller 😍

Lepak di tepi pantai menikmati angin laut. Masha Allah. Tenang sungguh rasanya walaupun ramai orang.

Tamat hari pertama. Hari kedua, lepas Subuh lagi kiteorang keluar mencari sarapan pagi. Mula-mula nak ke Kedai Kopi Abi & Baba tapi bukak lambat pulak. Hmm. Sekali lagi takde rezeki nak cuba tempat baru. Jadi kemanakah halatuju kiteorang? Tak lain dan tak bukan, Kuantan Pickers sekali lagi la jawabnya 😄.


Kiri: Mak tengah pilih kuih dan lauk untuk sarapan pagi
Kanan: Aku ambik nasi lemak biasa, Suami Terchenta pesan roti bakar dan mak ambik nasi kerabu dan kuih seri muka

Lepas sarapan, mak request nak jalan-jalan di esplanade Kuantan sambil bakar lemak. Baiklah mak, kita turuti hajat dia.


Mak posing berlatar belakangkan Sungai Pahang

Suasana sibuk di Sungai Pahang dengan bot nelayan lalu-lalang

Ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi kebanyakannya ambik guna h/p mak. Balik dari bersiar-siar di esplanade Kuantan, kiteorang terus mandi dan bersiap-siap untuk check out.  Destinasi seterusnya ialah ke Cherating sebab mak cakap teringin nak naik ATV lepas tengok gambar kiteorang dekat Cherating beberapa bulan lepas 😅.


Lepas la hajat mak nak naik ATV walaupun dia tak berani nak bawak sendiri hehe.

Sebelum berangkat balik ke KL, kiteorang singgah makan di restoran Intan Seafood. Yang ni aku sambung dekat entry lain ye.

22 comments:

  1. Best tgk ur mom masih sgt fit tu.siap boleh naik atv!! Rindu plak nak cuti2 kuantan esp TC tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cukup nap time, aktif la dia 😂 Best jalan2 kat Kuantan dan healing kat pantai kat sana kan.

      Delete
  2. Lucu eh, nasib ada mak ktk time ya, kmk org pernah juak stay hotel murah lepas kena scam hotel yg dah disita di bangi... last min cari hotel mana yg berdekatan jak... risiko bila booking agoda.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok eh, terkebil2 jak mata kmk org bila diserbu JAIP masa ya 😂 dengan tengah gendong anak gik, kenangan lucu alu juak hihi

      Delete
  3. Adehh…pengalaman lucu sungguh tu Carneyz. Mujurlah ada mak masa tu ya.
    Kami pun takde kad nikah, sebab masa tu sistem down tak boleh buat. Sudahnya sampai sekarang tak ingat nak buat. Dok usung kertas sijil nikah yang dilipat-lipat 🤣

    Seronok tengok maknya masih sihat, siap mintak naik ATV lagi tu. Akak pun tak penah lagi tau 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn kiteorang kak Ujie, kiteorang pun usung sijil nikah fotostat lipat2 letak dalam dompet hehe.

      Delete
  4. Seronoknya bawa Mak jalan². Sihat & fit nampaknya mak sis alhamdulillah 🤲🏻
    PH pun ada pengalaman overnight dekat rumah tumpangan. Dulu² kan hotel tak banyak mcm sekarang plus tak buat early reservation, rumah tumpang je la optionnya yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, yang penting kena bagi mak time utk nap sis 😂
      Risiko bermalam dekat rumah tumpangan sebab selalu je jadi sasaran jabatan agama Islam buat serbuan 😅

      Delete
  5. Alhamdulillah...seronok bila dapat berjalan2 dengan orang tersayang.
    kelakar bila fikir balik kena serbu tu...naseb ada mak jadi peneman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, nasib ada mak sekali dengan kiteorang masa tu hehe

      Delete
  6. tak boleh bayangkan kalau ada baby pun still kena gari ye. hehe.
    semoga mak akak terus sihat dan dapat jalan-jalan lagi. ingat dia nak bawak sendiri ATV tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terbayang kena naik lori JAIP sambil gendong anak hehe. Tak la, dia tak berani bawak ATV sendiri 😅

      Delete
  7. waaahhh bestnya masih kuat mak akak blh naik ATV lagi tu ha! moga terus sihat selalu ya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, jiwa dia masih seronok nak berjalan2, kiteorg tunaikan je la hasrat dia hehe

      Delete
  8. Kenangan ye bilik kena ketuk. Hihi. Mujur mak jadi penyelamat kalau tak kena angkut la. Intan Seafood favourite rest Cie kalau ke Cherating.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sampai bila2 pun takkan lupa kisah tu hehe. Sedap makanan kat Intan Seafood ni 👍🏻

      Delete
  9. Hahahahahah ya Allah momen tak akan terlupakan ya itu 😅. JD kalau kesana, dan stay di rumah homestay memang wajib bawa buku nikah? Ini case saya ada plan ke kuantan dan nak berdua dengan suami, better kami bawa fotocopy nya 😅.

    zaman Tory itu ramai sangat berarti yaa. Dah saya catat, nak juga merasa nanti. Kalo penasaran sangat, nampaknya tetap akan saya tunggu sampai dapat seat 😄

    Kemarin pas ketemu blogger Nadia di JKT, dia pun cerita wajib coba zaman Tory

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tapi kami masih belum ada rezeki lagi nampaknya sebab masa pergi tu penuh sangat dan ramai yg beratur di luar tunggu meja kosong 😅 Insha Allah kalau ke Kuantan lagi nak cuba nasib lagi ke sana.

      Delete
  10. Mak Carneyz nampak muda la....seronoknya mak dapat jalan2 dengan anak menantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak dah umur 60+. Mesti bangga mak klu dia dengar org kata dia nampak muda lagi hehe

      Delete
  11. Seronok kan jalan- jalan bawak mak...SA dulu plan nak bawak mak pi trengganu tapi dia dah on off sakit masa tu x dapat bawak pi jalan dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la mencipta kenangan dengan mak selagi masih ada kesempatan dengan mak 😊 Al-Fatihah buat Mak Pah.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .