Salam Jumaat semua!

Eh, sekejap je dah hari Jumaat kan. Tak sabar nak tunggu Sabtu sebab my mom is coming! Yeaayyy lepas ni ada geng jalan-jalan dekat taman atau window shopping dekat mana-mana.

Korang pernah dengar tak "Ghibli style"? "Ghibli style" ni merujuk kepada gaya seni lukis animasi tersendiri yang dihasilkan oleh Studio Ghibli, yang diasaskan oleh  Hayao Miyazaki dan Isao Takahata. 

Ghibli style ni jadi trending bila ChatGPT boleh meniru gambar yang dimuatnaik dan menukarkan gambar tu mengikut seni lukis Ghibli style. Mesti ramai yang buat gambar raya hari tu jadi Ghibli style guna ChatGPT kan? Hehe. Kiteorang pun try buat benda yang sama tapiiiiii....

Haa... korang tengok la apa yang tak kena dengan gambar Ghibli style yang dibuat oleh ChatGPT ni 😂 😂:


Gambar diolah oleh ChatGPT

Gambar sebenar

Dah tangkap apa yang tak kena? Hehe

Kesimpulannya, teknologi AI ChatGPT masih belum cukup power lagi 'berfikir' dengan logik hehe.

11 comments:

  1. dia jenuh nak fikir tangan siapa...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar lebih jangan terkurang agaknya gitu logik chatgpt hihi

      Delete
  2. Uii seram plak tengok tanfan terlebih ekkk.. dh mcm tangan alien ha³

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangan momok agaknya 👻👻 🤣

      Delete
  3. Baru perasan tangan tu sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chatgpt lupa nak hitung tangan sblm publish agaknya 😅

      Delete
  4. Hahahaha... macam seram tengok bab tangan tu.

    ReplyDelete
  5. hahah kena tgk byk kali baru perasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila perasan dah tak boleh nak guna gambar tu post ucapan raya hihi

      Delete
  6. Aah trend raya hari tu ramai up gambar Ghibli ni. Gambar kami sekeluarga pun sama tapi tak serupa 😅
    Banyak tangan tu, nak bermaaf-maafan ke nak paw duit raya ahak!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .