Pagi tadi rasa agak down dengan khabar berita tentang peserta-peserta bantuan kemanusiaan GSF yang telah diculik oleh pengganas Isra3l di perairan Gaza. Nampak sangat Isra3l tu takut orang luar tengok kebenaran tentang jenayah perang yang tentera rejim tu dah buat di G4za. Sebab tu dieorang seboleh-bolehnya tak nak orang luar sampai ke sana. Dan-dan tu jugak la terjumpa 'bukti' dokumentasi yg GSF ni ada kaitan dengan H4m4s. Tebusan dieorang kemain lama lagi cari tak jumpa-jumpa, tapi 'bukti' macam ni senang-senang pulak jumpa bawah runtuhan bangunan katanya. Propa betul. Huh.
Jadi pagi-pagi lagi aku dah keluar brisk walk sebab aku rasa kalau aku duduk diam je mesti la darah aku akan naik makin tinggi lagi. Selepas brisk walk sejauh 5.3km kemudian dengan pace 12" (laju untuk aku sebab tengah marah kan? 😜) dan 8 ribu langkah terkumpul, baru rasa lega sikit.
Cuba teka kat mana aku brisk walk ni?
Anyway, esok aku akan travel lagi dengan geng KAMIE pulak. Kemanakah? Jeng... jeng.. jeng... Nanti dah balik Insha Allah aku update kat blog ye.
Take care korang.
Teruskan berdoa untuk keselamatan peserta bantuan kemanusiaan GSF & rakyat 🇵🇸 🤲🏻.
apsal bila pandang pokok tinggi2 tu macam terbayang FRIM.
ReplyDeleteSemoga Allah pecahkan tembok syaitonnirrojimmmm tu. Sakitkan hati bila tengok rakaman live para peserta GSF
terus dapat lari laju...
ReplyDeleteeh macam bestnya tempat berlarian nie..
semoga Israeeellll tu cepat2 lah hilang dari mukabumi nie, selalu terbayang kalau ada sniper yang tembak setanyahoo tu...